BAB 2

Drama Completed 191

Seminggu berlalu.....

Fathia Syifa keluar dari Makmal Fizik bersama rakannya. Mereka sedang berbual apabila salah seorang daripada rakannya bertanya.

“korang nak lunch kat mana? Dewan makan or kantin?" soal Hasmira Azurin.

"Mmm ... aku tak makanlah. Lepas solat Zohor aku nak terus ke kelas,"jelas Fathia .

"Oklah. Kami pergi dulu," rakan-rakannya melambai-lambaikan tangan mereka.

Selesai solat Zohor, Fathia berjalan ke kelas. Jarak antara surau yang berada dalam kawasan asrama dan blok kelas hanya memakan masa lima minit.Fathia berjalan keseorangan. Angin sepoi-sepoi bahasa menjamah pipinya yang gebu dan halus. Bersalahkah aku memarahi Hawanis tempoh hari? Persoalan menghantui fikirannya. Rasa bersalah yang tertanam di dalam hatinya menyebabkan Fathia hilang selera makan.

Seharusnya sebagai umat Islam kita harus memaafi antara satu sama lain. Sedangkan Rasulullah SAW. sendiri memaafkan umatnya, inikan pula kita sebagai manusia biasa." Nasihat Ustazah Rokiah temgiang-ngiang di telinganya. Sememangnya betul apa yang dikatakan oleh guru Pendidikan Islam itu kerana sikap saling memaafi sesama insan dapat membentuk perpaduan sejagat dan ukhwah Islam. Sedang fikiran Fathia berkecamuk, tiba-tiba dia tertendang sesuatu yang agak keras.

diari siapa ni?? hatinya bertanya lantas Fathia tunduk mencapai diari tersebut. Di atas diari tersebut tertulis "JURNAL FIR ? Keinginannya untuk membuka diari itu membuak-buak. Perlahan-lahan tangannya menyelak halaman pertama diari tersebut. Namun demikian, segera ditutupnya semula diari tersebut. Fathia beristighfar sebentar.

"Kita tidak boleh membuka keaiban orang lain melainkan dengan keizinan daripada orang tersebut," pesanan Ustaz Mohd. Azhar segera terlintas di fikirannya. Tanpa membuang masa, Fathia segera ke Balai Menunggu untuk membuat pengumuman tentang kehilangan diari tersebut.

"Perhatian kepada seseorang yang dipanggil Fir. Sila tuntut diari anda di balai menunggu," pengawas yang bertugas di balai tersebut membuat pengumuman sebanyak dua kali. Hati Fathia lega setelah mendengar pengumuman tersebut dibuat lantas melangkah menuju ke kelasnya.

Seseorang menuju ke Balai Menunggu namun Fathia sudah jauh dari situ.

"Assalamualaikum boleh saya tuntut diari saya?" Hawanis Firsaliana berkata dengan nada yang agak termengah-mengah.

"Oh, Diari Fir ya? Nah, ini dia," pengawas yang bertugas di Balai Menunggu menyerahkan diari itu kepada Hawanis .

"Emm ... boleh saya tahu siapa yang menjumpai diari ini?tanya Hawanis sebaik sahaja diari tersebut dicapainya.

"Nama sebenarnya saya tak tahu tapi dia gelarkan dirinya sebagai Dandelion," terang pengawas yang bertag nama Izahar itu.

"Ooo .... Thanks," ujar Hawanis dan berlalu dari situ.

Keesokan harinya .....

" Izahar , boleh tolong buat pengumuman kepada Dandelion? Ada bungkusan untuk dia... saya pergi dulu ya," Hawanis berlalu dari situ setelah bungkusan itu diserahkan kepada Izahar .

"Ok," Izahar terus mencapai mikrofon, "Perhatian kepada Dandelion, sila tuntut bungkusan anda di Balai Menunggu."

Beberapa minit kemudian, Fathia Syifa sampai di Balai Menunggu- Bungkusan yang diserahkan oleh Izahar dibukanya di situ juga. Ada sekeping kad dan sejambak bunga dandelion di dalamnya. Harum semerbak. Kad yang tercatat 'Terima Kasih' itu dibukanya.

Teistimewa buat Dandelion,

Terima kasih kerana menjumpai diari saya. Betapa murninya hati hamba Allah seperti Dandelion. Terimalah kad ini dan jambangan bunga dandelion sebagai salam perkenalan

Fathia Syifa tersenyum.

Pengumuman ini ditujukan kepada Fir. Ada bungkusan untuk anda di Balai Menunggu," Izahar yang masih bertugas membuat pengumuman.

Hawanis Firsaliana yang sedang menelaah pelajaran di dalam bilik bacaan asrama puteri terdengar pengumuman yang ditujukan kepadanya lalu menuju ke Balai Menunggu.

" Izahar , bungkusan untuk saya dari Dandelion ke?? Hawanis menyambut bungkusan yang diajukan oleh Izahar .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience