Rate

2

Adventure Completed 415

Wilayah Pantaran Tinggi

Raja Retno Syah galak menyerang wilayah Pantaran Tinggi,iaitu sebuah wilayah yang merdeka.Pemerintah Ayangan Indah ini tidak berhenti melakukan serangan bagi meluaskan jajahan takluknya.

Ritna galak membunuh rakyat jelata di Wilayah Pantaran Tinggi ini.Tidak kira wanita,kanak-kanak mahupun orang tua semua dibunuh oleh Ritna dengan kejam.

Tiba tiba Ritna bertemu dengan seorang lelaki tua yang memakai jubah diraja yang megah.Ritna yakin lelaki tua ini merupakan Raja Wilayah Pantaran Tinggi ini.Maka tidak menunggu lama Ritna terus menggores mata pedangnya di leher Raja itu.

Raja Retno Syah tersenyum bangga kerana anakandanya tidak kekok membunuh malah nafsu membunuh semakin kuat.

Sorak sarai bergegak gempita meraikan kematian sang raja.Kematian sang raja telah memutuskan secara mutlaknya wilayah ini menjadi jajahan takluk terbaharu untuk kerajaan Anyangan Indah

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience