Rate

Bab I

Fantasy Series 208

Rumah kecil yang berada di hujung desa itu nampak begitu damai diiringi suara seseorang yang bernyanyi lembut di halaman belakang. Seorang gadis tampak sedang duduk damai di ayunan.

Kakinya sesekali membuat ayunan sehingga membuat tubuhnya melayang lembut. Mukanya yang manis ditambah dengan senyuman yang lembut terpancar membuat sesiapapun yang memandang pasti akan terpukau dengan si empunya badan.

Shani Viophlie.

Nama gadis cantik yang menjadi incaran semua lelaki yang berada di desa kecil dan terpencil itu. Sikapnya yang manis serta baik ditambah dengan keanggunan yang terpancar darinya sehingga membuat sesetengah orang terpukau memandang.

Tidak terkecuali dengan makhluk mitos yang menjadi perbualan hangat diantara penduduk desa. Makhluk berbulu lebat dan ganas yang menyerang sesiapa sahaja yang berani mengganggu mereka sehingga membuatkan penduduk desa begitu takut untuk menjejakkan kaki kedalam hutan untuk memburu.


Shani berjalan perlahan memasuki kawasan pasar yang begitu penuh dengan penduduk desa yang sedang berjual. Gerakannya sentiasa diawasi oleh beberapa pasang mata tidak kira dengan pandangan kagum ataupun iri dari orang orang sekelilingnya.

Tetapi Shani yang pada hakikatnya adalah seseorang yang tidak ambil perduli hanya berjalan tenang sambil melihat-lihat bahan-bahan yang hendak dibeli.

"Pagi Shani awal kamu datang harini.. " sapaan Puan Lily kepada Shani yang menghampirinya.

Senyuman yang terlampau manis diberikan oleh Shani kepada Puan Lily seorang ibu tunggal yang mempunyai 2 orang anak itu.

"Saja saya keluar awal sebab tengah hari nanti saya nak cari kayu api dalam hutan. " balas Shani yang membuatkan Puan Lily membesarkan kedua-dua matanya sambil memaparkan riak wajah terkejut ditambah risau ke arah Shani.

"Shani kamu tak takut ke..??! Baru saja semalam seorang penduduk desa kita diserang oleh makhluk yang ada didalam hutan.. Apa kamu tidak takut nanti mereka menyerang kamu..??! "

Shani tersenyum lembut mendengar apa yang dikatakan oleh Puan Lily. Jika boleh jujur sebenarnya Shani juga merasa agak takut tapi mahu bagaimana lagi jika dirinya tidak ke hutan bekalan kayu apinya sudah berkurang. Mahu tidak mahu Shani terpaksa memberanikan dirinya untuk masuk ke hutan.

"tak mengapa lagipun saya tak masuk sampai ke tengah hutan jadi Puan Lily jangan risau saya akan baik-baik saja. " balas Shani untuk menenangkan.

Puan Lily yang mendengar apa yang Shani katakan hanya mampu menganggukkan kepalanya lemah tetapi riak wajahnya masih menunjukkan yang dirinya begitu risau akan keadaan gadis manis di depannya itu.

Sedangkan Shani hanya tersenyum lembut memandang wanita yang hampir memasuki kepala 4 itu. Shani sudah menganggap Puan Lily seperti ibunya kerana Puan Lily sahaja yang begitu ikhlas bersamanya sejak ibu-bapa nya meninggalkannya beberapa tahun lepas.

Tidak terhitung budi yang telah Puan Lily berikan selama dirinya hidup bersendirian dan Shani berjanji akan selalu menyanyangi wanita yang selalu berbakti kepadanya itu sehingga akhir hayatnya.

"Tapi apa yang terjadi dengan Tuan Alan semalam apa dia baik baik saja..? " tanya Shani kepada Puan Lily akan mangsa yang diserang oleh makhluk tersebut.

"Dia masih hidup tapi masih dalam keadaan koma entah tak tahu bila dia akan sedar memandangkan luka yang dia dapat dari makhluk menyeramkan tu boleh tahan parah. "

"Tak apalah sekurang-kurangnya dia masih boleh bertahan kita doakanlah yang terbaik untuk Tuan Alan supaya cepat sembuh. " ujar Shani dengan senyuman yang tidak pernah pudar dari wajahnya.


Derapan langkah kaki terdengar samar di balik pohon yang berada didalam hutan lebat itu. Seorang gadis sedang leka mengutip kayu kayu yang dirinya temui di sepanjang jalan yang ia lalui.

Sedikitpun dirinya tidak menyedari akan dirinya yang semakin dalam memasuki hutan sehingga keadaan yang tadinya sunyi menjadi semakin sunyi dan gelap akibat terlampau leka akan aktiviti yang dilakukannya.

"Hmm rasanya ni sudah cukup.. Aishh penatnya. " kata Shani kepada dirinya.

Shani yang merasa lelah pun memdudukkam dirinya di sebuah batu. Meletakan kayu yang baru dikutip ditepi setelahnya mengatur nafas sambil sesekali mengelap peluh yang membasahi mukanya dengan lembut.

Angin yang bertiup samar membelai wajah Shani sehingga tanpa sedar Shani memejamkan matanya menikmati angin lembut yang menampar wajah.

Hushhh!!!?

Dan secara tiba-tiba angin yang tadinya bertiup lembut menjadi hembusan yang kuat seakan-akan sesuatu telahpun melintas dihadapan Shani dengan pantas.

Shani membuka matanya secara automatik memerhatikan sekeliling. Ingatan Shani terus teringat akan makhluk yang pernah menyerang penduduk di desanya.

Rasa takut terus menguasai dirinya tanpa diminta. Mata yang tadinya masih memandang sekeliling tiba-tiba terhenti seakan kaku dengan apa yang dilihatnya. Sepasang mata tajam namun entah kenapa Shani tidak mampu melarikan diri.

Kerana pandangan itu seakan-akan pandangan tajam namun hangat di waktu yang bersamaan. Mata keemasan yang indah, tegas dan memancarkan aura kepimpinan yang amat jelas.

Seperti orang yang sedang dipukau Shani hanya berdiam diri sambil merenung makhluk itu tanpa henti. Begitu juga makhluk itu. Dia malah memandang Shani tanpa niat untuk menyerang gadis manis tersebut.

Setelah hampir beberapa minit menatap satu sama lain makhluk itu terus menghilangkan dirinya sedangkan Shani yang tersedar makhluk itu telahpun berlalu pergi terus terdiam setelah dirinya sepenuhnya tersedar barulah Shani mengambil kayu-kayunya dan berlalu pergi.

Walau tidak dinafikan Shani masih agak terkejut dengan apa yang terjadi tadi tapi rasa pelik lebih menguasai dirinya. Begitu banyak pertanyaan muncul didalam kepalanya.

Jika benar itu makhluk yang selalu diceritakan oleh penduduk desanya kenapa makhluk itu tidak menyerangnya atau bahkan membahamnya seperti penduduk lain??

Entah apa yang jadi tetapi Shani seakan-akan berharap dapat menemui sepasang mata yang indah itu lagi. Gila?? Memang pandangan itu memang membuat Shani seakan gila kerana berharap dapat melihatnya sekali lagi.

Tanpa banyak kata lagi Shani terus berlalu pergi meninggalkan hutan dan kembali ke rumahnya untuk beristirehat. Sekejap melupakan apa yang baru dilihatnya.


Dari balik pohon sepasang mata keemasan terus mengikut kepergian seorang gadis manis sehingga gadis tersebut hilang dari pandangannya.

"Manis. Aku akan menemuimu nanti. Tak tahu siapa kau tapi kau harus menjadi milikku. "

Smirk tajam dilayangkan sebelum keempat kaki berbulu itu berlari menjauh kedalam hutan yang tebal nan sunyi dari penduduk desa.

Ya makhluk yang paling ditakuti oleh orang-orang kerana sifat mereka yang boleh dikatakan buas dan mampu memangsa sesiapa pun yang mereka temui.

Kini makhluk itu telah menetapkan targetnya gadis baik nan manis yang menjadi pujaan semua orang telah menjadi target seekor monster yang ditakuti oleh semua orang.

Alam begitu misteri memberikan kejutannya. Menyatukan si manis yang paling disukai dengan si monster yang paling ditakuti.

Kejam?? Atau Manis??..

Hope you guys like this story!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience