Rate

Bab 2

Fantasy Series 208

Kejadian yang berlaku beberapa hari lepas masih berbekas didalam ingatan Shani akan sosok makhluk berbulu lebat yang merenungnya dengan tajam. Matanya yang tajam tetapi terlihat begitu hangat.

Entah apa yang merasuki Shani sehingga dia tidak berlari pergi dari tempat itu melainkan menatap kembali sepasang mata indah yang berwarna keemasan itu.

Tegas.

Itu yang dirasakan oleh Shani saat pertama kali dirinya menatap balik sepasang mata indah nan tajam itu.

Sosok yang kononnya pernah membunuh banyak orang di desanya hanya terdiam menatapnya tanpa ada niat menyerang atau membahamnya. Hanya memerhati.

"Shaaaaaaniiiiiiii!!!! "

Sedang asik megelamun tentang kejadian pelik itu tiba-tiba sebuah suara yang begitu nyaring menghentikan lamunan Shani.

Erika Valley.

Sahabat Shani dari kecil itu berlari menerjah masuk kearah dapur rumah kecil itu. Menggelengkan kepalanya lembut Shani hanya melihat kelakuan dakjal sahabatnya itu.

Sudah terlalu biasa akan sikap sahabatnya yang terlebih sopan apabila datang berkunjung menemuinya.

"Ada apa Erika jangan jerit jerit juga la aku belum pekak lagi.. Kau panggil aku dengan lembut pun aku masih boleh dengar. "

Mahu saja Shani mengetuk kepala batu sahabatnya itu dengan senduk yang dipegangnya tetapi Shani yang memang seorang yang mudah memaafkan hanya melihat tanpa membalas.

"Tak perduli!! Betul ke hari tu kau ada masuk hutan sorang sorang???! " kata Erika memperlihatkan muka risau dan marahnya.

"Hmmss tak ingat. " balas Shani singkat malas melayan.

"Kau ni dah kenapa nak mati ke..??! Kalau kau nak masuk hutan ajak la aku teman sekurang-kurangnya kalau ada makhluk yang muncul kita boleh mati sama sama ka...... "

Plakkkkkk!!!

"............ aduhhhh!!! Oii asal tampar muka aku sakit la pandai!!! "

"Apa otak kau dah kembali ke posisi..?? Atau belum nak aku tampar guna kaki pula biar otak kau betul balik..?? "

Geram rasanya mendengar apa yang Erika katakan. Sahabatnya itu jika berkata tidak pernah bertapis ada saja ayat yang membuatkan Shani ingin menanam sahabatnya itu hidup hidup.

"Hishhh kau ni aku cuma risau tahu.. Kau tak apa apa kan..? Tak ada nampak apa apakan..? " tanya Erika bertubi tanpa jeda.

Automatik Shani terdiam mengingat apa yang dilihatnya tempoh hari. Tidak ingin membuat sahabatnya bertambah risau Shani terus melihat Erika.

Nafas ditarik lalu dihembus pelan sebelum menjawap pertanyaan Erika. "Kau nampak macam aku tenat ke..? Atau kau nampak aku macam demam atau merapu ke..?? Takkan..?? So im soooo fine dear. "

"Hmss okay la kalau kau dah cakap macam tu. Bukan apa aku cuma risau takut sahabat aku sorang ni kenapa-napa itu saja. "

"Jangan risau aku ni bukan lembik sangat pun. "

"Iyola... By the way Shani malam ni jangan lupa ada festival bunga api.. Nanti malam aku datang jemput kau okay.. " kata Erika sambil mengambil roti yang berada di dekatnya.

"Aku ingat Cik Erika jangan risau. "


Shani memandang penampilannya didalam cermin rambutnya yang diikat tinggi dengan poni yang sengaja dikeluarkan untuk menutup dahi mulusnya ditambah dengan gaun separas lutut yang menambahkan lagi nilai plus keatas dirinya.

Sudah dapat dipastikan kalau dirinya nanti pasti menjadi pusat perhatian para lelaki yang berada di festival malam itu.

Iya la siapa sahaja yang tidak akan tertarik dengan kembang desa yang satu itu. Auranya akan sentiasa mampu memikat sesiapa pun tanpa dirinya sendiri sedari.

"Shaniiiiii~ Dah siap ke bel...... Ohhhh goshhh Shani you are so pretty!! Look at you!! " Erika yang seperti biasa memasuki rumah Shani dengan santai terpukau dengan penampilan sahabatnya itu.

Sedangkan Shani seperti biasa hanya tersenyum tipis sambil menggelengkan kepala dengan kelakuan Erika itu. "Ishh kau ni aku bersiap biasa biasa pun kau cakap cantik..?? Yang cantik tu kau bukan aku.. '

" Mana ada kau lagi cantik tapikan kita macam dah janji jek nak pakai light blue colour tengok samakan.. Hahaha hahaha.. "

"Kau aja yang ikut aku. " kata Shani berlalu pergi kearah pintu sambil menyakat Erika.

"Ehh hello cik Shani yang terhormat bukan saya yang mengikuti anda tapi anda yang mengikuti saya... " balas Erika sambil berlari kearah Shani yang semakin jauh sudah semestinya setelah dirinya menutup dan mengunci rumah Shani terlebih dahulu.

Sampai sahaja dikawasan festival Shani dan Erika terus menuju kearah pondok-pondok makanan yang terdapat di sepanjang tempat yang diadakan festival itu . Memandangkan kedua sahabat itu memang mempunyai ke tertarikkan yang agak tinggi keatas makan.

Jadilah mereka menuju kearah itu terlebih dahulu sebelum memulakan penjelajah mereka di dalam festival yang dilakukan di desanya itu.

Dan seperti yang dikatakan kedua sahabat sehidup semati itu pasti akan sentiasa menjadi pusat perhatian para lelaki disitu yang melihat mereka dengan pandangan yang penuh akan ke tertarikkan berlainan pula dengan pandangan yang diberikan oleh sesetengah wanita disitu.

Shani dan Erika yang sedang bersemangat melihat makanan yang ada disepanjang pondok di festival terhenti kerana kedatangan 2 orang gadis yang tiba-tiba menghalangi jalan mereka berdua.

"Well Linda tengok ni dua orang sahabat yang suka mencari perhatian para lelaki. " ujar seorang gadis bernama Miya sambil memperlihatkan senyuman mengejek. "Hello bitch.." tambah Linda setelahnya.

Erika yang ingin membalas terhenti kerana Shani menghalangnya bukan Shani tidak ingin membalas tetapi itu semua perbuatan yang sia sia ditambah pergaduhan hanya akan membuat mereka malu.

Terlebih lagi mereka adalah para gadis tidak elok dilihat orang-orang desa jika mereka bergaduh ditengah-tengah keramaian penduduk desa yang hadir di festival malam ini.

Jadi Shani mengambil cara aman. Dirinya hanya memandang Miya dan Linda sekilas setelahnya menarik Erika menjauh walaupun dapat dilihat bahawa Erika masih tidah berpuas hati dengan apa yang dikatakan Miya kepada mereka.

Tetapi walau bagaimanapun perintah yang diberikan Shani harus diikut atau sahabatnya itu tidak akan mengeluarkan sepatah kata pun kepada dirinya ke depannya.

Setelah agak menjauh barulah Shani melepaskan tangan Erika dan memdudukkan dirinya di atas sebuah batu. "Sudah la Erika kau layan Miya dengan Linda pun tak guna buang masa. " ujar Shani apabila melihat riak kesal dimuka Erika masih belum hilang.

"Tak adalah kau tengok la Shani kita tak ganggu dia orang pun tapi tiba-tiba dia orang pula yang nak cari gaduh dengan kita... Aku geram betul la!! " kata Erika melepaskan sedikit kemarahan kepada angin.

"Sudah la sini duduk... Sikit lagi bunga api dah nak mula ni makanan kau nak aku habiskan ke atau macam mana tu..?"

"Ehh jangan nak berangan sini bagi aku.. "

Dengan cepat Erika mengambil makanannya dari Shani takut-takut Shani menghabiskannya. Mengambil tempat disebelah Shani sambil bersiap sedia menunggu pertunjukan utama festival malam itu bersama-sama sahabatnya.

Enjoy!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience