Petang itu sebuah kereta mewah terlihat memasuki desa dengan santai menuju kearah rumah tok ketua. Hampir semua penduduk desa memandang kereta itu dengan pandangan kagum juga sedikit jakum.
Bukan apa desa mereka masih boleh dikatakan agak kuno memandangkan desa mereka berada agak jauh daripada bandar-bandar diluar sana jadi keberadaan kereta atau alat-alat canggih lainnya agak berkurang di desanya.
Setakat ini desanya hanya memiliki motor jika mahu dibilang paling kaya sekalipun. Aneh bukan tapi mahu bagaimana lagi memang itu kenyataan.
Shani dan Erika hanya memandang sekilas kereta yang berjalan mendekati mereka langsung tidak tertarik akan ke berada besi berjalan itu. Berlainan pula dengan Miya dan Linda yang seperti terguih untuk menjadi 'sugarbaby' untuk si empunya kereta.
Tepat saat kereta itu berada bersebelahan dengan Shani dan Erika tiba-tiba kereta itu berhenti, tingkap kereta dibuka dan terlihatlah Andy dan Lian dengan senyuman perasaan bagusnya.
"Hai Shani, hai Erika. " sapaan mereka hanya mendapat jelinga daripada Erika sebelum menarik tangan Shani menjauh. Sedangkan Miya dan Linda memandang kearah Shani dan Erika tidak berpuas hati kerana lelaki idaman mereka malah lebih memilih musuh kebuyut mereka.
Andy yang melihat Erika menarik tangan gadis yang menjadi targetnya merasa sedikit geram lalu dengan sigap memandu kereta dengan perlahan untuk mengikuti kedua kembang desanya itu.
"Ohh come on Erika aku masih ingin bercakap dengan bakal isteri aku yang manis ni. Jadi tolong berhenti dari tariknya pergi." ujar Andy setelah kereta yang dipandu kembali berada di sebelah Erika juga Shani.
Manakala Shani yang mendengar perkataan Andy berasa ingin memuntahkan pelangi. Lihatlah kerana ini la kenapa Shani selalu mengelar mereka lelaki terlebih perasan. "Apa kau kata bakal isteri..??! Tu sana Miya bakal isteri sebenar kau dan kau Lian tu Linda bakal isteri kau tu jangan ganggu kami." ujar Shani sambil menunjuk Miya dan Linda yang berada tidak jauh dari mereka.
Dapat Shani Lihat mereka masih memandang kearahnya dan sahabatnya dengan pandangan sedikit menyebalkan menurutnya. Apa mereka fikir dirinya dan Erika berasa senang diganggu?? Jawapannya tidak sama sekali!!
"Betul kata Shani tu yang bakal isteri kau Lian dan kau Andy berada dihujung sana bukan disini." tambah Erika sambil menjeling Lian yang tersenyum seperti kerang busuk kearahnya.
"Tidak-tidak Erika sayang jodoh aku sekarang dah berada didepan aku bukan ditempat lain." tambah Lian masih bersekukuh untuk menganggu kehidupan 2 orang gadis manis yang tidak berdosa.
"Tckkk!! Oii Miya Lindaa!! Ni Andy dengan Lian cari kau berdua cepat!!" jerit Shani akhirnya setelah kesabarannya hilang melayan kedua makhluk menyebalkan didepan mereka.
Miya dan Linda yang mendengar terus mengambil peluang menghampiri dan dengan tidak tahu dirinya menolak badan Erika yang kebetulan berada agak dekat dengan pintu kereta bahagian depan bagi melihat sang pujaan hati.
Erika niat membalas tetapi sekali lagi seperti dimalam festival kelmarin Shani dengan berbaik hati menarik tangan sahabat terchintanya menjauhi tempat yang terdapat 4 makhluk menyebalkan sedesa itu. Sekaligus mengambil peluang untuk lari dari Andy si lelaki terlebih perasan.
Setelah berasa agak jauh dari pandangan. Mereka akhirnya bernafas agak lega setelah dapat terlepas dari keadaan yang menyesakkan dada dan kepala itu. "Haishh akhirnya dapat menghirup udara segar." kata Shani sambil menghirup nafas dalam.
"Adik memangnya tadi kau tak menghirup udara?? Matilah macam tu ngokk!" balas Erika dimana itu sukses membuat tangan mulus Shani mendarat tepat diatas kepalanya. "Aduhhh sakit la Shani!! Betullah aku cakap tadi!" adu Erika sambil menggosok kepala bahagian yang mendapat tepukan sayang itu.
"Memang aku tahan nafas tadi!! Udara tercemar dengan adanya Andy!!" balas Shani sedikit ngegas.
"Laaa bakal suami kau kan??" tambah Erika mengejek Shani apabila teringat perkataan Andy tadi.
Dan sekali lagi jetakan kasih sayang kembali didapatkan oleh Erika daripada Shani. "Iya la bakal suami kau pun ada juga tadikan." nah batu makan tuan akhirnya Erika merengut tidak suka dengan apa yang Shani katakan tadi. Sedangkan Shani hanya ketawa nista atas penderitaan sahabatnya itu.
Malam itu seperti malam-malam biasanya Erika akan menemani sahabatnya yang satu itu. Mengambil keputusan untuk tidur di rumah Shani sambil bercerita tentang banyak benda yang terjadi disiang hari tidak kisah tentang penyataan cinta tiba-tiba dari beberapa permuda atau kerja-kerja yang menarik yang terdapat di desa mereka.
Sungguh jika sekali lihat seperti 2 beradik yang tidak dapat dipisahkan. Erika akan sentiasa ada untuk Shani begitupun sebaliknya Shani akan sentiasa ada untuk Erika sahabat kecilnya itu.
"Esok aku nak pergi ke hutan cari beberapa herba kau nak temankan aku tak?? Nanti kau marah pula kalau aku masuk ke hutan sorang-sorang." ajak Shani kepada Erika.
"Kau tak takut ke weii masuk hutan tu?? Kau dengarkan orang-orang desa banyak yang di serang oleh makhluk misteri di hutan." kata Erika setengah berbisik kearah Shani sambil memandang sekeliling seakan-akan takut ada yang mendengar perbualan mereka.
"Haishh kalau kau takut tak apa aku pergi sendiri sahaja aku ajak saja takut kau majuk aku pergi masuk hutan sorang-sorang tak bagi tahu kau. Kalau tak nak ikut dah aku bole saja sorang." tambah Shani lagi.
Erika diam seketika berfikir dirinya agak takut sebenarnya tetapi mana sudi dirinya membiarkan sahabat terbaiknya pergi bersendirian sejak ayah dan ibu Shani meninggalkan Shani seorang dirinya telah berjanji untuk selalu ada bersamanya tidak kira apapun yang terjadi.
"Baiklah aku teman kau mana sudi aku biarkan seorang diri dalam bahaya aku akan sentiasa ada untuk sahabat aku ni." kata Erika sambil memeluk Shani disampingnya itu.
"Terima Kasih Erika." ujar Shani sambil membalas pelukan sahabatnya itu.
Shani tidak pernah berkata apa-apa tetapi dia sangat bersyukur Erika dan keluarganya sangat-sangat mengambil berat akan dirinya setelah perginya kedua orang tuanya Shani sempat terpuruk ditambah dengan dirinya adalah satu-satunya anak didalam keluarga sama halnya seperti Erika yang menjadi anak tunggal didalam keluarga.
Jadi rasanya tidak heran kalau Erika amat rapat dengannya pasti Erika juga tahu perasaan bila keseorangan. Shani berharap satu hari nanti dirinya dan sahabatnya Erika akan berjumpa dengan seseorang yang dapat menerima dan menjaga mereka dengan baik.
Dan sampai bila-bila sekalipun mereka akan sentiasa menjadi sahabat yang tidak akan dapat dipisahkan oleh apa-apa sekalipun. Sahabat selamanya.
Terima kasih kerana sudi membaca.. Author harap para readers suka dengan cerita yang author buat ini. Sekali lagi terimakasih bye~
Share this novel