BAB 5

Drama Completed 191

Sudah dua tahun peristiwa itu berlalu namun masih segar dalam ingatan Fathia Syifa . Berpucuk-pucuk surat telah diterima daripada Hawanis Firsaliana .

"Kak Fathia , ada surat untuk akak," seorang budak junior mengajukan sekeping surat kepadanya. Dengan pantasnya sampul surat itu dibukanya.

Sahabatku Fathia Syifa ,

Assalammualaikum. Semoga Fathia sentiasa dirahmati Allah s.w.t. Tatkala surat ini sampai kepada Fathia , Wanis telah tiada di dunia ini.

Fathia , sepanyang persahabatan kita, Wanis tidak pernah menceritakan sesuatu kepada Fathia kerana takut Fathia akan menjauhi Wanis . Fathia , Wanis menghadapi penyakit leukemia.

Tahu tak mengapa Wanis terpaksa berpindah ke Selangor? Sebenarnya Wanis perlu menjalani pembedahan beberapa kali untuk menyembuhkannya. Tapi apakan dayanya insan melawan kuasa Allah s. W. t. Yang Maha Berkuasa ke alas makhluk-makhluk ciptaanNya.

Fathia , selama kita berkenalan, Wanis betul-betul bahagia berkenalan dengan Fathia . Biarpun kita berada di dua dunia yang berbeza, sentiasalah ingat bahawa persahabatan kita akan kekal selama-lamanya.

Sahabatmu,
Wanis

Surat itu digenggamnya erat. Beserta surat itu ialah sekuntum bunga dandelion dan sebiji buah fir yang bersatu dengan ikatan seutas tali. Diciumnya berkali-kali. Air mata yang selama ini tidak pernah mengalir kini membasahi pipinya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience