Rate

Bab 2

Crime Series 1868

Syira Qyra segera menaiki teksi untuk pergi ke pasaraya. Dia terus mencari barang yang berada di dalam list.
"banyaknya barang ni. Satu troli pun tak muat!" Syira Qyra menolak troli itu ke kaunter bayaran
"alamak! Dah pukul 3 petang. Sempat ke nak balik ni. Matilah kalau tak sempat sampai" Syira Qyra memegang beg plastik di dua-dua belah tangannya.
Syira Qyra berlari ke pintu masuk Hotel Squre. Jam menandakan pukul 3.45 petang. Syira Qyra melepas nafas lega. Seorang lelaki berbaju coat dan memakai kaca mata hitam keluar dari pintu Hotel Squre tanpa menyedari Syira Qyra di hadapannya. Lelaki itu melanggar Syira Qyra dan barang yang dipegang oleh Syira Qyra berterabu di lantai. Lutut Syira Qyra juga tercedera. Dia hanya memikirkan barangan yang dibelinya tadi.
"habislah saya! Macam mana ni? Habis berterabu daun ketumbar, kayu manis, bunga lawang!" Syira Qyra memegang Bahan-bahan itu. Dia hanya dapat melihat muka ketua cef yang akan memarahinya sebentar nanti.
"awak okey ke? Saya rasa awak cedera! Lutut awak berdarah." lelaki itu terlihat darah di seluar Jeans Syira Qyra.
"siapa kisah saya cedera! Tapi barang ni yang patut awak kisahkan! Habislah saya kena buang kerja. " mata Syira Qyra berair sambil memegang lututnya yang sakit
"awak kerja di mana?" lelaki itu membangunkan Syira Qyra daripada terduduk di depan pintu utama Hotel Squre.
"saya kerja di restoran Hotel Squre. Apa awak boleh buat kalau saya bagi tahu?" Syira Qyra menekan-nekan matanya supaya air matanya berhenti mengalir.
"saya akan temankan awak cari barang-barang ni semula dan saya akan jumpa ketua cef awak untuk jelaskan situasi tadi" lelaki itu menarik Syira Qyra ke keretanya yang berlambang 'BMW'
Syira Qyra hanya ikut sahaja. Biarlah yang penting dia ada alasan atas kelewatannya. Nasib baiklah lelaki itu mahu bertanggungjawab atas kesalahannya. Kalau tidak dia terpaksa tanggung segala-galanya dan menerima hukuman yang lebih berat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience