Bab 1

Romance Completed 1393622

Iris melangkah keluar dari bilik air, mengelap rambut basahnya dengan tuala kecil di tangan.

"You nak pergi mana?" tanyanya pelik, melihat Arash kelam kabut bersiap siap.

Majlis nikah mereka baru saja usai siang tadi. Penat masih belum hilang lagi. Sekarang, dia lihat Arash sepertinya sedang bersiap hendak keluar.

"Sorry sayang, you kenal Aiman kan? Kereta dia buat hal on the way ke hospital nak hantar wife dia yang nak melahirkan. Dia call I, minta tolong I. You tau juga kan Aiman dan wife dia takda parents. Siapa lagi nak bantu mereka kalau bukan I sayang." ujarnya lembut, segera mendapatkan cik isteri.

Tergaris kerutan di kening Iris.

"Dia tau kan hari ni hari nikah kita. You nak tinggalkan I belum sehari I jadi wife you? You boleh je minta tolong dekat kawan you yang lain datang bantu Aiman. Tu pun kalau you guna otak you dengan betul." sedikit meradang hati Iris di buatnya.

Katalah dia pentingkan diri sendiri, ego, tak fikirkan orang lain. Kata saja dia begitu. Masalahnya sekarang, jelas jelas Aiman tu tau hari ni majlis nikah mereka, tak logik juga kalau nak minta bantuan Arash. Setahu Iris, selain Arash, Aiman ada kawan lain juga. Kenapa tak minta bantuan pada kawannya yang lain.

"I baru tau you pentingkan diri sendiri Iris Ayuni! Tak fikir keadaan orang. You ingat I suka suka ke keluar kalau takda sebab mendesak. Tolong lah faham... Sekali je, tak boleh ke you cuba fikirkan orang lain." dengusan kesal Arash meniti bibir.

"You nak tinggalkan I berdua dengan ayah tiri you tu? I tak selesa Arash. I belum biasa."

Arash memicit pelipis.

"Dia takkan buat macam macam lah dekat you, you jangan risau. Kalau dia kacau you, you call I. Dah, I gerak sekarang." di kucup sekilas kening Iris lalu melangkah laju keluar dari bilik.

Iris merengus, mencampak tuala pada kerusi depan meja solek.

Tak wajar Arash meninggalkannya berdua dalam satu rumah dengan lelaki yang bergelar ayah tirinya. Ingat balik masa majlis tadi, Iris cuba beramah hanya sekadar melemparkan senyum pada lelaki itu, sikit pun tak di gubris olehnya. Nak bersuara apalagi, memang tak. Tegur pun tak.

Dia tahu hubungan Arash dan ayah tirinya dari dulu lagi tak sehaluan. Sampai masa majlis nikah mereka siang tadi ayah tiri Arash lebih memilih buat hal sendiri. Hah! Nama pun ayah tiri. Tak hairan mengapa Arash benci sangat dekat ayah tiri dia tu.

•••

Menonong Arash keluar dari kereta, kedatangannya di sambut oleh seorang wanita setengah abad di depan pintu.

"Sampai pun, masuklah. Lydia dalam bilik dia. Pergi lah tengok, dari tadi dia tunggu."

Puan Rohana, ibu pada perempuan bernama Lydia mempersilakan tanpa segan silu seorang lelaki bukan muhrim masuk ke dalam bilik anak gadisnya.

Arash mengangguk, senyum segaris lalu membawa langkah ke bilik gadis bernama Lydia itu.

Kuak saja pintu, terjengket jengket kaki si gadis mendapatkannya. Tubuh sasanya langsung di peluk. Erat. Seperti beberapa tahun lamanya tak bertemu.

"I miss you sayang. I ingat you dah lupakan I sebab dah jadi suami Iris, bestie I tu." bibirnya tercebik, tahan esak di dada.

Apakan daya. Hubungan mereka hubungan terlarang. Setahun dia menyelit diam diam di antara Arash dan Iris. Tanpa Iris ketahui. Sebabnya mereka begitu bijak memainkan peranan masing masing.

Of course depan Iris, Arash bersikap seolah boyfriend material, husband material. Bersikap layaknya lelaki sejati, yang setia pada yang satu. Tapi di belakang, hanya dia dan Arash yang tahu kebenarannya. Tak salah berbagi cinta, berbagi rasa. Kalau sorang je bertepuk sebelah tangan, tak jadi jugak kan?

Arash mengusap lembut kepala Lydia.

"I miss you too sayang." di kucup pundak kepala Lydia.

Lydia dongak, tatap wajah tampan itu dengan tatapan berbinar. Sedih bila kekasih hati sudah sah bergelar suami orang. Dia sampai buat alasan sakit dekat Iris hanya gara gara taknak datang ke majlis mereka tadi. Tak sanggup dia melihat lelaki yang dia cinta selama setahun ini bersanding dengan orang lain.

"You call I tadi kata you terjatuh. You buat I risau sayang. I lihat kaki you." di tuntun Lydia menuju ke pinggir katil.

Arash mencangkung, menyentuh pergelangan kaki Lydia. Agak bengkak.

"Auw!" meringis sakit Lydia bila Arash mengurut bahagian yang terseliuh.

"Sakit sangat ya sayang? I urut slow slow..."

Mata Lydia dah berkaca tahan rasa sakit.

"Don't cry sayang. Tak cantik kalau you menangis." pipi Lydia di cubit manja. Cuba buat bibir tu tersenyum.

Lydia tampar manja lengan Arash. Senyum kecil terukir.

"Kenapa you lebih pilih Iris berbanding I?" sayu nadanya menyoal.

Diam. Nafas di hela.

"I still cintakan dia, sayangkan dia. Sama macam perasaan I pada you. I cintakan you dan dia pada masa yang sama. I tak tahu siapa perlu I pilih. Sebab dua dua penting bagi I."

"Sebab tu you lebih istimewakan Iris berbanding I? You angkat dia jadi isteri."

Arash mengeluh, menatap ke dalam anak mata redup itu. Tangan Lydia di gapai, di genggam kemas.

"Takda perbezaan di mata I sayang. You special di hati I, dia pun sama. You berdua masing masing ada tempat di hati I. I kahwin dengan Iris sebab parents dia nak ikatan kami di halalkan dengan cara yang benar. I nak tunjuk I lelaki baik, lelaki bertanggungjawab di mata parents Iris sebab tu I setuju."

Jemari Arash naik mengusap pipi Lydia.

"I dah janji dengan you kan, sebelum I terikat dengan Iris sebagai suami, I dah janji dengan you I takkan putuskan hubungan kita. You lupa? I takkan lupakan you. Hanya status I yang bertukar. Tapi, hati dan perasaan I masih tak berubah pada you."

Lydia menyentuh pergelangan tangan Arash.

"Masa tu you janji dengan I, you akan cari masa jumpa I, you masih akan cintakan I, sayangkan I. I nak you ingat janji you tu. Jangan abaikan I kalau you taknak I buat kerja gila." Lydia selitkan ugutan pada kalimatnya.

Arash geleng, tersenyum.

"Tak. I takkan sesekali abaikan you. You separuh dari nyawa I. I takkan tega buat you terluka."

Bibir Lydia membentuk senyuman lega.

"See, I sanggup datang jumpa you cepat cepat masa you call I kata you terjatuh dekat bilik air."

Lydia menyentuh rahang pipi Arash, mengusap lembut kulit wajah itu.

"Macam mana you boleh lepas? Apa alasan you bagi pada Iris?" soalnya ingin tahu.

"I kata, Aiman terdesak minta tolong I. Kebetulan hari ni tadi I dapat khabar wife Aiman dah melahirkan. Jadi, I gunakan Aiman sebagai alasan keluar jumpa you. Kalau I guna alasan biasa, you ingat Iris senang senang ke nak percaya?"

Lydia geleng, ketawa kecil.

"You ni nakal lah... You yakin ke Iris tak tau wife Aiman tu dah selamat melahirkan?" ada kegusaran pada nadanya.

Risaulah juga kalau penipuan Arash dapat di hidu Iris.

"Tak. I yakin Iris tak tau. Sebab, beberapa hari ni dia sibuk urus persiapan majlis kami sampai ke hari ni tadi. Nanti lah I runding dengan Aiman. Sebagai langkah berjaga jaga kalau Iris tanya dia."

"You memang pintar kan..." di cuit geram hidung Arash.

Arash ketawa. Mencuit balik hidung Lydia.

Puan Rohana muncul bawa semangkuk bubur.

"Bagus lah kamu datang Rash, budak ni dari siang tadi taknak makan. Kamu cuba lah pujuk dia makan. Kang mati mereput pulak. Tak sempat mak cik nak merasa ada menantu."

Lydia jeling geram ibunya.

Arash bangun, ambil mangkuk bubur di tangan Puan Rohana.

"Rash... Hmm... Mak cik segan lah nak cakap."

"Cakap je mak cik. Ada apa ni?"

"Rash ada duit? Mak cik nak pinjam lagi. Dua bulan ni mak cik belum bayar lagi duit hoi mak cik tu."

Arash senyum. Tanpa banyak bunyi, sepuluh helai RM100 di keluarkan dari wallet lalu di suanya pada Puan Rohana.

"Allah... Banyak sangat ni." bergetar tangan pegang duit sebanyak tu.

"Lebih tu buat belanja mak cik."

Tersenyum sampai telinga Puan Rohana lirik si anak daranya.

"Untung anak dara mak cik dapat boyfriend pemurah hati macam kamu ni Rash. Terima kasih lah ya, nanti ada duit mak cik bayar balik."

"Tak payah mak cik. Cukup mak cik bagi anak mak cik tu dekat Rash." usiknya nakal.

Membahang panas muka Lydia. Rasa nak sembam muka dekat bantal. Malu kita tau!

Ketawa Puan Rohana.

"Kalau macam tu, jadikan lah anak mak cik tu isteri nombor dua kamu. Kamu kan mampu Rash. Bukan salah pun, asal kamu mampu." cadangnya.

Arash lirik Lydia. Muka gadis tu dah kemerahan. Senyum Arash leret.

"Mak, dah lah tu... jangan jadi penepuk lalat. Orang nak berduaan pun susah." rungut Lydia dari tadi menunggu Arash menyuapnya.

Jelingan Puan Rohana lontar, bawa langkah keluar. Nasib baik boyfriend kau tu berduit Lydia, kalau orang cikai tadi dengan kau sekali aku hempuk! Berani kau kata aku jadi penepuk lalat.

"Aaa..." Lydia buka mulut. Macam baby tunggu minta suap.

Arash layankan saja karenah Lydia.

"Kalau I tak datang, you tak makan lah? Jangan macam tu lah sayang, nanti you sakit."

"I sakit pun ada you jaga. I nak you suap, jadinya lebih kenyang."

Tawa mereka kedengaran. Gurau canda mereka umpama pasangan suami isteri. Yang menang besar dekat sini Arash. Dia dapat dua wanita pada waktu yang sama.

•••

Iris terjaga dari tidur, sejak bila entah dia terlelap, dia sendiri pun tak sedar. Telefon atas meja di raih. Pesanan ringkas dari Arash di baca.

'I lambat sikit balik. Tunggu lori angkut datang tarik kereta Aiman. You tak payah tunggu I. You tidur je dulu. Sorry sayang. Balik nanti I tebus silap I sebab dah tinggalkan you.'

Iris lempar telefon dekat tepi bantal. Kakinya bergerak turun dari katil. Keluar, melangkah turun ke lantai bawah.

"Mana Arash?"

Kaget Iris mendengar suara berat datang dari arah sofa menegur dirinya. Hampir nak luruh rasa jantungnya. Terkejut. Lebih terkejut bila ni pertama kalinyadia dengar ayah tiri Arash bersuara. Tepatnya bercakap dengannya.

Selama hubungannya dengan Arash, baru siang tadi dia bertemu dengan Arjuna Benjamin. Ayah tiri suaminya itu. Berstatus duda. Duda dua kali. Sebelum menikah dengan arwah mama Arash, Arjuna pernah menikah dengan wanita lain. Entah apa sebab mereka bercerai, kalau pasal tu Iris memang tak tahu apa apa.

"Keluar." sepatah juga jawapan di beri.

"Baru nikah siang tadi dah keluar tinggalkan isteri." gumamnya.

Iris hanya tersenyum hambar. Selangkah kaki di atur.

"I just want to told you. Jangan terlalu percaya. Kadang, orang yang paling dekat musuh paling bahaya."

Kata katanya serentak mematikan langkah Iris.

"You nak kata Arash buat bukan bukan? You dah cukup kenal dia?" geram juga Iris.

Bukan dia tak tahu hubungan Arjuna dan Arash memang tak baik dari dulu lagi.

"I tak tuduh. I just ingatkan. That's all." punggung di angkat, menyusun langkah ke bilik.

Iris masih mematung di tempatnya berdiri. Helaan nafas kasarnya meniti bibir.

Dreamy dan che da bagi free reading sementara cerita ni on going. Lepas sebulan tamat, DTH automatik locked. Sebabkan tak jadi UC, cerita ni daily update start bulan ni. Tq support kami. Jika sudi jengguk2 cerita2 Che da yg lain. Mana tau berkenan di hati. Hppy reading ya.

Share this novel

wanafiqah04 hanna
2023-02-06 21:27:55 

bila author nak update lagi? patut kasi pelempang padu kat Arjuna tu..

hunny
2023-02-03 19:15:01 

rasa sakit hati dgn apa yg Arjuna laku kan teehadap iris..rasa mcm nk potong 2 je Anu tu ..

Rizariza Ghazali
2023-02-02 17:08:52 

Bergetar dada baca tulisan author ni. Thanks...


NovelPlus Premium

The best ads free experience