Kerap kali dah Iris perhatikan perangai Arash. Sejak mereka kahwin ni, sejak duduk sebumbung, dapat di hitung dengan jari waktu Arash luang dengannya. Dia bukan lah jenis perempuan yang nak berkepit 24 jam dengan laki. Sampai nak kongkong pergerakan laki sendiri. Mana laki pergi, ikut juga. Tak, dia bukan jenis macam tu. Cukup Arash jujur, beritahu kemana pergi, apa apa hal bagitau dulu, itu dah memadai bagi seorang Iris sebagai isteri.
Tapi, dia baru kenal perangai Arash sejak mereka duduk sebumbung. Beza jauh dari sebelum mereka menikah. Betul lah orang kata, kita takkan kenal seseorang tu selagi tak duduk sebumbung. Asal hujung minggu, Arash ada je alasan nak keluar, alasan kerja katanya. Sampai dia nak luang waktu berdua pun payah.
Lagi menyedihkan Iris, sejak malam pertama mereka, Arash belum pernah lagi menyentuhnya. Dia tak lah terdesak sangat sampai perlu memohon agar diri di sentuh. Cuma pelik Iris rasa. Kadang dia lihat, hubungan mereka tak macam pasangan pengantin baru yang lain.
Keluh meniti bibir Iris, rambutnya di ikat sanggul. Untung mereka dah duduk rumah sendiri. Tak lah kekok sangat kalau pun di tinggal seorang diri.
Sedang ligat tangan membasuh mug, Iris teringatkan kawan baiknya, Lydia. Dah dua minggu lebih ini Lydia tak menghubunginya sejak gadis itu kata tak dapat datang ke majlis mereka dengan alasan sakit. Sejak tu Lydia langsung menyepi. Takkan lah Lydia nak menjauhkan diri sejak dia dah kahwin ni. Iris menung sekejap.
Pergi jumpa Lydia lah. Jam dinding di lirik. Masih awal lagi. Lagipun, tadi Arash dah awal pesan dekat dia kalau lelaki tu balik lambat. Selalu begitu, asyik balik lambat je. Laki orang lain pun kerja jugak, tak lah sampai buat isteri rasa terabai. Iris sudah cuba memahami walau mulai timbul rasa curiganya.
Iris bersiap siap. Penampilannya di belek depan cermin. Dah cukup berpuas hati, kunci kereta atas meja solek di capai. Susun langkah keluar. Tak sabar nak jumpa Lydia, kongsi macam macam cerita macam yang selalu mereka buat bersama sebelum belum ini.
•••
Iris tertegun. Kakinya terpasung tepi pintu kereta. Pandangannya terpaku pada kereta Arash di laman rumah sewa Lydia. Pintu pagar memang tak berkunci. Iris parking di luar pagar, masuk ke dalam dia nampak kereta Arash.
Ini bukan mimpi kan?
Hati tak dapat nafikan lagi. Jelas jelas kereta di depan matanya tu kereta Arash. Nombor plate pun dia hafal. Apa Arash buat dekat sini? Di rumah sewa Lydia? Arash kata padanya tadi lambat balik, over time. Oh, ni rupanya over time yang Arash maksudkan. Over time dengan perempuan lain di belakangnya. Patut sibuk memanjang.
Sejuk rasa tapak tangannya, di kepal erat jemari. Debaran amarah mengoncang dada. Kaki di atur mendekati pintu. Dapat Iris dengar gelak tawa Arash dan Lydia dari dalam rumah. Mesra bukan main! Mengalahkan orang yang dah kahwin.
"You... Iris tak syak ke dekat dua minggu ni you asyik cakap sibuk je dekat dia. You tak kesian ke dekat Iris?"
"I berlaku adil sayang. Sikit je masa I luang dengan you jika nak bandingkan masa I dengan Iris. Nanti I tak datang, you merajuk pulak kan. Macam hari tu, sehari I tak sempat jumpa you. Bukan main lagi you pasang rajuk."
Kedengaran suara tawa manja Lydia.
Terkancing gigi Iris. Berombak dadanya. Nafas turun naik. Menggelegak darahnya sudah sampai di paras kepala. Dia dengar semua perbualan Lydia dan Arash. Hatinya seperti di tikam dengan ribuan belati. Apalagi suara dua manusia durjana itu datang dari arah bilik Lydia.
Iris tak sangka. Sangat tak dia duga jika kawan baik dan suami sendiri diam diam mengkhianatinya. Memperbodohkannya. Menusuknya dari belakang.
Pintu di ketuk, tanpa suara. Serentak, bunyi tawa dari dalam bilik terdiam.
"I pergi tengok." Lydia berganjak turun dari katil, merapikan baju di tubuhnya.
Arash mengekori belakang Lydia. Nak tahu juga siapa yang datang.
Membatu keduanya di hadapan pintu sebaik saja pintu terbuka. Wajah merah padam Iris sedang menahan amukan dalam diri menyapa pandangan mata masing masing.
"I... Iris?" terbata bata suara Lydia menyebut sebaris nama itu.
Tak menyangka Iris datang ke rumah sewanya tanpa memberitahunya dulu. Kesat liur di telan. Wajah memucat. Habis! mereka tertangkap basah oleh Iris sendiri.
"Sa... Sayang... I, I boleh jelaskan."
Iris ketawa. Jelaskan? Jelaskan apalagi? Jelaskan jika semua ini hanya salah faham? Berduaan dalam rumah, nak jelaskan apalagi?
"Jelaskan..." terangguk angguk kepala Iris.
Semua dah jelas di depan matanya. Terang terang penipuan Arash dan Lydia dah terbongkar. Dia dengar dari tadi bicara dua manusia pengkhianat itu. Sekarang, dengan muka tak tau malu mahu menjelaskan?
Arash dan Lydia saling berpandangan. Resah terlukis di wajah masing masing.
"Iris... A... Aku akan jelaskan dekat kau. Kau tolong dengar dulu." bahu Iris di pautnya.
Wajah Iris angkat. Senyum di lorek.
Pang!
Terteleng kepala Lydia. Sontak, tangan naik menyentuh pipi sendiri. Panas dan berpijar kulitnya. Mata dah berkaca.
"Iris!" Arash meluru cuba menarik Iris.
Buk!
Di tendang perut Arash dengan sebelah kaki. Sampai terundur tubuh tu ke belakang.
Merah muka Arash menahan senak perutnya.
Dia tak percaya Iris yang dia kenal akan berubah jadi sekasar ini.
Iris menuju ke arah Lydia.
Tergeleng Lydia mengundur.
"I... Iris... Kau... Kau nak buat apa?" bergetar nadanya. Pandang Arash, minta bantuan dari lelaki itu.
Pang!
"Ni, untuk kepercayaan aku selama ni pada kau."
Pang!
"Ni, untuk 10 tahun kau jadi kawan aku."
Pang!
"Kau berdua menjijikkan!"
Pecah berdarah bibir Lydia di kerjakan Iris. Jelas kemerahan wajahnya. Macam udang kena bakar.
"Iris! Stop it! You nak, lepaskan marah you pada I, bukan dekat Lydia!" di rentap lengan Iris.
Pang!
Terpana Arash. Iris menamparnya?
"Iris Ayuni! Sebagai isteri you berdosa buat I macam ni."
Iris ketawa mendengarnya. Berdosa katanya?
"Oh... You dan dia berduaan bukan dosa? Habis tu apa? Kumpul pahala?"
"Iris... Dengar dulu..." tangan Iris di raih.
"Jangan sentuh I dengan tangan kotor you!"
Arash tetap ingin menarik tangan Iris.
Pang!
Sekali lagi pipinya jadi sasaran Iris. Kuat tamparan tangan itu. Berdesing telinga Arash.
"Ceraikan I sekarang juga!"
Buk!
Sekuat kuat hati penumbuknya di layang ke muka Arash. Terlentang Arash terjatuh. Sampai berdarah hidungnya.
Selama ini, dia di tipu mereka hidup hidup. Dah macam orang bodoh dirinya di kerjakan!
Percayanya, setianya, pengorbanannya di balas mereka dengan pengkhianatan. Di balas dengan rasa sakit hati. Sakit! Sakit sangat Iris rasa. Sampai sesak dadanya menahan segala rasa yang berkumpul di dalam hatinya.
"Perempuan murahan dan lelaki bangsat memang pasangan serasi."
Di hayun langkah keluar. Air mata yang hampir gugur di seka kasar. Ini bukan masanya menangis Iris! Bangkit! Sia sia menangisi suami sampah!
Share this novel
I like iris. don't cry. not Infront of him