Rate

Bab 3

Crime Series 1865

Tepat pukul 5 petang, Syira Qyra masih tidak kelihatan. Ketua cef terjenguk-jenguk di pintu masuk Hotel Squre. Hamila berasa risau akan Syira Qyra
'mana kau ni. Aku call, bukannya mahu diangkat. Ketua cef dah nak mengamuk dah ni' hamila berkata dalam hati sambil membelek- belek telefonnya.
"maafkan saya sebab lambat cef" suara Syira Qyra kuat terdengar satu restoran.
"kamu pergi mana? Saya kata pukul 4 petang . Sekarang dah pukul 5 petang. Awak memang nak saya buang awak dari kerja ya?" ketua cef menggenggam tangannya tanda geram dengan kelakuan Syira Qyra yang asyik tidak mendengar kata.
"saya sebenarnya tadi terjatuh sebelum datang je sini, cef. Saya dah siap beli barang semua tapi ada seorang lelaki langgar saya. Habis semua barang..." belum sempat Syira Qyra habiskan ayat ketua cef menyampuk.
" tak habis-habis menipu! Sampai bila awak nak tipu saya? Penuh dengan alasan! " ketua cef berkata dengan kasar. Nasib baiklah hari itu restoran squre tutup lebih awal dari biasa.
" saya yang langgar dia tadi,. Dia tak menipu pun. Saya yang salah. Marahlah saya dan bukannya dia. " lelaki itu muncul dengan sebungkus bungkusan putih di tangannya.
Syira Qyra menarik nafas lega. Kenapalah lelaki ini tidak muncul lebih awal. Dia sangka lelaki itu dah melarikan diri tinggalkan dia sendiri.
Tiba-tiba ketua cef tunduk di hadapan lelaki itu.
"tuan, saya tak ada kuasa untuk memarahi tuan. Maafkan saya!" ketua cef berkata dengan formal dengan lelaki ugh kerana lelaki itu adalah anak kepada pemilik Hotel Squre ini.
" tidak mengapa, awak jangan selalu memarahi pekerja awak tanpa mendengar kata-mata mereka. Adakalanya mereka mengalami masalah apabila mereka tidak mengikut arahan awak." lelaki itu menasihati ketua cef.
Syira Qyra terkedu patutlah bawak kereta sport BMW. Anak pemilik Hotel Squre rupanya.
" nah, Ambik ni letak pada lutut awak" lelaki itu memberi bungkusan yang berada di tangannya kepada Syira Qyra.
"apa ni?" Syira Qyra menjawab ringkas.
"takkan ayam goreng pula, ubatlah !" lelaki itu gelak dan tersenyum manis.
Syira Qyra hanya senyum dengan lawaknya. Apalah sangat lawak 10sen masa senja-senja ini. Lututnya dah berasa pedih masa itulah dia nak buat lawak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience