4 Contrary

Romance Completed 43136

How is it possible? Bangun-bangun terus jadi bini orang! Sungguh Shy Sherina tidak boleh terima semua ni.

“Don’t!!! Please… don’t do that.” Terjerit Dewa bila Shy cuba mencabut jarum drip di tangan. Pantas pergelangan tangan Shy ditangkap oleh Dewa.

“Don’t touch me!” Marah Shy dengan mata terbelalak.

“Tenang okay? I’ll call staff nurse. Don’t do anything stupid.” Bertambah sakit hati bila Dewa dengan beraninya memberi amaran guna suara keras. Apa lelaki tu fikir dia dah punya kuasa ke atas dirinya? Argh! Rasa benci semakin menebal pada lelaki itu.

Shy diam. Hanya mata mencerlung ganas. Tidak lama kemudian, Dewa muncul semula bersama seorang jururawat.

“Puan dah sedar? Saya periksa keadaan puan sebentar ya. Tiga hari puan tak sedarkan diri.” Jururawat itu terus melakukan pemeriksaan biasa. Bola mata, denyutan jantung dan tekanan darah.

Shy yang masih dalam keadaan terkejut tambah terkejut bila tahu rupanya sampai tiga hari dia terbaring tak sedarkan diri di hospital swasta terbaik di bandar itu.

Setelah selesai pemeriksaan, jarum drip dibuka atas permintaan Shy sendiri. Dia mahu keluar dari situ. Perkara pertama yang dia mahu lakukan ialah berjumpa dengan Raja Zirhad. Tega sungguh ayah nikahkan dia di luar kesedaran!

Shy melompat turun dari katil sebaik sahaja jururawat tersebut menghilang di sebalik daun pintu. Terlupa sebelah kakinya yang masih bersimen. Hampir dia jatuh akibat kaki yang terbalut simen itu lebih dulu landing di atas lantai dan tergelincir.

“Hey! Easy there!” Dewa bertindak pantas menarik pinggang Shy. Tubuh Shy terhempap di badan Dewa. Sempat terhidu wangian lembut minyak wangi yang dipakai oleh Dewa sebelum tubuh Dewa ditolak kuat menjauhinya.

“Calm down okay! I didn’t mean to…”

“Stop touching me!” Shy terus membentak tanpa memberi peluang pada Dewa menoktahkan kata-katanya. Nampak jelas tulang rahang Dewa bergerak, menahan marahlah tu.

“Listen ahjuma!”

“Stop calling me ahjuma!!!”

“Ah… okay! Listen my beautiful wife. I….”

“You idiot! I hate you!!!”

Pantas Dewa melarikan wajah. Cuba menyembunyikan senyum yang hampir terlakar sempurna di bibir. Nak mampus? Tak nampak wajah cantik yang tengah marak berapi-api itu?

Shy Sherina melangkah laju. Lambat sikit pasti dia terajang lelaki di depannya itu. Tergeleng kepala Dewa melihat. Perempuan tak sedar diri betul! Dah terhinjut-hinjut jalan tak betul, masih nak berlagak!

Hairan juga macamana minah ni boleh melompat ke arahnya ketika sedang menunggang kuda semasa kejadian sewaktu bermain Polo beberapa hari lepas? Memusykilkan betul!

“Wait for me! You can’t drive.” Entahlah mengapa masih mahu berbaik. Mungkin kerana simpati. She’s just a girl after all. An evil one! Tak sedar rahang terketap rapat.

Shy langsung tidak mempedulikan jeritan Dewa. Langkah kaki semakin diperlajukan. Memang jenis kepala batu!

“Wait!” Pergelangan tangan Shy pantas disambar bila Shy meluru mahu mendapatkan teksi yang baru menurunkan penumpang di depan pintu masuk hospital.

“Lepaslah!” Shy meronta lalu menarik tangannya sekuat hati.

“Can you stop causing trouble? You nak ke mana? Biar I hantarkan.” Amboi bahasa! Siap ber-you ber-I okay. Macamlah mereka teman tapi mesra! Argh… memang menyebalkan!

“Stop…! Argh!!!” Betul-betul mati kata setiap kali berhadapan dengan jenis manusia tak faham bahasa macam Dewa ni. Dewa pantas melepaskan genggaman lalu mengangkat kedua-dua tangan separas bahu.

“Sorry!” Terus senyum sumbing.

“I want to go home…”

Shy bersuara lebih lembut. Mengalah bila sedar mereka mulai jadi perhatian di situ. Laju Dewa mengangguk. Sepanjang perjalanan, masing-masing mengunci mulut. Shy bersandar sambil menutup mata manakala Dewa memberi sepenuh tumpuan pada lebuh raya walaupun sesekali sempat juga mengerling si gadis melalui cermin pandang belakang.

“Err…wake up! Kita dah sampai.”

Shy membuka mata perlahan-lahan bila terasa bahu digoncang lembut. Terpampang wajah tampan Dewa di layar mata, dengan rambut panjangnya yang berjuntaian menutup separuh wajah.

Pantas Shy membuang wajah. Lelaki spesis Dewa ni bahaya kalau ditenung lama-lama. Bahaya pada hati! Badan auto menegak sebaik sahaja memandang ke luar jendela. Kening hampir bertaut ketika mengalih pandangan ke arah Dewa semula.

“Where the hell are we?”

“Home!” Jawab Dewa selamba lalu keluar dari perut kereta. Pintu belakang ditarik. Isyarat diberikan pada Shy untuk keluar.

Home? Semakin berkerut wajah Shy.

“Let me help.” Dewa menghulur tangan bila lihat Shy mengalami sedikit kesukaran untuk keluar dari perut kereta. Laju tangan Shy menepis kasar huluran Dewa. Tergeleng kepala Dewa melihat sikap kasar dan dingin gadis itu.

“Home? Are you kidding me?” Shy berdiri tegak sambil merenung sebuah bangunan lama di hadapannya. Tempat apakah ini?

“Well… we are married. Husband and wife should live together. You are my wife. From now on, I will take care of you. Tadaaa! This is our home sweet home!” Dia punya semangat sampai siap mendepa tangan. Begitu bangga menunjukkan apartmen kecil yang bakal mereka tinggali.

Semakin bertambah-tambah kerutan seribu di wajah Shy. Sengihan lebar di wajah tampan Dewa perlahan memudar bila lihat riak wajah itu. Shy tergelak sinis. Pendek dan halus tetapi begitu tajam menikam kalbu!

What does he expect hah? Yang dia akan terkinja-kinja kegembiraan seperti kanak-kanak kecil diberi lollipop? Berani sungguh Dewa mengajak wanita berstatus tinggi sepertinya untuk tinggal di sebuah kotak sempit dan buruk.

“I won’t live here with you! Take me home Dewa. My real home!” Shy mahu masuk semula ke dalam kereta namun Dewa pantas memaut lengannya.

“I am your husband and I want you to live here with me!” Mengapa suara Dewa berubah menjadi begitu dingin dan menakutkan?

“I said I don’t want to live with you! You’re fired!” Usai berkata, Shy menarik keluar telefon bimbit dari dalam beg tangan. Nombor ayahanda Raja Zirhad didail laju. Panggilan direjek! Terkejut bukan kepalang. Ayah… sejak kapan sudah pandai menolak panggilannya?

Tidak puas hati, panggilan dibuat sekali lagi. Semakin gelisah bila operator yang menjawab panggilan. Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi, sila cuba sebentar lagi. Dua tiga kali mencuba, hanya suara operator kedengaran. Ayah… menutup telefon bimbit? Argh!!!

Skrin telefon digeser, mencari nombor bonda tersayang. Sama! Nombor tidak dapat dihubungi. Pasti ayahanda dan bonda sudah sepakat untuk menolak panggilan dia! Hanya tinggal seorang yang dia yakin akan menjelaskan semuanya kerana lelaki itu sejenis manusia tak reti bahasa apatah lagi patuh pada arahan!

“Yo! What’s up Shy?” Mendengar sebutan kurang jelas seolah lidah disengat tebuan dan suasana hingar bingar itu, dia sudah dapat mengagak di mana lelaki itu berada. Serius? Seawal ini?

“Keith! Kau mabuk lagi ke?” Geram dengan sikap tak bertanggungjawab si abang sulung sampai terlupa sekejap tujuan dia menghubungi lelaki itu.

“Ah… kalau tujuan kau call setakat nak bagi ceramah dekat aku, no Shy! Simpan air liur kau tu.” Kembang kepala menahan geram!

“Kau tahu aku dikahwinkan semasa aku tak sedarkan diri?” Terdengar tawa sakan di hujung talian. Tambah bengkak bernanah hati.

“Ah… baru kau tahu level kejam tak berperikemanusiaan Raja Zirhad? Ya Shy Sherina! Kau dah dinikahkan oleh ayah kesayangan kau tu. Kau tak tahu? Semua barang-barang kau dah dikeluarkan dari rumah Raja Zirhad? Setahu aku itu syarat yang dipinta oleh Dewa semasa dia bersetuju mahu menikahi kau. Selepas kahwin, Raja Zirhad tak akan campur tangan urusan kau suami isteri. Cuma kau tak terlepas dari tanggungjawab pada Armanzo. Hanya itu kuasa Raja Zirhad pada kau. Kejam tak kejam? Dia buang kau tapi tetap mengerah tenaga kau.”

Hampir terduduk mendengar penjelasan panjang lebar Keith Rezlan. Sampai hati ayah! Bukankah perkahwinan itu bertujuan mahu mengaburi mata ahli lembaga pengarah sahaja? Mengapa dia diperlakukan seperti manusia tidak punya hati dan perasaan? Mungkin betul kata Keith selama ini. Ayah cuma menganggap anak-anaknya robot pencetak duit.

Telefon terlepas dari genggaman. Hampir jatuh terhempas di atas lantai konkrit kalau saja Dewa tidak menyambar telefon bimbitnya dengan pantas.

“Are we clear now? You can’t fire your husband. You are alone now… you only have me.” Kata-kata Dewa seperti bilah sembilu tajam. Menusuk lalu menghiris-hiris hati. Sakit dan pedih!

“Now be a good girl and let’s get inside.” Jemari dipaut oleh Dewa. Mencerlung terus mata. Berani sungguh mamat ni!

“Tak nak! Tak faham bahasa ke? Aku masih boleh hidup walaupun dibuang keluarga Dewa. I won’t live with you! Are we clear?” Dewa tergelak sinis.

“Lupa? I’m your husband. Jangan sampai aku tuntut kau untuk patuh pada aku di mahkamah ahjuma!”

Argh!!! Dewa ni memang sengaja menyimbah minyak pada api yang tengah marak.

“Masuk ahjuma! Malu dekat jiran tetangga.” Tangan terus ditarik kasar oleh Dewa. Hampir menitik air mata bila semua terpaksa dilakukan tanpa kerelaan hati. Dewa sempat menjeling sekilas.

“Don’t show me that ugly face. Bukankah selama ini kau sentiasa tampil penuh keyakinan? I want to see that evil look, not this fragile expression!”

Shy mengetap bibir mendengar kata-kata penuh kesinisan itu. Siapakah Dewa sebenarnya? Hati mulai curiga.

Sebaik sahaja Dewa menolak daun pintu, tersembul terus biji mata Shy. Dahlah sempit, penuh dengan barang-barangnya. Semua dimasukkan dalam kotak besar. Hampir tiada ruang untuk lalu.

“Nampaknya separuh barang kau ni kita kena dermakan. Takde tempat nak simpan.”

Shy tunduk. Air mata yang mulai mengalir di pipi dikesat perlahan. Ayah memang kejam! Mereka memang tak mahu dia balik ke banglo besar itu. Habis semua barangnya dikemas dan dihantar ke rumah sempit Dewa.

Adakah dia akan menghabiskan seumur hidup bersama lelaki yang tidak dikenali di ruang yang sempit ini? Untuk sepanjang hayatnya? Serius? Argh… tak mungkin! Bukan begini impiannya!

“Tak perlu! I won’t live here forever. Aku akan dapatkan tempat tinggal baru.” Beg tangan dibuka. Argh! Henfonnya masih berada di tangan Dewa.

“Bagi balik telefon aku Dewa!” Dewa tersenyum senget.

“You know, being stuborn is useless in this situation ahjuma. Jangan naikkan kemarahan Raja Zirhad. You’ll end up losing everything. Now, help me to clean all this messes!”

What the…

Dahlah telefon bimbit tak dibagi balik, mamat ni dengan beraninya mengarah dia untuk melakukan kerja? Who does he think he is?

“Now! Or I’ll throw all these masuk dalam tong sampah kat luar bangunan!”

Eh? Hampir terlompat mendengar ugutan Dewa. Nak buang? Gila ke apa mamat ni? Barang-barangnya bukan level pasar malam okay! Ada yang cecah puluhan ribu. Limited edition lagi!

“No no no Dewa! I’ll do it. Jangan berani sentuh apatah lagi buang barang aku.” Terkial-kial Shy menghampiri kotak-kotak besar sambil mengheret sebelah kaki yang masih bersimen. Dewa memandang tajam sambil menyembunyikan senyuman kemenangan.

“Kau sebenarnya tak perlukan semua tu. Pilih yang penting saja. Nak simpan bebanyak pun bukannya ada tempat. Yang lain nanti kita dermakan.”

Ah! Dah nak mulalah tu. Jadi mr diktator menggantikan Raja Zirhad. Argh! Sebalnya!!!

Shy menghempas punggung atas lantai berjubin putih. Sejuk! Tiada walau sehelaipun karpet apatah lagi permaidani empuk membaluti. Apalah yang dia harapkan dari seorang driver? Entah berapa lama dia mampu bertahan hidup dalam kotak sempit itu. Sehari? Seminggu? Sebulan? Ah… dia tidak mahu memikirkannya.

Rasa mahu menangis ketika menarik keluar pakaian, kasut dan beg tangan pelbagai jenama mewah dari dalam kotak. Semuanya dia mahu! Tak nak dermakan pada orang lain. Prada, Jimmy Choo, Louis Vuitton, Marc Jacobs, Versace dan banyak lagi huhu…

“Dah selesai?” Entah dari mana Dewa muncul dan terus menegur. Laju kepala Shy terangguk.

“Woah! Ni semua you tak nak?” Laju pula kepala digeleng. Terangkat kening Dewa.

“Ni semua I nak!”

“Habis tu mana yang you tak nak?”

“Tuuu!” Muncung memanjang menunjuk ke satu arah. Terbuntang luas mata Dewa memandang arah yang ditunjukkan. Hanya sebuah kotak kecil?

“Nooo! Save two or three boxes. Kejap lagi lori akan datang untuk angkut barang-barang yang you tak perlukan!”

Only two or three boxes? He must be kidding me!

“No Dewa! Semua ni sangat penting. Limited edition! I want them all!”

“We don’t have enough space here. Kau tak perlukan beratus-ratus pasang baju, kasut dan beg tangan. Tu belum masuk aksesori, alat solek dan skin care kau. Please… I won’t tolerate on this. Just pick any of those.”

Shy memandang Dewa dengan mata yang mulai berkaca-kaca. Semoga lelaki itu dilembutkan hatinya. Dewa menatap Shy beberapa saat sebelum menggeleng kepala. Argh! Mengapa dia harus berkahwin dengan lelaki itu?

Bunyi ketukan di daun pintu membuat Dewa segera mengalih pandangan. Langkah kaki diarah ke pintu.

“Ah, masuklah! Ambil semua kotak-kotak tu.” Mendengar kata-kata Dewa, laju Shy mengangkat punggung.

Dua lelaki bertubuh besar masuk dan mulai mengangkat kotak-kotak di atas lantai.

“Jangan! Itu tak boleh.” Shy meluru mahu menghalang namun lengannya segera disambar oleh Dewa.

“Bawa semua pergi!” Arah Dewa pada lelaki-lelaki tersebut. Shy memandang Dewa dengan bola mata marak menyala.

“Dewa!!! Aku mahu semua tu!” Dewa buat-buat pekak. Genggaman diperketatkan seolah memberi amaran pada Shy supaya tidak menghalang kerja lelaki-lelaki itu.

“Dewa!!!” Jeritan semakin lantang.

“Shut up ahjuma! You’re noisy!” Terkejut bila Dewa membentak. Berani sungguh! Dia ingat dia siapa?

“Kau marahkan aku?! Kau sedar tak kau dah ceroboh privasi aku? Barang tu semua aku beli dengan duit hasil titik peluh aku!”

“You don’t need those crappy things! Stop whining. Do not make me repeat this sh*t!”

“Crappy? They’re expensive Dewa! Seumur hidup kau kerja pun belum tentu kau mampu bayar semua tu!”

“I said shut up or I’ll make you mute!”

“Hah! What can you do Dewa?” Lantaran marah menguasai, tanpa gentar Shy mencabar. Bola mata Dewa mencerlung, seperti mata seekor helang menghendap mangsa.

Tak semena-mena belakang tengkuk Shy disambar lalu ditarik ke arah lelaki itu. Wajah Dewa kini begitu rapat, hampir bersentuh dahi dan hujung hidung. Shy tergamam. Kelu terus lidah.

“What can I do huh? Well my wife… I can kiss you!”

Danger detected!

Shy mahu meronta melepaskan diri. Celakanya tubuh langsung tidak mampu digerakkan. Terkejung macam kena santau.

“Good girl!” Nafas terhela penuh kelegaan bila Dewa menarik wajah sambil mengusap lembut atas kepala Shy. Gila! Tak dapat dia bayangkan kalau sampai Dewa mencium bibirnya tadi!

Shy terus mematung. Langsung tidak berani bergerak apatah lagi bersuara. Hanya bola mata bergolek-golek menatap sayu bila satu persatu barangnya dibawa pergi.

“Not that one please. Semua kerja aku tersimpan dalam laptop dan komputer tu.”

Akhirnya, hanya tinggal empat kotak besar di ruang tamu sempit itu.

“Now pergi susun barang-barang kau dalam bilik.” Arah Dewa mendatar. Shy memandang sekeliling.

“Mana bilik aku?” Dewa tergelak kecil. Shy memandang tajam. Lucu ke soalan itu?

“Ah… apartment ni cuma ada satu bilik. Yang tu… bilik kecil dekat hujung tu adalah stor.”

Terbelalak mata merenung Dewa. Tak mungkin! Bibir diketap. Sakit hati tak hilang lagi, ditambah dengan maklumat tak terduga itu. Bertambah-tambah bengkak hatinya.

“No way!”

“Yes dear… now move faster. Aku tak suka bilik tidur semak dengan barang-barang kau masa aku nak tidur nanti.”

Bilakah penderaan mental ini akan berakhir? Shy diam mengunci mulut. Banyak songeh kang lelaki itu bertindak di luar dugaan, dia juga yang susah nanti. Kotak besar itu ditolak perlahan menuju ke bilik. Nak angkat dia memang tak larat. Dewa hanya bercekak pinggang memerhati, tak sudi pun nak menghulur bantuan. Dasar brengsek!

Setelah bertungkus lumus berkerja bersendirian, akhirnya semuanya berjaya disudahkan. Shy mencapai tuala lalu menapak ke bilik mandi. Badannya sudah basah dek peluh, terasa melekit seluruh tubuh.

Usai berpakaian, Dewa masuk ke dalam bilik. Shy kelam kabut mengalihkan mata. Seram sejuk bila berdua-duaan dengan lelaki itu di dalam bilik tidur. Dewa hanya menjeling sekilas, menarik tuala yang tergantung lalu melangkah masuk ke dalam bilik mandi. Sekali lagi, nafas dihela penuh kelegaan.

Ketika mendengar bunyi pili air ditutup, punggung automatik terangkat dari kerusi meja solek. Mundar mandir dengan laju sambil berfikir apa yang harus dia lakukan. Pura-pura tidur? Ah, idea terbaik setakat ini! Shy terus melompat di atas katil lalu berbaring dan menutup mata rapat-rapat.

Tidak berani mencelik mata walau hanya sesipi ketika dengar pintu bilik mandi terkuak dan derap kaki menghampiri almari kain. Selepas beberapa minit, kedengaran derap kaki menghampiri katil. Shy mulai rasa sesak nafas. Mampus! Dia harus buat apa sekarang?!

“Dah tidur ke? Hey!” Bahu digoncang halus.

“Tak lapar?” Yes idiot! Sejak keluar hospital dia langsung tak jamah walau setitik air pun. Tapi egonya setinggi langit saat itu. Tetap memilih untuk mendiamkan diri.

“Whatever!” Dan Dewa terus pergi macam itu je tinggalkan dia. Menyesal pula tak jawab tadi. Air liur ditelan. Kering dan pedih!

Argh! Sebalnya!

Hati dipujuk. Tidurlah Shy! Takkan mati setakat baru sehari tak makan tak minum. Mungkin kerana keletihan, Shy hampir terlelap bila tilam terasa berombak dan sedikit tenggelam di sebelah. Mata pantas tercelik.

“Sorry if I wake you…” Haruskah berbisik? Bergetar jantung mendengar suara husky itu.

Shy cepat-cepat menutup mata. Tak mahu memandang wajah tampan yang sedang berbaring di sebelah. Kembang bulu roma bila terasa kehangatan tubuh Dewa yang begitu hampir dengannya. Haruskah baring serapat itu? Shy mengesot perlahan-lahan, tidak mahu Dewa menyedari perbuatannya.

Buk!

“Arghhh…” Shy menderam halus. Celaka betul! It’s a queen not a king dammit! Habis satu tubuh menanggung kesakitan akibat tergolek jatuh dari atas katil. Moga-moga Dewa tak perasan. Memalukan betul!

“Buat apa tu?” Argh! Dia tak tidur lagi rupanya. Kepala Dewa terjegil dari atas katil, memerhati Shy yang sedang terlentang di atas lantai.

“Panas. Kat lantai ni sejuk.” Beralasan! Munasabah juga, apartment Dewa langsung tiada aircond, hanya kipas angin.

“Okay!” Okay? Hanya itu? Tak tanya bagaimana keadaan dia? Tak suruh dia naik atas katil semula? Argh!!! Benci betul!

Dewa terus menyambung tidur, membiarkan Shy terkebil-kebil di situ. Kejam! Lantai berjubin putih tu langsung tidak beralas. Nak dia baring di situ sampai pagi ke? Shy menaikkan sedikit kepala, cuba mengintai Dewa. Amboi! Siap tidur membelakangi dia. Lelaki itu memang tak kisah langsung pada dia. Shy mengerekot menahan kedinginan. Kalah malu, dia terpaksa bermalam di lantai sejuk dan keras itu.

Memujuk diri sendiri untuk tidur dengan mata dan wajah yang mulai basah disirami air mata. Menangis tak berlagu mengenang nasib diri. Sampai terbawa-bawa dalam mimpi ketika waktu tengah malam, satu sosok tubuh menyerupai Dewa mendatanginya bersama sebuah bantal dan sehelai selimut tebal. Kepalanya diangkat perlahan lalu dialas dengan bantal. Tubuh kedinginannya dibalut dengan selimut tebal. Bertapa selesanya dia rasakan dalam mimpi itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience