BAB 4

Drama Completed 191

"Wanis , Wanis ," laungan itu mengejutkan Hawanis Firsaliana daripada terus menerawang ke masa silam.

Lamunannya bernoktah di situ.

"Tunggu sekejap," laung Wanis dari bilik asramanya. Hari ini merupakan hari bersejarah baginya kerana dia akan berpindah ke Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor. Dengan membimbit bagasinya, Wanis menuruni tangga dengan cepat. Fathia sedang menunggunya di depan asrama. Fathia membantunya membawa beg besar ke tempat letak kereta di mana ibu bapa Wanis sedang menanti.

Sesampainya ke sisi Proton Perdana milik keluarganya, Fathia dan Wanis memasukkan beg-beg yang dibawa mereka tadi ke dalam bonet kereta.

'Papa, Mama, Wanis dan Fathia ke sana sekejap, ye.. ." Wanis menuding ke arah Taman Muhibbah.

Dengan berpegangan tangan, Wanis dan Fathia menuju ke Taman Muhibbah. Mereka berteduh di bawah pohon fir yang memayungi ratusan bunga dandelion. Keadaan senyap seketika. Lidah mereka terasa kelu seketika.

"Wanis ," Fathia memecah keheningan antara mereka berdua, ?ngat lagi tak pokok fir dan bunga dandelion ni?"

"Ingat. Di sinilah kita menyatukan tali persahabatan. Fathia , andai Wanis per..." kata-katanya terhenti apabila Fathia menyentuh bibir Wanis dengan tangannya.

"Biarpun kita saling berjauhan, hati kita tetap satu. Bagaikan fir dan dandelion yang saling bergantungan antara satu sama lain ini. Pohon fir meneduhi ratusan bunga dandelion agar tidak layu dimamah panahan cahaya matahari dan dandelion inilah yang menceriakan pokok fir," Fathia berbicara dengan nada yang sedih.

Wanis menghulurkan kedua-dua tangannya maka berdakapanlah dua sahabat di atas hamparan bunga dandelion dan di bawah teduhan pohon fir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience