3 Out Of League

Romance Completed 43136

“Why didn’t you stop him?!” Shy terkedu. Masuk-masuk je ke dalam bilik kerja tuan ayahanda, terus ditengking hingga berdengung corong telinga. Otak yang sarat dengan pelbagai alasan munasabah sepanjang perjalanan menuju ke bilik itu sebentar tadi terus jadi blank.

Kepala jatuh menekur lantai. Tidak berani menjawab kerana dia juga tahu risiko yang bakal mereka sekeluarga hadapi kalau Dewa melakukan kesilapan esok.

“Did you ask him? Does he know anything about Polo sport?”

Shy masih mematung. Sakit hati bila teringat wajah selamba Dewa ketika dia mengamuk di bawah tadi. Lelaki seperti Dewa pasti tidak tahu apa-apa tentang dunia manusia malang seperti dia.

Malang kerana hidup dikelilingi peraturan ketat yang wajib dipatuhi. Malang kerana hidup sentiasa berjaga-jaga kerana sekali terleka pasti diserang musuh dalam selimut. Argh! Mengapa harus lelaki poyo itu?!!!

“They’re going too far! Ayah takkan berdiam diri. We can’t lose Dewa. Make sure he doesn’t show up tomorrow.”

“Baik ayah.” Laju diiyakan.

Itu yang terbaik. Dewa tidak perlu terlalu menonjol. Lelaki itu ada kerana mereka terdesak. Tapi, tindakan mereka secara tidak langsung akan menyebabkan nyawa lelaki itu dalam bahaya. Dan itulah sebab utama mengapa dia harus membantah niat Raja Zirhad mahu mengahwinkan dia.

“Why not kita tangguhkan perkahwinan ni? Mungkin masih ada lelaki yang hebat…”

“Shy Sherina! I clearly said we can’t lose him, didn’t I? Out now! And ask Keith to come here.”

Diktator! Sempat hati kecil merungut sebelum langkah dibuka. Dia perlu lakukan sesuatu untuk mengusir lelaki itu. Harus! And why does he has to show up here at the party? Tak perlu! Lelaki itu cuma pemandu peribadi dia, malam-malam macam ni sepatutnya lelaki itu sedang bersenang lenang di rumah sendiri, bukan menghadiri parti yang ntah apa-apa ni! Argh… pasti kerja ayah!

Tapi melihat riak wajah ayah tadi, jelas menunjukkan yang ayah sendiri belum bersedia mahu perkenalkan Dewa pada kaum kerabatnya. Adakah Dewa bertindak sendiri? There’s something odd about this guy.

Sepanjang jalan Shy bermonolog sendiri. Ketika menapak di anak tangga yang terakhir, bola mata tertancap ke satu arah. Dia benar-benar terkejut.

Laju kaki diorak menuju ke arah tersebut. Tak percaya sungguh pada apa yang dia lihat!

“Oh… there she is! The bride to be.” Memicing mata melihat Harris menjulang tinggi gelas kecil berisi arak. Gelak tawa seperti orang gila memenuhi pendengaran.

“My sister! Isn’t she pretty?” Keith menyusul, gelas kaca bersaiz kecil diangkat tinggi ke udara.

“Obviously! Pretty and hot!” Sebelah kening Shy terangkat tinggi bila Dewa menyampuk. Mereka bertiga melagakan gelas di udara lalu berlumba-lumba meneguk air putih itu. Gelak tawa memenuhi ruang, entah apa yang lucu sampai ketawa macam orang hilang akal.

“Done mengutuk aku?” Sinis! Tiada secalitpun senyum di wajah.

“Hey! Chill sista… jom berseronok dengan kami!” Keith menghulur sebiji gelas kosong kepada Shy. Botol arak yang sudah tinggal suku di atas meja disambar. Mahu dituang ke dalam gelas kosong itu.

“Well, thanks to me kau punya banyak masa berseronok Keith! Go upstairs now. Ayah is waiting for you!” Berubah terus wajah Keith Rezlan. Wajah kusut diraup panik. Buru-buru mengangkat punggung lalu pergi dari situ.

Shy membuang pandangan ke wajah Harris. Mata separuh layu itu ditenung sesaat. Begitu selamba lelaki itu meneguk air memabukkan itu.

“And you Harris… what is it now?” Harris tergelak sinis. Gelak yang penuh aura jahat. Meluat mendengarnya.

“Relax cuzzy. I didn’t do anything.” Shy merenung tajam.

“Manusia macam kau takkan lepak dengan mereka ni kalau bukan bersebab Harris.”

“Well…” Harris tergelak kecil. Bingkas bangun lalu menghampiri Shy. Wajah ditarik merapat.

“I do find something interesting… about that guy.” Terketap rahang bila Harris berbisik di telinga.

“Hahaha…” Harris berlalu pergi dengan tawa kuat berbaur sinis.

Kurang ajar! Shy pantas melemparkan renungan berapi pada Dewa yang kelihatan masih begitu santai duduk menikmati air arak. Langsung tak kisah pada situasi tegang yang berlaku di depan mata.

“Dewa!” Hati sudah memanas. Lelaki itu didekati.

“What did you say to that bastard?!” Dalam marah, ada rasa cemas. Macamana kalau semuanya terbongkar? Adakah ayah bagi warning pada mamat poyo ni tentang apa yang perlu dirahsiakan dari pengetahuan umum?

“Dewa!!!” Bertambah-tambah sakit hati bila Dewa langsung tak mempedulikan dia. Malah semakin rancak pula meneguk air syaitan itu.

“Are you deaf? How dare you ignore me!” Gelas yang baru diisi penuh oleh Dewa segera dirampas oleh Shy lalu disimbah ke wajah lelaki itu.

“Know your place Dewa! You shouldn’t be rude to your employer! Now answer me!” Gelas kaca itu dihentak kuat di permukaan meja. Mujur tidak pecah berkecai.

Dewa mengangkat wajah lalu memburu sepasang mata Shy Sherina. Memberikan sebuah tatapan tajam dan dingin. Berani sungguh! Begeser gigi geraham Shy menahan marah.

“I said do not look at me like that!”

“Listen ahjuma!”

Ah…ahjuma? Sekali lagi? Memang kurang ajar betul mamat ni!

“You’re fired!” Dewa tersenyum senget. Penuh kesinisan!

“You can’t fire me ahjuma. You are not the one who hire me. It’s Raja Zirhad. Know your place ahjuma.”

Argh!!! Dia boleh pulangkan paku buah keras? Betul-betul kena setepak! Merah padam wajah Shy. Dewa tergelak sinis melihat reaksi Shy. Wajah yang basah dikesat dengan tangan. Punggung terangkat.

“Where are you going? We haven’t done yet!” Shy menyambar kasar lengan Dewa yang kelihatan mahu beredar itu. Tak semena-mena, Dewa menangkap pergelangan tangan Shy lalu menarik Shy ke arahnya. Pinggang ramping itu dipaut lalu ditarik hingga melekat ke tubuh sasanya.

“What are you doing Dewa? Let me go!” Shy meronta. Benar-benar terkejut dengan keberanian lelaki itu.

“Psyttt…” Psyttt katanya? Berani mamat ni suruh dia diam bila tubuh dipeluk macam tu?

“You!” Kemarahan semakin membuak-buak! Jangan sampai keluar silat mentadaknya di khalayak ramai!

“Let’s dance… everyone is watching and observing us cik ahjuma. I bet you want this to work according to plan right?”

D…dance? He means slow dance? Never! Malangnya, semakin dia meronta dan cuba menjauhkan diri, semakin kejap Dewa memeluknya.

“Let’s just dance…” Kerana Dewa lebih tinggi, kepala terpaksa direndahkan untuk berbisik di telinga Shy. Usai berkata, belakang tengkuk Shy ditarik. Wajah Shy terbenam di dada bidang itu. Terkejut sampai tertelan berdas-das air liur!

Aneh! Dia bisa mendengar degup jantung Dewa. Hampir senada dengan degup jantungnya ketika itu. Huru hara tak keruan! Shy mendongak. Meneliti wajah tampan Dewa. Memang aneh… betullah kata orang, jangan tertipu bila lihat tenang di permukaan. Siapa sangka ada badai Tsunami di dasarnya.

Shy mengalah bila sedar mereka berdua jadi perhatian. Merendah ego dan hanya membiarkan Dewa menguasai keadaan. Siapa sangka jiwanya yang kacau bilau seketika tadi perlahan-lahan sirna terganti dengan rasa tenang. Adakah kerana slow dance? Atau kerana Dewa? Pasti slow dance! Ianya juga satu terapi. Laju hati kecil menjawab.

“I should go home now. I need a good rest so I can perform better tomorrow.” Seraya berkata, pelukan dilepaskan.

Aduh! Hampir terlupa tentang itu. Laju kaki menapak selangkah ke belakang, melebarkan jarak antara mereka.

“Kau tak perlu datang esok Dewa.” Dewa menjongket kening.

“Why? You aren’t firing me, are you?”

“No. What I mean is kau tak perlu datang ke acara esok.”

“Then… you aren’t going too right?”

“I have to show up.”

“Then I’ll come and fetch you. I’m your driver.”

“Tak payah. Esok kau cuti.”

“Nope! I’ll come.”

“Are you that stupid?! Kalau kau datang, kau mungkin dikerjakan sampai cacat! Kau faham tak?”

“Thank you for your advice. I’ll be extra careful.”

Argh! Nak cakap macamana lagi supaya mamat ni faham hah!

“Okay. Kita tolak tepi dulu masalah itu. Ni aku nak tanya, kau tahu ke main Polo?” Pertanyaan penuh kegusaran itu dibalas pula dengan tawa kecil. Bagai diperah-perah hati Shy melihat lagak poyo Dewa. Boleh pula mamat ni ketawa dalam keadaan genting macam ni?

“Tiada benda yang tak boleh dipelajari dalam dunia ni. I am a quick learner you know.”

Amboi! Jawapan bikin panas yang minta kena cekik sampai mampus! Siap pamer muka penuh yakin.

“Dewa!” Tambah panas hati bila lihat lelaki itu mengorak langkah dengan penuh keyakinan.

“Goodbye now cik ahjuma! See you tomorrow.”

Dunia terasa seakan gelap gelita saat itu. Mengapa dia perlu hadap semua ini? Berani sungguh Dewa berlagak angkuh di depan dia. Tak sedarkah bahaya yang sedang menanti lelaki itu andainya dia tetap mahu meneruskan niat melibatkan diri esok? He has no idea! Stupid jerk!

* * * *


“Meet Browny! Ia seekor kuda yang paling jinak dan senang dihandle.” Dewa menghampiri kuda tersebut. Kepala kuda itu diusap perlahan.

“Good boy! Be nice to me out there Browny!” Seru Dewa sambil sengih di depan kuda tersebut.

“Go on… try to ride him!” Dewa mengangguk memandang Keith. Teragak-agak seketika. Shy Sherina yang hanya diam memerhati di kejauhan menggeleng hampa. Apalah yang mamat berlagak tu tahu agaknya? Entahkan pernah menunggang kuda ke tak!

Dewa mulai memanjat naik. Browny meringkik lalu melompat. Dewa jatuh tergolek di atas rumput. Keith pantas menarik Browny menjauhi Dewa. Kalau dipijak, pasti cacat terus!

“Woah! Easy boy… easy…” Keith cuba menenangkan Browny sambil tangan mengusap-usap belakang kuda tersebut.

Shy membuang wajah bila lihat Dewa terjatuh. Sudah! Apalah yang dia harapkan dari mamat itu? Langkah dibuka laju menuju ke bilik persalinan.

“Woah! Are you playing too?” Entah dari mana Keith muncul lalu menegur. Shy hanya mendiamkan diri. Memakai pelindung tubuh, siku dan lutut. Helmet di tepi ditarik lalu dipasang di kepala.

“I’ll not let him die out there!” Keith senyum senget. Bola mata memandang tajam.

“Ah… do you love him?”

Love? Shy tergelak dalam hati. Soalan Keith tak dijawab. Shy melangkah keluar meninggalkan lelaki itu termangu-mangu.

Shy terus ke kandang mendapatkan kuda. Mana-mana kudapun sebenarnya tiada masalah bagi dia. Kuda-kuda di situ sudah terlatih. Hanya bergantung pada kemahiran dan bagaimana si penunggang berkomunikasi dengan haiwan tersebut.

Hampir luruh jantung melihat Dewa sedang menunggang Browny menuju ke arah dia diikuti oleh ayah dan Keith di belakang, masing-masing menunggang kuda.

“You’re one of our team huh?” Entah mengapa, suara Dewa terdengar begitu angkuh di telinga. Shy menggeleng lemah. Putus asa untuk melarang.

“Just be careful Dewa.” Amaran serius Shy Dewa sambut dengan gelakan kecil. Shy membuang wajah. Benar-benar tak kuasa nak hadap lelaki itu.

Mereka bergerak menuju ke padang. Zurhan, Harris, Melissa dan Rauf, suami Melissa kelihatan sudah bersedia di padang menunggu kedatangan mereka berempat.

Permainan dimulakan. Seperti yang Shy jangkakan, team Zurhan langsung tidak menunjukkan belas kasihan.

“Shy!” Raja Zirhad memukul bola ke arahnya. Belum sempat menyambut, kudanya dirempuh dari arah belakang.

“Sorry cuzzy! Hahhh!” Harris! Kuda Harris berlari laju menuju ke arah gawang pihak lawan. Shy cuba mengejar di belakang.

“Sorry!” Terkejut bukan kepalang bila Dewa muncul tiba-tiba lalu mengait bola yang sedang dibawa oleh Harris. H… how come? Cara Dewa merampas bola itu betul-betul macam seorang pemain profesional!

Lebih mengejutkan, begitu mudah lelaki itu mengawal Browny. Ternganga bila melihat Browny berlari gagah menuju ke gawang lawan. Bola yang dipukul Dewa meluncur laju masuk ke dalam gawang. Sorakan kuat terus bergema.

Shy tergamam! S… siapa lelaki yang bakal dia kahwini itu sebenarnya?

“Shy!!! The ball!” Terkejut melihat bola bergolek ke arahnya. Argh! Why berangan di saat-saat macam ni?

“No worries! I got this!” Terpempan sekali lagi bila Dewa meluru menyelamatkan bola dari jatuh ke tangan pihak lawan. Begitu mahir mengawal kayu pemukul seolah ianya bukan permainan yang asing bagi lelaki itu. How is it possible?

“Woah! You play like a pro bro!” Keith bersorak bila bola sekali lagi masuk ke gawang pihak lawan hasil pukulan Dewa.

Shy Sherina sudah hilang tumpuan. Bola mata terpaku terus pada Dewa. Dari kemahirannya mengawal dan mengendalikan Browny sehinggalah kecekapan lelaki itu mengawal kayu pemukul hingga berkali-kali bola menembusi rawang musuh.

Tenggelam terus Harris dan Zurhan yang sebelum ini sangat dikagumi oleh kerabat Raja Armanzo kerana kehebatan mereka bermain Polo. Rata-rata penonton mula memberi tumpuan dan mulai bersorak pada Dewa.

Dalam diam, Shy ikut bersorak untuk jejaka itu di dalam hati. Dewa terlalu menonjol. Seperti seorang pahlawan hebat tak terkalahkan! Kehebatan yang ditunjukkan membuat semua kagum, tak terkecuali dia.

Sampai terlupa kegusaran hati. Terlupa naluri hati yang mengatakan ada muslihat jahat di sebalik semua itu. Ketika melihat Dewa dikepung oleh Zurhan dan team lelaki itu, Shy seakan tersedar dari mimpi.

Kaki laju menghentak badan sang kuda. Tali kekang ditarik. Kuda dikemudi menuju ke arah Dewa. Please… dia harus sampai tepat pada masanya!

“Dewa!”

Bola yang dipukul oleh Zurhan melantun ke udara. Harris menaikkan kayu pemukul. Perbuatan yang sengaja ditunjukkan seolah sedang memburu bola tetapi pukulan meluncur laju ke arah Dewa yang berada di depan mereka.

Shy meluru pantas lalu melanggar Browny. Sempat melihat kayu pemukul Harris menghentak dahi Dewa sebelum Shy melompat dan menyambar tubuh Dewa.

“What the…!” Terjerit cemas Dewa bila Shy muncul cuba melindungi dirinya menggunakan tubuh sendiri. Bagaimana kalau tubuh langsing itu dihentak dengan kayu pemukul yang keras itu? Gila! Perempuan ni tak takut ke? Tak fikirkan keselamatan diri sendiri?

Dewa memeluk pinggang ramping Shy. Dengan pantas, kedudukan mereka diubah. Malangnya, kayu pemukul Harris sempat hinggap di kepala Shy. Berpinar terus pandangan!

Tak tunggu lama, Dewa menarik Shy sekuat hati. Mereka jatuh tergolek di atas padang rumput.

“Stop!!!” Jeritan Raja Zirhad serta merta membuatkan semua yang ada di situ menghentikan pergerakan.

“Hey! Are you okay?” Dewa bertanya panik bila melihat darah merah pekat mengalir dari dahi Shy. Topi keselamatan yang dipakai oleh Shy segera ditanggalkan.

“Wake up! Ahjuma!!!”

Wajah panik Dewa mulai menjadi kabur di layar mata Shy. Beberapa saat kemudian, semuanya jadi gelap gelita. Jeritan Dewa perlahan-lahan menghilang.

Sebaik sahaja mata terkuak, Shy terus memandang sekeliling. Mendengar bunyi mesin berdetak serta bau sanitizer yang sangat kuat, tahulah dia di mana dia berada. Hospital!

“Hey… dah sedar? How are you my wife?”

My what? Laju badan terbangun separuh. Merenung tajam wajah tampan yang sedang duduk di sebelah katil tanpa berkelip.

“Do not call me your wife Dewa!”

“It’s true!” Dewa terus menaikkan tangan untuk menayangkan cincin emas yang tersarung di jari manisnya.

“We are officially married.”

Shy terus memeriksa tangan sendiri. Terkejut sungguh melihat sebentuk cincin tersarung di jari manis. How could this happened? While I was unconscious dammit!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience