Rate

4

Adventure Completed 415

Perairan Selat Melaka

Ritna mendapat keizinan dari ayahdanya untuk berlayar ke Tanah Melayu melancarkan serangan.Dalam fikiran Ritna sekarang dia sudah terbayang bayangkan negeri Melaka yang kaya dan makmur itu.Ritna merancang ingin membunuh Sultan Melaka iaitu Sultan Mahmud Syah bagi mencetus huru hara.

Ritna bertindak bijak,dia tidak menggunakan Bahtera diraja yang megah milik ayahdanya.Ritna hanya menggunakan sebuah Bahtera yang biasa.

Bahtera Ritna selamat sampai ke Melaka.
Ritna meninjau di pelantar bahtera.Nampaknya Ritna perlu menyamar sebagai pendagang.
Tiba tiba ada sebuah perahu menghampiri kapal mereka.

"Apa hajat tuan hampa mampir kemari"tanya salah seorang dalam perahu itu.
"Hampa berhajat hendak berdagang disini sekalian hamba juga mahu menyampaikan hadiah pada baginda sultan"balas Ritna sambil memaniskan roman wajahnya.
"keterampilan tuan hamba seperti pahlawan"ujar lagi salah orang.

"hamba bukan musuh,niat hamba kemari hanyalah mahu berdagang.Lagi pula mana mungkin hamba mahu mencetus huru hara disini sedangkan hamba kemari hanyalah dengan sejumlah kecil awak awak bukan dengan dengan sejumlah besar bala tentera"ujar Ritna.

"Baiklah tetapi kalau tuan hamba sekalian didapati berbohong hamba akan serahkan tuan hamba sekalian kepada Datuk Laksama Hang Tuah"ujar pendayung perahu itu.

"Err siapa Hang Tuah itu"tanya Ritna.Selama ini dia tidak pernah mendengar nama Hang Tuah.
"Datuk Laksama Hang Tuah merupakan seorang pendekar terhebat di tanah melayu ini.Hang Tuah juga merupakan orang kepercayaan Sultan kerana Hang Tuah tidak pernah kalah oleh mana mana pahlawan terbilang"jelas pendayung perahu itu.

Hati Ritna mula tidak enak.Jika begitu dia harus menumpas Hang Tuah terlebih dahulu kerana Hang Tuah merupakan benteng utama.

"Err kehebatan Hang Tuah terletak dinama"tanya Ritna

"Keris Taming Sari"ujar pendayung itu

"Bukankah Taming Sari merupakan nama pendekar terunggul kerajaan Majapahit"tanya Ritna

"Ia tapi pendekar itu telah ditumpaskan oleh Datuk Laksama Hang Tuah"balas pendayung itu.

Kemudian lelaki itu melambai lambai kearah pantai.Beberapa buah perahu bergerak menuju kearah bahtera Ritna.Dengan perahu itulah Ritna beserta anak anak kapal akan ke daratan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience