Kisah pertama

Romance Series 9418

Baby? itulah panggilan nama untuk simanja papa dan mama . Nama punya sedap baby jugak dipanggil. Kerana aku seorang anak perempuan dalam keluarga . Abang aku diberi nama Izz Hadif Rifqie .abang kedua pula diberi nama Izz Haqief Rayqal dan aku diberi nama Izzara Haufa Raisya. Papa aku mempunyai syarikat sendiri dan Alhamdullilah keluarga kami diberi kesenangan hidup. Abang-abang aku pula mula bekerja di syarikat papa dan aku? masih mencari- cari arah tujuan. berbekal kan ijazah perniagaan aku masih belum mampu bekerja kerana aku masih selesa jadi penggangur terhormat. Mama pula seorang suri rumah tangga dan yang paling aku suka mama sikit pun tidak membantah bila aku suarakan ingin duduk dirumah. Papa dan abang-abang aku pula kadang- kadang ada juga membebel tapi mama la jadi penyokong aku. "abang, biala baby duduk rumah dapat juga teman mama ni , kalau baby ada ,jadilah kawan borak mama" mama sudah mula mengeluarkan sokongan dia selepas papa bertanya kan tentang kerja.
"ala mama ni, manjakan sangat baby ni, dah la kat rumah tak reti buat kerja asyik lah terperap dalam bilik tu, tengok along dengan angah lepas dapat ijazah terus kerja dekat syarikat papa" sambil tangan along menolak kepala aku
" apa along ni, B bukan tak nak kerja tapi B tak nak kerja dekat syarikat papa, tapi B nak cari pengalaman dengan syarikat lain. Lain la along dengan angah boleh jadi pengarah urusan kalau papa tak da nanti"
Aku sudah mula bertekak dengan along, angah macam biasa senyap dan sibuk dengn iphone nya.
"serius baby nak kerja dengan syarikat lain. Betul tak nak kerja dengan papa sayang" papa sudah mula bersuara surat khabar yang dibaca sudah diletak di atas meja.
Sambil melentok kepala di bahu papa aku pun bersuara.
"Yelah papa, B nak cari pengalaman dulu, kalau B kerja di syarikat papa mesti tak rasa keseronokan bekerja pusing- pusing mesti nampak papa , along dan angah. Nanti B asyik kena sakat dengan along je. Angah ni diam je masuk jela dalam telefon tu senang" Aku mula berangin dengan angah, kalau dengan angah aku sangat suka sebab dia akan menyokong adik manja dia ni.
" aik angah pun kena marah, meh duduk dengan angah sini"
Aku mula muncung dan pergi duduk di sebelah angah.
"Papa betul kata baby tu, biarlah dia berdikari dan cari pengalaman dekat tempat lain lagipun along dengan angah ada untuk bantu papa"
Angah sudah mula untuk berdebat dengan papa dan along.
"papa bukan apa angah,papa takut baby kene buli nanti dapat pula anak manja papa ni tak boleh kena marah mesti merajuk" kata papa sambil tergelak
"mana ada papa ni, angah tengok papa ni kena kan B" sambil aku tumbuk bahu angah
"tengok tu cakap sikit dah merajuk mcm mana ni baby, along pun risau kalau mcm ni"along mula menyakat aku
"dah tu along jgn nak menyakat baby ni nanti maun banjir rumah ni. Cmni baby syarikat kawan papa tengah cari staff untuk syarikat dia, papa rasa untuk jawatan Officer HR. Baby nak cuba tak, lagipun dekat dengan syarikat papa, kalau dekat senang nak hantar dan jemput baby nanti.
Aku sudah mula teruja dengan pelawaan papa.
"yeke papa , baby rasa baby nak cuba la"
"Ok nanti papa beritahu kawan papa untuk janji temu ya"
" Baik papa nanti ape-apehal beritahu baby ye.
Malam ni aku sudah membayangkan kehidupan aku setelah bekerja. " boleh ke aku kerja ni dah la bangun pagi payah, bos aku nanti garang ke tak rasanya" aku sudah membayangkan kesemua nya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience