percintaan bermula

Romance Series 9418

'Baby' kedengaran suara papa memanggil aku dr bawah.
"yes papa,ada ape ye?"aku mula melangkah dr tangga menuju ke papa.
"mlm ni jgn lupa ye,Birthday party auntie Ann,tema hijau tau"
"ala papa,B penat la papa . Boleh tak kalau B tak nak pergi.Papa mama along dan angah jela pergi"aku mula pncing papa untuk tak nak pergi.Alasan pertama mesti la nak mengelak kan diri dr jumpa si kerek tu sebenarnya.
"No baby,nnti apa uncle haziz kata,baby dah la kerja dengan syarikat uncle haziz nnti ape diorg kata,family kita rapat dengan family mereka sayang, jangan la m ni. Baby ikut ye"alamak papa dah mula keluarkan arahan.mcm kene ikut jugak ni.
"Yela papa,baby ikutla tp tak nak balik lambat-lambat ye"
"Ok sayang,Lepas Maghrib kita gerak, ingat tau tema hijau,baby kan byak bju hijau tp ingt no shirt no seluar.ikut kesusuaian majlis "papa macam dapat mengagak apa ada dalam fikiran akula.hahahaha
"baik bos" mcam biasa aku sudah buat tabik hormat pada papa.
Selepas solat Maghrib aku dah mula membuat persiapan,aku mula keluarkan dress yang haiqal hadiah kan pada aku.
"nak ke xnak aku pakai ni,kalau tak pakai aku mana ada dress hijau,kalau aku pakai si kerek tu mesti pandang aku mcam nak telan"aku mula berkira-kira untuk pakai baju apa.
"Baby dah siap belum tu,papa dan mama dah panggil tu,siap mcam dia pulak nak sambut birthday"terdengar along mengetuk pintu bilik aku.
"sibuk la along ni,B dah siap pun tunggu jela bawah"aku menjawap dr dalam bilik sambil terkocoh-kocoh memakai dress hijau tersebut.Rambut aku sanggulkan dan aku kenakan solekan nipis sahaja.
"janji aku makeup walaupun tak nampak macam makeup"aku tergelak sendiri
"wow!lawa nya anak mama, bila baby beli dress ni mama tak pernah tengok baby pakai pun"mama teruja tengok dress yang tersarung di badan aku.
"Ha...mmmmm..rrrr B beli masa dapat gaji haritu"aku mula kelentong mama.
"O yeke,cantik anak mama pakai mcam ni,asyikla tshirt dengan seluar je mama nampak baby pakai"mama mula memuji sambil mengutuk aku
"Baru tau ke anak mama ni cantik,tengok la anak sapa,anak Puan Ikin kan.Mana nak tumpah lauk kalau tak ke nasi"
"perasan betul baby ni"along mengutuk dan sempat aku tumbuk perut along sebelum berlalu ke kereta.
"Hampeh baby ni,sakit perut along"
"uwekkk padan muka"aku mencibir along.
"papa,biar angah drive ye.lama x drive kereta papa sesekali nk jadi driver family"angah menggoffer diri untuk drive kereta velfire papa.
"elok sangat tu angah, sesekali papa nak rasa juga anak-anak drive ni"papa tergelak.
Sesampai di Bukit Antarabangsa aku mula rasa tidak selesa dan darah gemutuh aku mula datang.
"Alamak kenapa ni,seram sejuk pulak aku rasa"aku bercakap dalam hati
"Baby ni kenapa pucat lesi"along bertanya
"nothing along"aku memandang luar tingkap.
Akhirnya sampai juga aku kerumah uncle Haziz dan aku lagi sekali terpegun melihat deretan khemah di hadapan rumah uncle Haziz.
"ni nak kenduri kahwin ke apa ni,berderet khemah"aku menyiku angah sambil berbisik.
"orang kaya B, kalau kenduri kahwin tak tahu la mcm mana kan"angah berbisik juga pada aku.
Dari jauh aku dah nampak kelibat Uncle Haziz dan Auntie Ann.Sedondon dengan baju batik dan dress yang aku pilih untuk Auntie Ann.
"Assalamualikum Ziz"papa dari jauh memberi salam sambil mengangkat tangan.
"Wasalam Z,Alhamdullilah datang jugak kau malam ni,semua ada.terima kasih Z"
"Kau kawan aku Ziz tak kan aku tak datang pula"
Aku dan mama menyalami Auntie Ann dan sempat memuji kecantikan Auntie Ann .
"Cantik Auntie,Happy Birthday Auntie semoga panjang umur murah rezeki"
"Thanks sayang,sebab datang majlis Auntie,dan thanks juga sebab pilihkan dress ni Auntie suka sangat"
alamak!dia tau ke aku pilihkan ..malu nya
"tak da ape la auntie,B nampak dress ni trus terbayang auntie pakai mesti meletop"aku tergelak
"pandailah baby,baby pun cantik sangat hari ni jarang auntie nampak baby pakai dress mcm ni"auntie pun tergelak sama.
Aku tersenyum simpul.
"biasa je la auntie"aku merendah diri
"haaa haiqal meh sini jumpa Uncle Z"terdengar Uncle Haziz memanggil Bos kerek aku
"Salam semua"terdengar suara Haiqal dan aku menoleh ke belakang. Aku dan dia sama-sama terpegun dan tak berkelip mata aku memandang haiqal dengan baju kemeja seakan warna dress aku dia nampak sangat kacak.
"Kau cantik harini" terdengar suara haiqal dekat di telinga aku. Darah gemuruh aku datang balik.
"apa kena aku ni,kan aku benci dia kenapa perasaan ni selalu ada"aku mula tak tentu arah.
"Hai Z, kita ni mcam nak berbesan je, tengok anak-anak kita tu sesuai sangat"terdengar Uncle Haziz berseloroh dengan papa
"Amin Ziz, kalau menjadi apa salah nya haiqal pun baik budak nya"baik papa kata,eee tak suka la diorang ni kenakan aku pulak
"apa papa ni"aku mula mencemik
"aik,marah ke suka ni baby"along mula menambah perisa.Along ni memang nak kene fire ni,tunggu la balik nanti.
"along jgn disakat baby ni,banjir rumah uncle Haziz nanti xjadi majlis Hari jadi Auntie Ann "papa berkata sambil tergelak. Haiqal pula, muka nak poyo mcam tak da perasaan.Benci!!
"Z,bawa anak dan orang umah kau makan dulu kejap lagi majlis nak mula"
"Ok Ziz,kau setle kan ape yang patut dulu.Jom semua kita makan dulu"
Kami pun berlalu ke bawah khemah untuk manjamu selera,sempat juga aku menjeling pada haiqal dan haiqal pula sempat mngeyit mata pada aku.Aku cepat-capat menyaingi mama ke bawah khemah.
"Terima kasih pada tetamu yang sudi hadir harini untuk celebrate Birthday my beloved Wife,dijemput wife saya menyempurnakn upacara meniup lilin"
Dengan langkah penuh anggun Auntie Ann naik ke mini pentas untuk menyempurnakan upacara meniup lilin.
Tiba-tiba terdengar petikan gitar dari tengah khemah dengan lagu "sempurna".. Semua bertepuk tangan dan aku sendiri sangat teruja mendengar suara haiqal yang sangat merdu sesuai dengan kekacakan muka nya.Sambil menyanyi haiqal sempat memndang aku dan aku mula tak tentu arah.
"dah kenapa pandang aku, suka buat alu nervous"aku berkata dalam hati.
"Diminta Izzara Haufa Raisya aka Baby untuk naik kepentas untuk berkaraoke,atas permintaan Auntie Ann"terdengar Uncle Haziz membuat pengunguman dan aku? weii mcm nama aku tu, kenapa pulak nama aku kene sebut bukan majlis aku pun. Aku dah mula tak tentu arah lagi.
"Go baby tunjukam kehebatan vokal baby,selalu along dengar nyanyi dalam bilik air je"along mula menyakat
"Diam la along"dan aku mula melangkah ke pentas untuk menyahut cabaran.
"Kenapa pulak mamat ni ada,sibuk je"
Ternampak haiqal juga berada di atas pentas.
"kita duet nak"kata haiqal
"lagu ape" aku menjawap dengan perlahan
"lagu Dua Insan,tapi kau boleh nyanyi ke"soalan sinis untuk aku
"we will see" aku menjawap sinis sambil berlalu mengambil mic.
Dan aku dan haiqal mula menghiburkan tetamu dengan suara merdu aku dan aku berasa tidak selesa apabila haiqal bertentang mata ketika masuk part dia bernyanyi.Selesai berduet aku dan haiqal mendapat tepukan gemuruh dari tetamu dan aku terdengar siulan nakal dari along."phewitt,mcam pinang dibelag dengan kapak"along ni memang nak kena ni.
"sedap suara kau secantik orang nya"haiqal bersuara
"biasa je,saya selalu nyanyi dalam bilik air je,tak pernah lagi open mcm ni"
"oo kalau mcm tu nnti boleh la aku dgr kau nyanyi dalam bilik air"dah kenapa pulak mamat ni
"sorry kalau suami sya boleh lah dengar saya nyanyi dalam blik air"aku menjawap
"we will see" haiqal berlalu
Dah kenapa dia ikut cakap aku tadi.mereng mamat ni.
Seusai majlis pukul 12 tgh mlm dan kami pun beransur balik tiba-tiba terdengar bunyi whasap.
"thanks sudi dtg dan nyanyi dengan aku InsyaAllah nnti aku dpt dgr kau nyanyi dalm bilik air pula"ha msj dr haiqal ..mana pulak dia dapat no aku ni
"welcome"itu je yang termampu aku blas.
Hati kenapa berdegup apabila menyebut nama haiqal.. Adakah aku dah jatuh cinta...mama papa along angah baby I'm in love!!!aku menjerit dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience