Get the app for full experience
Arjuna bangun, menarik kerusi di sebelahnya untuk Iris. "Thank grandpa..." bisik Iris. Hanya mereka berdua yang mendengarnya. Iris senyum manis. "Welcome love." Arjuna balas bisikan Iris. Saling berbalas senyum dekat situ. Tak peduli pada tiga orang manusia yang sedang memandang drama mereka. Arash cuba berlagak tenang. Walau dalam hati mahu saja rasanya dia tarik Iris menjauh dari Arjuna. Gatal rasa kakinya nak bawa Iris keluar dari rumah ni. Duduknya jadi tak tenang. Namun, dia kawal perasaan cemburu yang bergelojak dalam hati. Tak mahu Lydia menyedarinya. Iris buat buat terkejut pandang Lydia dan ibunya, Puan Rohana yang sedari tadi memandang dirinya. ...