1 Desperate

Romance Completed 43136

“Enough!!!”

Suasana di dalam bilik luas berhawa dingin itu terasa semakin panas dan tegang. Jeritan lantang dan keras yang secara tiba-tiba bergema disertakan dengan hentakan padu tapak tangan di muka meja serta merta membuatkan keadaan riuh sebentar tadi jadi sunyi sepi.

Setiap pasang mata yang ada di dalam bilik tersebut tertumpu ke satu arah. Manusia yang sedang duduk di kerusi presiden. Mencerlung mata lelaki separuh abad itu, merenung satu persatu wajah yang ada di dalam bilik itu dengan tatapan berang.

“It’s a no? Habis tu siapa lagi yang layak hah? Keith Rezlan yang hanya tahu menghabiskan harta aku? Atau Shane Azhar yang dua puluh empat jam hadap game nak naikkan ranking?” Melengking suara parau yang punya aura tersendiri itu. Aura yang mampu merindingkan bulu roma, menghadirkan rasa gentar hingga kecut perut setiap kali suara itu memenuhi udara.

Masing-masing menikus bila wajah yang sentiasa mempamerkan ketenangan dan keseriusan itu berubah menjadi merah padam. Siapa yang berani menentang lelaki iron itu? Ketika keluarganya memulakan perniagaan, lelaki itu baru berusia tujuh belas tahun.

Memandangkan dia anak lelaki pertama, semua beban jatuh di bahunya. Berjuang bersama ayah dan datuk di saat bangun jatuhnya perniagaan sehinggalah ke tahap sekarang di mana nama syarikat keluarga berdiri gah di mata dunia.

“Pandang sekeliling tuan-tuan dan puan-puan. Adakah sesiapa dari keturunan Raja Armanzo yang layak?” Setenang air di kali lontaran suara, namun menusuk sampai ke ulu hati pedihnya. Masing-masing berbalas pandangan. Ada hati yang mulai terbakar, tidak kurang juga yang tunduk menyembunyikan wajah.

“Harris! Selama lima tahun ini, dia menunjukkan prestasi yang baik.” Satu suara bergema, penuh keyakinan. Lelaki yang sedang duduk di kerusi presiden itu tergelak sinis. Sengaja dia gelak kuat. Biar semua di situ tahu ianya adalah sebuah lawak yang menggeletek jiwa.

“Harris anak kau ke Zurhan? Kau dah lupa? Siapa yang selesaikan kes duit syarikat yang dia gelapkan enam tahun yang lalu?”

“Tapi Harris sudah insaf. Dia sudah berubah. Korang semua tak nampak ke kesungguhan dia mengurus bahagian marketing?” Sang anak dibela besungguh-sungguh. Raja Zirhad tergelak sekali lagi. Lebih kuat. Siap pegang perut. Terketap rahang memandang lelaki yang kelihatan macam Firaun itu.

“Apa kata kita bagi peluang pada Melissa? Ya, dia seorang wanita. Bezanya Mel sudah berkahwin dengan lelaki yang bukan calang-calang orangnya. Pewaris tunggal Daufal Holdings. Dengan bantuan suaminya, pasti Armanzo semakin bersinar!”

Cadangan dari salah seorang wanita yang berada di situ disambut dengan gelak yang semakin mencabar kesabaran. Gelak yang semakin galak hingga semua wajah yang ada di situ mulai mengetat.

“Maria… Maria! Kau lupa atau kau buat-buat lupa? Siapa yang membantu ketika perniagaan menantu kau hampir muflis suatu ketika dahulu?”

Suasana sunyi sepi. Tiada yang berani menjawab. Setiap cadangan dibantah berserta sebab yang tidak mampu disangkal kebenarannya.

“Shy Sherina tidak layak Zirhad. Kita pasti jadi bahan lawak oleh media dan pesaing. Pertama… dia seorang perempuan. Kedua… dia masih bujang! Jangan jatuhkan martabat kaum lelaki dalam keturunan kita Zirhad!”

Raja Zirhad diam beberapa saat. Bola mata merenung jemari yang mulai menari-nari, mengetuk permukaan meja.

“Setelah apa yang dia lakukan… kamu masih berani mempertikaikan kemampuannya?” Sinis dan dingin. Masing-masing menelan air liur perit. Terpukul dengan kata-kata itu.

“Tiada yang mempertikaikan kemampuan Shy Sherina, Zirhad!” Raja Zirhad menaikkan bola mata, merenung Raja Zurhan, anak lelaki yang paling bungsu keturunan Raja Armanzo.

“Habis tu kerana dia perempuan dan masih bujang?” Duga Raja Zirhad.

“Ini soal maruah Zirhad! Aku tak mahu keturunan Raja Armanzo jadi bahan lawak satu dunia!”

“Baik! Aku janji sebelum pembubaran ahli lembaga pengarah, Shy akan berkahwin. Masa itu, aku tak mahu dengar sebarang alasan lagi. Mesyuarat tamat!” Usai berkata, Raja Zirhad bingkas mengangkat punggung lalu keluar dari bilik tersebut.

Masing-masing yang masih tertinggal di dalam bilik mesyuarat berbalas pandang.

“Zirhad ni buat lawak ke apa? Siapa yang nakkan gadis singa tak berperasaan macam Shy Sherina tu?” Getus Maria, anak kedua Raja Armanzo dengan muka siap terherot-herot.

“Dahlah kak long, kita tengok dan lihat je berjaya ke tidak rancangan abang long tu. Budak Shy tu bukan senang nak handle.”

“Baru sekarang kau nak bersuara Mazlina?” Marah sungguh Maria pada si adik perempuannya itu. Sebelum Raja Zirhad muncul tadi, bukan main semua berapi-api. Sekalinya hanya dia dan Raja Zurhan yang bersuara. Adik beradik yang lain semua macam tikus mati, tak berguna langsung!

“Aku ada plan kak long. Korang just wait and see! Rancangan bang long takkan ke mana… hahaha…”

* * * *

“Apa? Budak tu belumpun jejak kaki kat sini dah demand macam-macam? Pehal tetiba nak pemandu peribadi pulak?” Memicing mata merenung sang isteri yang sibuk menuang teh herba ke dalam cawan. Kemudian, cawan yang sudah terisi penuh itu disorong ke arah suami tercinta.

“Entahlah bang, dia tak cakap apa-apa. Just bagitahu dia nak seorang pemandu peribadi. Turutkan jela, mungkin ada sebablah tu. Bukan masalah besarpun.” Si isteri menjawab lalu melabuhkan punggung di sebelah Raja Zirhad. Wajah letih sang suami direnung sebentar. Tanpa dipinta, jemari naik ke bahu suami lalu mulai mengurut perlahan.

“Macamana dengan tawaran abang tu? Masih tiada yang berminat?” Ini lagi hal yang bikin pecah kepala. Raja Zirhad mengeluh lalu mengurut pelipis.

“Entahlah. Abang dah kering otak dah ni. Apa anak kita tak cukup cantik ke? Taklah tua sangatpun usia 35 tu kan sayang? Asal dah kena lelong pun takde juga yang sudi mengambil anak kita jadi isteri?” Bahu tiba-tiba ditampar kuat oleh sang isteri.

“Hesy abang ni! Tak baik cakap macam tu tau. Soal jodoh tu kan di tangan tuhan. Kalau ditakdirkan Shy tu tak kahwin, apa masalahnya? Takde orang mati kalau tak kahwin bang oii! Sekarang ni zaman moden, ramai je orang memilih untuk hidup bersendirian.” Marah betul si isteri. Raja Zirhad tergelak lalu memaut pinggang yang masih ramping itu merapat. Kehangatan tubuh mereka menyatu.

“Tak sayang. Takde masalahpun. Cuma saja, Shy satu-satunya harapan dan orang yang paling abang percaya untuk menggantikan tempat abang. Sayangnya, dalam dunia korporat status amat dititikberatkan, lebih-lebih lagi kalau dia seorang perempuan. Sebab itu Shy kena kahwin sayang. Abang tak mahu dia dipandang rendah kelak.” Kali ini giliran si isteri melepaskan keluhan berat. Teringat perangai satu-satunya anak daranya itu. Terasa darah menyerbu naik sampai ke otak.

“Kita serahkan saja semuanya pada yang Maha Esa. Dah, jom masuk tidur. Kesihatan tu kena utamakan dulu.” Raja Zirhad tersenyum lalu mengangguk. Wajah lembut isteri ditenung seketika. Tenang terus jiwa yang sarat sebentar tadi. Betul-betul terapi yang mujarab!

“Jangan lupa uruskan permintaan anak dara abang tu.”

“Ya sayang…”

Selang beberapa hari kemudian…

Suasana di ruang lobi kelihatan sesak lantaran sebuah kapal baru memuntahkan isinya. Dari pintu masuk, kelihatan seorang pemuda berpakaian sut tanpa tali leher berlari anak dalam keadaan tergesa-gesa memasuki perkarangan lobi. Bola mata berguling-guling mencari seseorang.

Kehadiran pemuda itu mencuri perhatian beberapa orang gadis yang berada berhampiran. Walaupun mengenakan cap dan cermin mata hitam, kesempurnaan tubuh yang dibaluti kemeja putih, seluar slack dan sut jaket warna senada iaitu biru gelap membuatkan sosok tubuh itu kelihatan lebih menonjol di situ. Sneakers putih menyerlahkan jiwa yang masih muda dan trendy.

Lelaki itu nampaknya tidak mempedulikan manusia di sekeliling. Sekeping gambar di tangan direnung sekali lagi. Menurut si pemberi, gambar itu diambil lima tahun lepas. Tiada gambar terbaru! Tapi mustahil wajah berubah kecuali pembedahan plastik bukan?

Sekeping kertas A4 yang dilipat empat ditarik keluar dari dalam kocek sut sebelah dalam. Siap ditulis besar-besar nama penuh gadis itu. SHY SHERINA RAJA ZIRHAD. Kalau tak nampak lagi tak tahulah! Dia menghampiri barisan orang ramai di laluan keluar. Kertas A4 dipamerkan sambil bola mata tekun memerhati manusia-manusia yang melintas di laluan tersebut.

Menunggu dengan sabar hingga suasana mulai lengang. Kaki sudah mulai lenguh akibat lama berdiri. Wajah yang dicari berpandukan gambar dipegang tak kelihatan langsung. What the heck?! Adakah dia sedang dipermainkan? Pandangan curiga mulai dilempar ke sekeliling. Mencari jika ada mata-mata yang sedang memerhati dia.

Sedang diujikah dia? Mahu lihat sejauh mana kesungguhan dia? Atau kejujuran? Bola mata diputar sebal. Geram! Sakit hati! Dahlah dapat arahan last minute, tergesa-gesa dia gerak sampai tak sempat bersarapan. Lapar gila okay! Tekak kering kontang!

Bercekak pinggang statik di situ, menekur hujung kasut sneakers dengan hati bengkak bernanah-nanah. Memikirkan sama ada dia akan terus menunggu macam orang bodoh atau blah dan lepak di tempat makan.

“Excuse me!” Apa excuse me-excuse me?! Tak nampak orang tengah terbakar? Pi cari orang lain yang tengah senang untuk kau bawa berbual, not me! Hati kecil membentak. Langsung tak dia pedulikan pemilik suara gemersik itu. Bola mata di bawah, masih melekat di hujung kasutnya. Ya, dia benar-benar sakit hati dipermainkan oleh lelaki berada yang nampak sombong dan berlagak itu. Macam mahu telan orang!

“Tuuu… kau usung nama aku tu pehal?” Terangkat terus bola mata, langsung bertembung dengan sepasang bola mata bersinar cantik. Sayang, pandangan itu dingin!

“Aaah… maaf!” Belakang tengkuk diusap dengan canggung.

“Saya Dewa, pemandu peribadi cik.”

Dewa? Seriously? Gadis itu merenung lelaki segak di hadapannya beberapa saat. Apa sudah tak ada nama lain? Ke parent mamat ni peminat fanatik kumpulan Dewa? Lama bola mata terpaku pada wajah yang sedikit tersembunyi di sebalik cap dan cermin mata gelap itu. Dapat dia duga ukiran wajah sempurna di sebalik semua itu.

Dalam diam, di sebalik cermin mata hitam, sepasang mata turut mentelaah si gadis. Berketinggian sederhana, memiliki tubuh yang urmph! Aset menonjol dengan drop shoulder fluffy knitted sweater dan skinny jeans. Terserlah sepasang kaki panjang yang terbentuk cantik dan seksi itu. Fuh! Tak sedar air liur dah berkumpul di hujung bibir.

Lama bola mata tertumpu pada sepasang kaki itu. Kaki kanan disimen dari buku lali hingga lebih kurang tiga inci ke atas pergelangan kaki. Itukah sebabnya dia diupah? Wajah cantik itu ditenung.

“Cik cedera? Teruk ke?” Tak sedar soalan itu lancar terpacul dari bibir. Takde niat nak ambil berat. Dia tak berminat mahu tahu. But then… mengapa bertanya? Huh! Hati mengutuk keterlanjuran diri.

“Gimik! Nak minta belas kasihan!” Tergamam mendengar jawapan bernada brutal itu. Tak semena-mena, bagasi besar ditangan si gadis ditarik kasar hingga menghempap kaki lelaki itu. Menderam keras si jejaka. Memang jenis kurang ajar minah ni!

Nak suruh bawa bagasi macam tu perangai? Main tolak je tanpa sepatah kata apalagi nak dengar perkataan ‘tolong’ dari bibir terbentuk cantik dan kelihatan sangat menggiurkan itu! Lepas tu boleh pulak minah ni blah macam tu je? Terkedek-kedek pergi sambil mengheret sebelah kaki? Memang spesis tak cukup ajar!

“Hey!” Lelaki bernama Dewa itu terus menjerit berang. Tak kisah diri yang mulai mendapat perhatian dari manusia yang lalu lalang. Bagasi perempuan itu ditarik. Langkah laju dibuka untuk mengejar.

“You must think I am that kind of pathetic woman kan? Sekilas pandang aku dah tahu dari cara kau pandang aku! You are too young to judge me. Know your place young man! I’m not that easy.”

Damn this woman! Hati menyumpah geram. Dia ni ada kuasa mistik ke apa? How is it possible that she can read through these glasses? Argh! Terciduk ke renungan gatalnya tadi?

“Look! I didn’t mean…”

“Listen young man! You are here as my personal driver! Just stay between the line. Do not cross the line and try to be in the place that you don’t belong to… are we clear?” Ganas betul! Sampai tak sempat menoktahkan kata Dewa dibuatnya. Terasa darah menggelegak naik sampai ke kepala mendengar kata-kata penuh keangkuhan itu. Memang orang kaya macam tu ke?

“Don’t you dare to look straight into my eyes! Do not talk to me like we’re kinda friends! Don’t you dare…”

“Excuse me ahjuma!!!”

Ah… ahjuma?! Dia kata apa? Berani sungguh!

Terketap rahang Shy Sherina. Walaupun dia bukan peminat tegar cerita Korea, dia tahu makna perkataan itu! Ahjuma tu adalah panggilan untuk makcik-makcik dekat Korea! Apa muka dia ni dah nampak macam auntie-auntie ke apa?

“Saya di sini cuma menunaikan tanggungjawab sebagai pemandu peribadi cik ahjuma. This is my first day, first task! Kalau cik ahjuma tak suka cara saya pandang atau bercakap dengan cik, saya minta maaf. Tapi, saya pinta jangan tuduh saya yang bukan-bukan. You don’t even know me!”

You don’t even know me? Mengada betul! Of course… and I don’t even want to! Hati kecil menjawab, wajah mengejek ditayang. Entah mengapa, naluri mengatakan ada sesuatu yang tersembunyi mengenai lelaki itu. Sesuatu yang misteri.

“Really?” Shy Sherina berpeluk tubuh di hadapan Dewa. Bola mata merenung lelaki itu seketika. Renungan tajam, sinis dan dingin diberi.

“Then stop talking budak hingusan! Call me ahjuma again and you will be fired! Let’s move, I’m tired.”

Kembang cuping telinga mendengar gelaran yang diberikan. Budak hingusan? Ni dah boleh jadi bapak budak dia kata budak hingusan? Sakit hati melihat gadis itu dengan selamba memusing badan lalu mula buka langkah.

Geram-geram pun, hati bagai digeletek melihat cara gadis itu berjalan. Terhenjut-henjut menarik kaki yang cedera. Dalam keadaan macam tu pun, masih nak berlagak! Susah sangat ke nak sebut perkataan ‘tolong’ itu?

“You know… it’s not that hard to say ‘please’. And I’m 27, bukan budak hingusan!” Sambil menarik bagasi yang maha berat itu, Dewa mengejar laju di belakang Shy Sherina. Wajah bertambah tegang melihat Shy beriak seolah dia tidak wujud di situ.

Sehinggalah ketika berada dalam perut kereta dan sepanjang perjalanan, Shy langsung tak menunjukkan keinginan mahu berbual. Duduk di kerusi penumpang belakang dengan mulut terkunci rapat, telinga tersumbat earpods dan mata dipejam rapat.

Sesekali, bola mata Dewa mengerling melalui cermin pandang belakang. Tidak dinafikan, Shy Sherina memang mempunyai kecantikan luar biasa. Tak jemu mata memandang. Punya bentuk tubuh seperti seorang ratu cantik, menjadi idaman sang teruna.

Tiba-tiba Dewa melakar sebuah senyum kecil. Senyum sinis yang punya maksud tersendiri. Kornea mata menjadi kecil dan lebih gelap. Menakutkan dan terasa ada aura merbahaya.

“Ya Allah! What happened Shy?” Terkejut sang ibu ketika menyambut kedatangan Shy Sherina di banglo mewah itu. Shy menonong masuk usai pelukan terlerai. Terhinjut-hunjut menarik kaki yang bersimen. Tak membenarkan siapapun membantu, termasuk bonda tercinta.

“Just a minor accident while skiing bonda. Tulang buku lali retak sikit.” Sang ibu buru-buru mengejar dengan wajah penuh kebimbangan.

“Ya Allah! Kau tu perempuan Shy. Yang kau pergi buat aktiviti lasak macam tu kenapa?” Punggung terus dilabuhkan di sebelah Shy. Wajah yang kelihatan malas-malas itu direnung dengan penuh cinta kasih.

“It’s okay bonda, doc kata takkan beri kesan pun. Tiga bulan dah boleh panjat gunung. No worries okay?” Dengan nada bosan menjawab pertanyaan. Tergeleng kepala sang ibu.

“Shy penat bonda. Nak naik dulu dan berehat.” Baru mahu mengangkat punggung, satu sosok tubuh kelihatan bergerak masuk lantas menuju ke arah mereka. Di belakang lelaki yang punya aura menggerunkan itu kelihatan si pemandu peribadi, Dewa mengekori dengan wajah ke bawah.

“Sit Shy Sherina. Ayah ada hal nak bincang!” Kecut perut bila suara Raja Zirhad bergema. Shy duduk menegak, langsung tidak berani membantah. Dikerling si tampan Dewa yang sudah melabuh punggung di sebelah Raja Zirhad. What the hell?!

“Kau akan ayah nikahkan hari jumaat ini.”

“Ayah!!!” Badan bingkas menegak. Merenung Raja Zirhad dengan bola mata hampir tertonjol keluar.

“It’s a must if you want to replace me!” Raja Zirhad menegaskan dengan suara keras, seolah mahu memberi amaran pada Shy Sherina.

“Nonsense! Siapa calon suami Shy ayah? Menyedihkan. Ayah ingat Shy tak tahu apa yang ayah lakukan di belakang Shy? Ayah malukan Shy! Ayah buat macam Shy ni anak dara tua yang tak laku-laku kan?” Semua mata tertumpu pada Shy Sherina. Tak dinafikan, hanya Shy seorang yang berani membentak Raja Zirhad. Sejak kecil, Shy memang seorang pemberontak. Semua penghuni banglo besar itu sudah masak dengan perangainya.

“Ayah lakukan semua ini demi kebaikan kau Shy!” Suara Raja Zirhad naik seoktaf. Cuba mengawal rasa marah yang mulai kunjung tiba. Dia sudah maklum bagaimana Shy bereaksi bila dapat tahu tentang perkara itu.

“Kebahagiaan? Are you kidding me?” Sinis! Membuat Raja Zirhad merapatkan rahang.

“Kau sendiri kata kau tak perlukan cinta untuk mengecapi bahagia bukan? Have you forgotten that?”

“So? Just because I said that ayah terus buat keputusan main tunjuk-tunjuk pilih calon suami Shy? Macam main tunjuk beli biskut raya dekat pasar malam? Begitu?”

“Shut up Shy Sherina!”

Pang!!!

Meja sofa di depan dihentak oleh Raja Zirhad dengan sekuat hati. Darah betul-betul mendidih setiap kali berhadapan dengan bukan saja kepala tapi juga hati batu Shy Sherina.

“Marry the man I choose and it’s final or you’ll lose everything!”

Terletus keluhan halus dari bibir Shy. Buku lima dikepal. Dada yang seakan mahu meletup cuba dikawal dari terus diserang gelora hebat.

“Siapa lelaki malang itu ayah?” Bergetar suara. Bola mata jatuh menekur lantai.

“Dewa!” Raja Zirhad menoleh ke sisi, memandang Dewa yang sedari tadi hanya duduk diam tidak berkutik. Hanya memerhati tenang.

Hampir jatuh rahang ke lantai. Seriously ayahanda? Dewa si pemandu peribadi?

Yeah I knw dua cite x settle lg dh publish nw baby huhu. Truth is... I got lost! x dpt idea lagi. Gimme some time... I'll make it. Slowly but surely. While waiting, jemputlah bc cite ni dulu. Crush Or Crusher sepatutnya bakal menggantikan Semalam Yang Hilang tetapi disebabkan MandakZ kena lakukan sedikit perubahan pd jln cerita, so citer tu tpaksa OH dlu. Ntahlah napa citer ni plak yg mencurah² idea... I dnt knw whether it's free or bakal diunlock, but i hope you guys enjoy ya... give support by following me. it means a lot to me. tq!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience