Rate

5

Adventure Completed 415

Ritna beserta anak anak kapalnya diberikan sebuah pondok yang betul betul menghadap pantai.Ritna berdiri di tubir pintu memerhati para pendagang.Ritna merancang untuk tidak kemana mana pada kerana hari sudah semakin senja.

tiba tiba Ritna terdengar suara seorang wanita membaca sesuatu yang tidak pernah didengarinya.Ritna menghampiri wanita itu.

"Assalamualaikum"Sapa wanita itu.
"Err hamba terdengar Tuan Hampa mengungkapkan sesuatu yang tidak pernah hamba dengar"ujar Ritna jujur

"Hamba mengaji Al Quran kitab orang islam"ujar wanita itu.
"Err maaf siapa nama tuan hamba"tanya wanita itu.Dia asyik memerhatikan Ritna kerana Ritna tidak terlihat seperti orang kebayakan disini.Wajah Ritna juga tidak menyerupai wajah orang melayu dan yang paling mengejutkan di pinggang Ritna tersisip sebilah pedang.Namun wanita itu menyimpan rasa curiganya kerana orang melayu memang terkenal dengan adap sopan

"Nama hamba Ritna,hamba kesini untuk berdagang"Ritna berpura pura memaniskan roman wajahnya.

"Nama tuan hamba pula"tanya Ritna sekadar ingin berbasa basi.

"Nama hamba Mariam"ujar wanita itu.

Ritna memerhatikan wajah Mariam.Wajah itu kelihatan bersih berkulit hitam manis.Sekali pandang pasti dapat menambat hati mana mana lelaki.

"Tuan Hamba bukan berasal dari Tanah Melayu"tanya Mariam

"Hamba berasal dari Palembang"balas Ritna berbohong

"Tuan Hamba tau mengenai Datuk Laksama Hang Tuah"tanya Ritna

"Laksama Hang Tuah merupakan pendekar melayu yang terkenal hebat.pernah mengalahkan Taming Sari pendekar Majapahit.Tetapi Datuk Laksaman tidak pernah sombong dan menunjuk nunjuk"jelas Mariam

Ritna sedikit terasa kerana dia sangat sombong serta suka menunjuk nunjuk.

Tiba tiba Ritna terpandang kitab Al Quran.
"Erm kitab ini sangat menarik,apakah kitab ini merupakan kitab sakti Mariam err maksud hamba seperti kitab kitab sihir"tanya Ritna

"Kitab ini merupakan kalam Allah,apabila kita membacanya jiwa kita akan tenang dan diri kita akan lebih dekat dengan Allah"jelas Mariam

"Siapa Allah"tanya Ritna.

"Allah ialah tuhan bagi seluruh umat manusia.Sesudah mati manusia akan ditempatkan dalam dua tempat berasingan yang berbeza mengikut amalan masing masing....Syurga dan Neraka.Syurga itu penuh kenikmatan.Tapi neraka itu penuh keseksaan yang amat memedihkan"setulus iklas Mariam menceritakan kepada Ritna

"Sudah cukup!!!Tuan hamba hanya ingin menakut nakutkan hamba"marah Ritna.Berlandaskan cerita itu,nalurinya dapat merasa dimana tempatnya sesudah mati kelak.Namun Ritna enggan mempercayainya.

"Ritna...kami beragama islam.Ajaran dan kepercayaan yang dibawa oleh Nabi Besar Kami iaitu Nabi Muhammad SAW."Mariam meneruskan hujahnya.

"Mana orang itu sekarang"Tanya Ritna

"Telah wafat"balas Mariam.

Ritna terus meninggalkan Mariam.Malam itu Ritna mula terfikir tentang islam.Ritna terlupa tujuan asalnya berlayar ke Tanah Melayu untuk meluaskan jajahan takluknya.Selama Ritna hidup ayahdanya tidak pernah menceritakan tentang tuhan malah mereka tidak mempunyai pegangan agama.Ritna merancang untuk bertemu dengan Mariam dan bertanyakan tentang islam kepada Mariam.


BERSAMBUNG

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience