Rate

Bab 5

Crime Series 1868

Sebulan kemudian, percintaan antara Syira Qyra dan Haiqal Qaiser masih hangat dalam perbualan orang ramai. Seorang lelaki hensem dan anak pemilik Hotel Squre cauple dengan orang kelas bawahan seperti Syira Qyra, memanglah menjadi bualan hangat. Orang sekeliling selalu berkata buruk kepada Syira. Ada yang kata Syira membomoh lelaki itu, ada yang kata Syira memberi nasi kangkang. Boleh dikatakan bermacam - macam fitnah lah. Syira Qyra hanya mengabaikan.
"mana Haiqal Qaiser ni, saya dah rindu awak" Syira Qyra melihat ke kiri dan kanan mencari Haiqal Qaiser.
"selalu waktu-waktu macam ni dia dah tercegat Jat depan pintu hotel ni dia taknak ambik aku ke harini? Call pon tak dapat!" Syira Qyra merungut sambil mendail Haiqal Qaiser.
Akhirnya Syira Qyra berputus asa. Dia mengambil keputusan untuk terus ke restoran yang selalu mereka pergi selepas habis waktu berkerja.
'tu bukan Haiqal Qaiser? Sorang - sorang kat restoran ni buat apa? Tunggu aku kot' Syira Qyra berkata di dalam hati apabila melihat Haiqal Qaiser duduk di meja yang berdekatan di situ.
Belum sempat Syira Qyra mendekati Haiqal Qaiser. Seorang wanita berjalan dan duduk dihadapnya.
"hai sayang, u nak pesan apa?" Haiqal Qaiser memberi menu kepada wanita itu.
Ternyata selama ini Syira Qyra telah diperbodohkan oleh lelaki itu. Selama ini Syira Qyra mempercayainya dan memberi harapan kepadanya. Lelaki itu telah sia-siakannya.
Tanpa berfikir panjang, Syira Qyra menampar Haiqal Qaiser dengan kuat.
Dia sengaja berkelakuan tidak sopan. Terbeliak mata Haiqal Qaiser gara-gara kedatangan Syira Qyra.
"hey perempuan! Kau siapa? Datang - datang terus tampar bf aq!" wanita itu membuatkan matanya dan menjerit dengan suara yang lantang.
Pelanggan - pelanggan lain sekadar menjadi penonton. mereka langsung tidak mahu masuk campur melihat pentengkaran itu. Konon-konon sibuk buat hal masing-masing, tetapi Syira Qyra tahu mereka semua memasang telinga.
"Kau nak tahu kenapa aku tampar dia? Lelaki yang nampak budiman ni, bf aku!" Syira Qyra memandang Haiqal Qaiser dengan renungan mautnya. Haiqal Qaiser hanya membisu.
" biy, betul ke apa yang dia kata?" soal wanita itu kepada Haiqal Qaiser.
" aku tak kenal kau, aku tak pernah jumpa kau. Kau siapa! Kau tak sama taraf dengan aku. Tak layak jadi gf aku!" Haiqal Qaiser menghentak meja dengan kuat.
" aku bunuh kau Haiqal Qaiser! Kau akan menyesal! " Syira qyra melepaskan geramnya.
Seorang pelanggan yang mendengar pergaduhan itu membuatkan dia hilang selera makan. Makananya terasa sangat pahit kerana pergaduhan bodoh itu. Mahu sahaja lelaki itu masuk campur dalam pergaduhan remeh itu. Lelaki itu bangun dari kerusinya dan beredar dari situ.
Syira Qyra dengan sengaja mendekati lelaki itu dan melanggar bahunya. Lelaki itu memandang tepat ke arah kata Syira Qyra yang semakin berair.
"awak nak jadi kekasih saya?" soal Syira Qyra kepada lelaki itu dengan suara lantang supaya Haiqal Qaiser dapat mendengarnya.
Lelaki itu berasa simpati selepas melihat air mata Syira Qyra mengalir di pipi.
"ikut saya" lelaki itu menarik tangan Syira Qyra hingga ke tempat letak kereta.
"dah, lepaskan aku! Sakit tahu tak?" Syira Qyra mengetuk-ketuk tangan lelaki itu supaya dia melepaskannya.
"tadi kau bukan main lagi ajak jadi bf bagai!" lelaki itu melepaskan tangan Syira Qyra.
"aku saja je, jangan Ambik serius! Kenal kau pun tak" Syira Qyra menggosok-gosok pergelangan tangannya yang kesakitan.
" jangan Ambik serius? Disebabkan kau, aku jadi mangsa keadaan! Kau nampak beratus-ratus kamera rakam kejadian tadi?" lelaki itu memandang Syira Qyra dengan muka tak puas hati.
"bukan salah kita pun, so it okey! Takkan viral lah muka kau tu!" Syira Qyra cuba berfikir positif.
"memang terpapar muka aq! Kau cakap tak viral? So kau kene bayar balik lah! Takkan aku nak biarkan je" lelaki itu memandang Syira Qyra nakal.
" bayar? Bayar apa pulak ni!" Syira Qyra seram dengan pandangan lelaki itu.
"ikut aku" lelaki itu membuka pintu keretanya.
"kita nak pergi mana?" soal Syira Qyra sambil memegang radio kereta itu. Tangannya tidak boleh duduk diam kerana terpegun dengan kereta Ferrari yang dibawa oleh lelaki itu.
" jangan sentuh! Duduk diam - diam lah. Macam budak kecil!" lelaki itu menepuk tangan Syira Qyra yang gatal memegang barang di dalam keretanya.
"kita dah sampai!" lelaki itu keluar dari keretanya.
" tempat apa ni?" soal Syira Qyra sambil memandang sekeliling yang penuh dengan orang dan gerai makanan.
"welcome to pesta makanan! Kau lapar kan?" lelaki itu berjalan ke gerai makanan itu.
"tunggu lah! Wow, banyaknya makanan!" Syira Qyra terpegun dengan pelbagai makanan yang disediakan.
"pilih je apa kau nak." lelaki itu duduk di kerusi di dalam gerai.
"banyaknya kau ambil makanan. Lapar sangat ni, patutlah bf kau tinggalkan kau!" lelaki itu melihat pinggan Syira Qyra yang penuh dengan makanan.
"suka hati aku lah, aku yang nak makan!" Syira Qyra menjeling lelaki itu.
"hah, makan, makan!" lelaki itu mengalah. Kang Syira tiada selera pula.
"sebelum tu, nama kau apa? Kau kerja apa?" soal Syira Qyra spontan
"nama aku Syazmi Shuib" lelaki itu memperkenalkan dirinya.
"ouh, kerja?" Syira Qyra sangat ingin tahu pekerjaan Syazmi Shuib.
"sibuk dengan kerja aku kenapa?" Syazmi Shuib tidak selesa dengan soalan Syira Qyra.
"ouh, kau curi kereta Ferrari tu ye? Patut lah! Aku taknak terjebak dengan lelaki jahat!" Syira Qyra terus berfikiran negetif .
"aku kerja peguam!" Syazmi Shuib memberi kad syarikatnya kepada Syira Qyra.
"kan senang! Aku fikir kau ni pencuri" Syira Qyra mengambil kad syarikatnya.
"hahahaha, muka hensem macam ni mencuri,. Aku dah bagi tahu nama aku, nama kau apa?" mata Syazmi Shuib tepat melihat mata Syira Qyra.
"nama aku Syira Qyra!" Syira Qyra memandang meja kerana hatinya berdebar-debar apabila memandang mata Syazmi Shuib.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience