Rate

Bab1

Crime Series 1868

Syira Qyra berhenti melangkah. Pengumuman daripada ketua cef yang tiba-tiba sahaja meminta para pelatih berkumpul di ruang dapur membuatkan dia berasa kecewa. Dia mula menarik muncung panjang sedepa. Langsung tidak puas hati dengan arahan itu. Ada-ada sahaja!
"kenapa pula jadi macam ni? Sekarang dah masuk waktu rehat. Aku lapar dah ni. Hot vanilla dah memanggil-manggil Aku!" Syira Qyra dengan muka berkerut - kerut memprotes arahan itu.
Hamila, kawan sebilik Syira Qyra hanya ketawa mendengar omelan Syira Qyra. Tidak habis-habis dengan perutnya yang lapar itu. Macamlah makanan lebih penting daripada ketua cef yang bengis itu. Teruk betul budak bernama Syira Qyra ini.
"aku malas lah nak pergi. Aku nak pergi ke kafe!" Syira Qyra tiba-tiba buat keputusan drastik
"hey, jangan buat hal. Baik kau lupakan niat tak logik tu." Hamila tidak mahu bersubahat dengan Syira Qyra.
"aku tak peduli. Perut aku dah berbunyi-bunyi dari tadi. Ketua cef tiada kuasa nak hentikan waktu rehat kita begitu sahaja!" Syira Qyra berjalan menuju ke kafe.
"jangan lah, Syira . Aku dah tak sanggup nak dengar ketua cef marah dekat kau. Nanti siapa yang kene marah? Kau jugak kan? Kau ni memang tak serik-serik!" Hamila terus menarik tangan Syira Qyra.
"sekarang ni aku dah lapar. Aku dah tak tahan! Kalau aku pengsan macam mana?" Syira Qyra memandang kafe yang tidak jauh dari situ.
"Kau nak kena buang kerja? Kalau aku tak sanggup! Lagipun bersyukur kita dapat kerja ni. Jadi mestikah kene ikut kehendak ketua cef. Aku pun bukannya suka sangat dengan ketua cef tu. Asyik mengarah saja!" Hamila cuba menyejukkan hati Syira Qyra. Syira Qyra pun satu. Macam dia seorang sahaja tidak suka pada ketua cef. Orang lain pun tidak suka juga.
Semua pelatih cef yang entah dari ceruk mana berlari sekuat tenaga memenuhi dapur Hotel Squre. Seboleh-boleh mereka tidak mahu jadi orang terakhir tiba di situ. Seminggu berada dalam pemerintah ketua cef yang berkuasa mengalahkan dictator menyebabkan mereka betul - betul serik. Mereka tidak sanggup didenda dengan teruk oleh ketua cef itu lagi.
Syira Qyra terpaksa mempercepatkan langkahnya apabila Hamila terus-menerus menariknya. Dia tiada pilihan kecuali terus melangkah ke dapur masakan walaupun kakinya begitu berat mahu melangkah. Syira Qyra memejamkan mata cuba membayangkan makanan yang enak di depannya tanpa mempedulikan suara-suara ketua cef yang menjengkelkan.
"itu yang tengah tutup mata tu. Sila datang ke hadapan. Sekarang!" ketua cef menjerit dengan suara lantang
Syira Qyra tersentak. Dia segera buka mata. Suara ketua cef yang sangat dikenali menerjah gegendang telinganya. Pejam mata? Aku ke? Dia memerhati sekeliling. Begitu ramai pelatih memandangnya. Tiba-tiba dia mula perasan. Dia pejam mata sebentar tadi.
"ketua cef maksudkan kau." bisik Hamila ke telinga Syira Qyra.
"ye cef, kenapa cef panggil saya?" Syira Qyra memandang tepat ke arah mata ketua cef dengan berani.
"kenapa kamu tidak ambil perhatian semasa saya beri taklimat? awak hayal apa pula kali ini? berkahwin dengan anak raja!" perli ketua cef dan memberi list barang.
"apa ni?" soal Syira Qyra sambil membaca barangan di list.
" sebagai denda, kamu beli semua barang keperluan dapur untuk esok. Saya nak semua barang ini berada di dapur pada pukul 4 petang ni! " ketua cef memberitahu tujuan memberi list barang tersebut.
Syira Qyra hanya mematuhi. Malas mahu membantah. Terlepaslah waktu rehat nya hari ini. Di rumah sewa tidak makan. Di tempat kerja juga sama. Apalah malang nasibnya hari ini elok waktu rehat
dilambatkan tetapi sekarang dia terpaksa buang waktu rehat nya demi membeli barangan itu Syira Qyra hanya melenguh panjang

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience