2 Hatred

Romance Completed 43136

“Buat apa sorang-sorang dekat luar ni? Jomlah masuk sayang, sejuk ni…” Tubuh dirangkul dari arah belakang. Tidak lama kemudian, terasa sepasang lengan melingkar di pinggang. Leher jinjangnya kembali hangat bila sepasang bibir mulai menyerang kawasan tersebut.

Dan seperti kebiasaan, dia tidak mampu menolak. Hanya desahan ghairah terletus dari bibir.

“Bila you nak bagitahu your parent tentang I sayang?” Seraya berkata, bibirnya diburu. Berciuman buat seketika sebelum lelaki itu melepaskan bibir lalu merenungnya dalam-dalam.

“Please give me some time. Ayah I bukan senang nak terima semua ni secara tiba-tiba.”

“Dia sayangkan you. Dia kena hormat siapapun pilihan hati you. Don’t delay this any longer sayang. It’s tiring… I’ve been waiting for almost ten years now.”

“I’m… afraid…” Bola mata mereka bertaut buat seketika sebelum tubuhnya ditarik lalu dipeluk dengan erat.

“I love you Shy Sherina. I’ll never leave you no matter what happened. I promise.” Bibir bertaut semula. Berbalas ciuman penuh berahi sebelum tubuh langsingnya didukung lalu dibawa masuk ke dalam bilik tidur.

“Shy Sherina!!!”

Tok! Tok! Tok!

“Shy Sherina!!! Are you in there? Shy!!!”

Terkuak luas mata yang entah sudah berapa lama dipejam rapat itu. Basah! Dia menangis lagi di luar kesedaran. Wajah basahnya dilap cepat-cepat bila dengar derapan kaki laju menghampiri. Kenangan perit yang bermain di layar minda diusir jauh-kauh.

“Dah agak dah! Mesti kau dekat balkoni. Buat apa sorang-sorang kat sini Shy? Tetamu dah ramai dekat bawah tu. Semua bertanya tentang kau.”

Setelah yakin wajah bebas dari sisa air mata, Shy memalingkan wajah. Memandang seorang lelaki bertubuh sasa yang hanya berjarak tiga tahun tua darinya. Keith Rezlan, abang sulung yang sepatutnya menjadi tonggak harapan keluarga!

“You can stop now Key! Obeying them? So not you! It disgusts me and give me a sudden urge to throw up.” Keith tergelak pedih. Dihampiri Shy yang sudah membuang wajah, mendongak merenung langit gelap yang dihiasi butiran bintang-bintang berkelipan.

“You know Shy… you’re being mean to the wrong person. I truly pity you. Why did you make him marry you with nobody? Thanks to that, we’re now have become a laughing stock!”

“I guess you’re still dreaming brother! It’s because I have stupid siblings! Kau masih tak sedar ke Key? Kau yang sepatutnya menggalas semua tanggungjawab! I am only a second child and I am a girl for god sake!”

“That’s lame Shy! Just admit it. You… are… one of them! Kau takkan kembali kalau apa yang aku katakan ini tak betul! Kau tamak Shy. Kau nak bolot semuanya kan?”

Shy Sherina mengeluh perlahan. Bola mata masih melekat di langit. Tamak? Betulkah dia tamak?

“Say whatever you want Key! We are family. At least you out of all… should know me better!” Usai berkata, Shy memaling tubuh, merenung beberapa saat wajah tampan Keith Rezlan sebelum melangkah meninggalkan lelaki itu.

“Family?” Bisik Keith dengan bola mata marak menyala. Penumbuk dikepal erat.

“My a*s!”

Seperti yang dijangka, kemunculan Shy Sherina di ruangan pesta pada malam itu mengundang perhatian. Suasana riuh rendah sebentar tadi tiba-tiba menjadi sunyi sepi. Masing-masing memaku pandangan ke arah tangga yang sangat lebar, pemegang terukir unik berwarna emas dan kelihatan karpet merah terletak kemas di bahagian tengah anak-anak tangga yang puluhan jumlahnya.

Terpesona! Hampir semua pasang mata yang memandang Shy Sherina saat itu seolah terpukau dengan kecantikan wajah dan tubuh badannya. Seperti seorang puteri anggun dalam kisah dongeng kanak-kanak. Tidak dinafikan, kecantikan Shy tidak memudar dimakan waktu. Semakin berusia semakin menyerlah.

“Shy Sherina! Welcome back! Stunning as usual. How are you cuzzy?”

“Don’t try to be nice in fronf of others Harris! You look like a shit!” Harris ketap rahang. Bergeser gigi geraham menahan marah. Singa ni baru keguguran ke apa? Macam bini Lucifer perangai!

“Shy Sherina! My pretty cousin. What took you so long? I’ve been waiting for you…”

“Snap it out Mel. I know you didn’t mean it. Just enjoy the party!” Damn this arrogant witch! Melissa terus menyumpah dalam hati. Mati terus senyuman mesra paksaannya.

“Oh dear… there you are Shy Sherina. You never aged, have you?” Langkah kaki terhenti bila laluan dihalang oleh dua wanita yang sangat dia kenali, luar dalam!

“Dunno… maybe that’s because I’ve got a pure heart… aunt Maria… aunt Mazlina…” Berubah terus riak wajah kedua-dua wanita itu.

“Aunty dengar kau nak kahwin.” Maria mulai menyerang dengan sinis. Mazlina sengaja gelak kuat, tak disembunyikan nada mengejeknya langsung.

“Dari mana Zirhad kutip bakal laki kau Shy? Rasanya hanya gelandangan yang sudi mengambil kau sebagai isteri.” Shy Sherina merenung dua wajah plastik di depannya dengan tajam.

“Is that true Shy? Woah… kalau benar, ini cerita sensasi! Patutlah sampai sekarang Zirhad hanya mendiamkan diri.” Entah dari mana munculnya Zurhan, datang-datang menyimbah minyak pada api yang mulai marak.

Shy Sherina mengoyakkan senyuman sinis. Satu persatu wajah yang mengelilinginya direnung. Tenang di posisi walaupun dilempar dengan kata-kata pedas. Itulah yang membuatkan ketiga-tiga manusia yang ada di situ semakin sakit hati.

Di suatu sudut yang agak terlindung, seorang pemuda tampan duduk bersendirian. Hanya ditemani sebotol Vodka yang sudah tinggal separuh. Keadaan sekeliling langsung tidak menarik perhatian. Bola mata hanya tertancap pada gelas kecil di tangan.

Gelas kaca bersaiz kecil itu diangkat, digerakkan seketika sebelum isinya masuk ke dalam tekak dengan sekali telan. Panas terbakar kerongkong! Namun tiada tanda mahu berhenti. Botol Vodka dicapai lalu isinya dituang semula ke dalam gelas yang telah kosong. Sekelip mata, gelas tersebut kosong semula.

Setelah beberapa saat diam menekur lantai, lelaki itu bingkas berdiri. Terlakar senyum kecil penuh misteri di wajah tampan itu. Show’s on! Let them see… hati kecil berbisik. Langkah diatur tenang menuju ke satu arah.

“Why makcik-makcik dan pakcik-pakcik concern about my life? I still have my parent you know, that’s their job, not you guys.” Pedas sindiran terlontar dari bibir Shy.

“Ah… kau lupa agaknya kerana lama bersembunyi, melarikan diri dari kesalahan kau. We are family Shy Sherina. Tak logik ke kalau kami ambil berat pasal kau?”

Tergeletek hati mendengar kata-kata bersulam dusta itu. Ambil berat ya? Tergelak kuat Shy Sherina. Sukar mahu berhenti kerana kata-kata itu terlalu lucu dia rasakan.

“Rasanya saya tak perlukan concern dari makcik dan pakcik kot. Lebih baik makcik dan pakcik jaga keluarga sendiri dulu. Tak gitu?” Mahu saja dia ketawa terbahak-bahak melihat perubahan wajah manusia-manusia plastik di depannya itu.

“Jangan berlagak Shy! Kau ingat dengan berkahwin pada pengemis jalanan akan bagi kau tiket untuk pegang jawatan tertinggi di Armanzo? Kau nak jatuhkan maruah keluarga kita?”

“At least he won’t betray me like you all did!”

“Are you sure Shy Sherina?” Terdiam sekejap. Sejujurnya, dia tidak tahu. Dia cuma mahu menyindir manusia-manusia plastik itu.

“Where is he by the way? He should at least be here with you, shouldn’t he? Berkenalan dan beramah mesra dengan keluarga. Zirhad… Zirhad… benda penting macam ni pun dia tak reti nak uruskan ke?”

“Aku faham perasaan abang long, Zurhan. Dia pasti malu mahu perkenalkan bakal menantunya yang hodoh dan miskin itu. Saat-saat macam ni pun masih mahu jaga air muka. Dia tak nampak ke musuh sedang mengintai dan mentertawakan keluarga kita?”

Shy ketap rahang. Meluat sungguh berhadapan dengan adik beradik ayahnya itu. Siapa musuh sebenarnya? Betul-betul tak sedar diri.

“You know what… it’s none of your business aunties… uncle. Ayah knows what’s the best for me. Just enjoy nikmati kesenangan hasil titik peluh orang lain dan tunggu berita baik dari ayah. I need to go!”

“Jangan kurang ajar Shy Sherina!” Lengannya ditarik kasar. Bola mata turun melihat kuku-kuku panjang dari sebuah tangan terbenam di isi lengannya. Pedih!

“Let me go Aunty Maria!”

“Budak kurang ajar macam kau ni harus diajar Shy! Kau ingat dengan kuasa yang ayah kau ada, kau boleh berbuat dan berkata sesuka hati?”

“Aunt Maria!!!” Shy mulai bertempik. Kesabaran sudah di penghujung. Rasa pedih menyucuk-nyucuk mulai terasa di bahagian lengan yang dicengkam.

“Kurang ajar!” Tangan Maria terangkat tinggi lalu diayun deras menuju ke wajah Shy. Berani sungguh. Di khalayak ramai pula tu. Shy sempat mengoyakkan senyum sinis. Sikitpun tidak berganjak. Seolah bersedia menanti tapak tangan itu hinggap di pipi.

Ketika tapak tangan itu hampir menyentuh pipi, sebuah tangan kekar berurat yang memakai kemeja lengan panjang dilipat hampir ke siku menangkap pergelangan tangan Maria. Semua yang ada di situ terkejut. Masing-masing menoleh, memandang siapakah gerangan manusia yang berani sungguh campur tangan dalam urusan keturunan Armanzo.

“Don’t ever touch her madam!” Shy terundur setapak. Merenung tidak percaya pada lelaki tampan yang sudah berdiri di hadapannya, mahu melindungi dia dari diserang sekali lagi.

“Back off anak muda! Who do you think you are? Berani sungguh kau campur tangan hal keluarga Armanzo?!” Maria menjerit berang. Sakit hati bila tidak berjaya mengajar Shy Sherina yang tersangat kurang ajar di mata dia.

“No aunty… the right question is… why did you do that? Who is she to you? Let me introduce myself. I am Dewa, bakal suami Shy. And no… I am not pengemis jalanan yang hodoh dan miskin. Saya mungkin tak punya harta melimpah, tapi saya yakin saya masih mampu menyara Shy dan anak-anak kami yang bakal lahir nanti.”

Hampir jatuh rahang ke lantai mendengar penerangan panjang lebar dari Dewa. What did he say? Anak-anak yang bakal lahir? Celaka sungguh! Beraninya mamat ni berangan sejauh itu?

Dewa berpaling lalu menatap Shy beberapa saat dengan pandangan yang sukar dimengertikan. Shy terpegun sekejap! Baru kali ini dia melihat dengan jelas wajah Dewa. Tanpa cap dan cermin mata.

Tampan sungguh rupanya mamat ni! Hati kecil memuji kagum. Dewa menyimpan rambut panjang melepasi bahu. Licin, lembut berkilat. Nampak sungguh ianya terjaga rapi. Semua disikat ke belakang, namun ada beberapa helai rambut terjuntai di depan. Duh! Macam budak samseng. Spesis samseng incredibly handsome gitu.

“I see… so you’re him… bakal suami Shy Sherina. Hurm… not bad!”

“How old are you? Seumur? Ah… you must be older than Shy!”

“Siapa keluarga kau? Belajar sampai peringkat mana? Di mana kau menuntut ilmu? Universiti tempatan atau luar negara?”

Tercengang terus Dewa bila diserang dengan soalan bertubi-tubi. Bingung harus jawab yang mana satu dulu.

“Tengok physical dan penampilan kau, pasti bukan dari keturunan biasa-biasa. What kind of sports do you like?”

Dewa masih diam. Hanya senyuman menguntum di wajah.

“Join us. We’re playing Polo tomorrow!” Hampir jatuh cuping telinga Shy mendengar pelawaan maut Zurhan. Gila! Mereka semua memang sengaja mahu mengenakan Dewa. Dia tidak mampu berdiam diri lagi.

Shy mara ke depan. Wajah adik beradik sebelah ayahnya direnung satu persatu.

“Sorry… we’ve something important to do tomorrow!” Nada suara jelas kurang senang pada pelawaan Zurhan. Dia tahu tujuan sebenar manusia-manusia plastik itu. Mahu malukan dia! Tak kisah. Tapi tak perlulah libatkan orang lain pula.

“We do?” Boleh pulak mamat ni tanya balik. Siap buat muka poyo lagi. Hampir je dia sepak muka hensem itu.

“Are you sure? Why no one… auch!” Terperanjat beruk Dewa bila Shy tiba-tiba memijak kakinya. Membulat mata Dewa merenung Shy yang sudah menarik wajah tegang.

“Well… you should come! Follow me young man. Let me introduce you to the audience.” Tak semena-mena, lengan Dewa ditarik pergi oleh Maria dan Mazlina menuju ke tengah ruang pesta. Shy tidak sempat menghalang. Dia mengejar laju, dengan langkah yang dibuka besar-besar.

Cuba memanggil dan memberi signal pada Dewa namun lelaki itu terlalu asyik menjawab pertanyaan Maria dan Mazlina.

“Attention everyone. Suka saya perkenalkan bakal ahli baru keluarga Armanzo.” Shy tunduk menggigit bibir bila suara Zurhan bergema kuat di corong speaker.

“Call me Dewa. I’m Shy Sherina’s husband to be. Salam kenal.” Diganti pula dengan suara husky Dewa. Rata-rata mata yang ada di situ tertumpu pada Dewa.

“Dewa akan join aktiviti rutin keluarga hari esok. Please come and give us support!”

Shy terus geleng kepala. Mampuslah kali ini. Siap diumumkan pada semua generasi Armanzo. Bagaimana sekarang? Apa yang harus dia lakukan?

Tidak lama kemudian, Dewa datang menghampiri dengan wajah yang masih kelihatan selamba. Hairan, tiada segarispun panik pada wajah tampan itu.

“You!” Jerkah Shy dengan suara tertahan-tahan. Dewa menaikkan kening.

“Don’t show that damn ugly face in front of me. You don’t know what I’ve to deal with because of your reckless action!” Dewa sengih lebar. Bola mata tajam memanah ke anak mata Shy. Siap pamer muka langsung tak bersalah.

“Shy Sherina! Meet me at my work room!”

Ah sudah! Bergegar jantung menerima panahan beracun dari sepasang mata milik Raja Zirhad Raja Armanzo, sang ayahanda yang sangat digeruni!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience