BAB 1

Drama Completed 191

Clannkkk... bunyi yang berdesir dan langsing itu memenuhi segenap ruang Dewan Makan Sekolah Menengah Sains Miri. Tray-tray yang bersusun di sudut sebuah meja jatuh satu-persatu. Kesemua pelajar yang sedang enak menjamah selera dan berbaris mengambil makanan terperanjat. Bunyi boo kedengaran dari sebelah lelaki.

"Hah tu lah Wanis ! Tak sabar-sabar nak ambil air. Tengoklah apa yang telah terjadi!," herdik Fathia Syifa kepada Hawanis Firsaliana .

"Sorilah Fathia . Wanis tak sengaja. Baru je air nak penuh dalarn cawan Wanis , tiba-tiba terlanggar tray Fathia ,"pujuk Hawanis . Gelasnya yang terjatuh sebentar tadi dikutipnya semula.

"Nak maafkan Wanis ? Tengok ni, basah seluruh baju Fathia ," Fathia menunjuk ke arah baju kurung hijau kebiru-biruannya yang dibasahi air.

Pertelingkahan antara Hawanis dan Fathia menarik perhatian semua pelajar yang berada di dalam dewan makan ketika itu.

"Apahal bergaduh ni? Tak boleh bawa bertenang ke?" seorang makcik dewan makan yang bernama Makcik Senah segera meleraikan pergaduhan yang mengundang kebisingan itu.

"Huh!," Fathia segera berlalu dari situ dan menuju ke arah asrama puteri untuk menukar bajunya yang basah dengan hati yang panas membara. Manakala Hawanis berlari keluar dengan tangisannya. Para pelajar menyambung kembali aktiviti mereka. Suasana bingit kembali..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience