Prolog

Romance Completed 1393622

Kaki jinjangnya di bawa keluar dari kereta. Pandangan mata hazel itu terarah pada pintu kaca restoran yang hanya beberapa langkah dari tempatnya berdiri. Lalu, langkah kaki di atur.

Retina matanya bergerak mencari wajah seseorang. Jumpa! Nun, di satu meja berhampiran jendela kaca, seorang lelaki sedang menyisip kopi dalam cawannya. Nafas di tarik dalam. Nekad!

Langkah anggunnya di atur. Tanpa sapaan, kerusi di tarik duduk menghadap wajah lelaki lewat 40-an itu. Siapa? Bekas ayah mertuanya. Tepatnya ayah tiri pada bekas suaminya.

Ini kali pertama Iris Ayuni berhadapan empat mata langsung dengan lelaki di depannya ini secara berduaan. Selama ini, lelaki itu tak pernah sekali menyapanya. Semasa majlis pernikahan dan setelah dia bergelar isteri pada Arash si anak tirinya pun lelaki ini lebih banyak diam dari berbicara. Mungkin bila bercakap ada bongkah emas keluar langsung dari mulutnya.

Sepasang mata hitam gelap itu tertunak pada Iris. Tanpa ekspresi. Tak juga bertanya kenapa gadis itu tiba tiba ingin bertemu dengannya.

"Jadi kekasih I."

Straight to the point. Tak ada mukadimahnya lagi. Iris tak mahu buang masa bermadah pujangga sebelum menyampaikan hasratnya ingin bertemu. Kedengaran tak masuk akal meminta bekas ayah mertua jadi kekasih. Ya, memang. Tapi Iris ada alasannya sendiri.

"What?"

Suara berat dan maskulin itu menampar telinga. Membuat Iris terkedu seketika.

"Jadi kekasih I. Semua ni sebab anak tiri you. I takkan maafkan dia." yakin Iris mengeluarkan kalimatnya.

"Are you insane?"

"I tak gila. Tapi anak tiri you yang buat I jadi gila. Sampai I rasa nak carik carik muka dia dan perempuan simpanan dia tu!" mengepal tangan Iris.

"You gunakan I nak balas dendam dekat anak tiri I? You yakin you takkan jatuh cinta dekat I? Kalau you yakin, okay... just go on with your plan." tenang dia berkata.

Dapat dia lihat api kemarahan dari sinar mata gadis itu. Dia tahu apa anak tirinya itu telah lakukan. Tapi dia tak menduga sama sekali jika gadis ini begitu berani datang memintanya menjadi kekasihnya.

"I nak balas dendam dekat dia. Jadi kekasih pura pura I. Keputusan I muktamad dan I tak terima bantahan." tegas dan yakin nada Iris.

Dia nekad senekad nekadnya. Pandang wajah tenang itu, menanti jawapan dari bibirnya.

"Arjuna Benjamin..." di seru namanya, geram bila lelaki itu hanya diam.

Macam lah bercakap dia perlu bayar dulu baru lelaki tu bersuara.

Arjuna ketawa kecil. Matanya terpandangkan langkah sepasang kekasih yang baru masuk duduk tidak jauh dari meja mereka.

Sepotong kek dalam piring di kautnya dengan sudu.

"Open your mouth baby."

Glup!

Hampir tersedak air liur sendiri Iris di buatnya.
Terlopong sedikit mulutnya.

"What wrong love? You nak I suap you dari mulut ke mulut?" Arjuna menghantar isyarat mata pada meja selang tiga meja dari meja mereka.

Iris membuang pandang ke arah yang sama. Berasap terus hatinya melihat dua wajah pengkhianat itu. Rasa benci meluap-luap! Tanpa sedar, mulutnya terbuka sendiri.

Arash memandang tajam bekas isteri dan ayah tirinya. Tak sangka bertembung di situ. Entah kenapa dia jadi sakit hati, sakit mata melihat kemesraan mereka. Tangannya di atas meja mengepal. Rahangnya di ketap.

Tergamam Iris bila ibu jari Arjuna mengelap hujung bibirnya yang agak comot.

"You yakin you tak tergoda dengan I?" senyumnya dan tenungan matanya mampu membuat hati seorang perempuan tak keruan.

Mata Iris jatuh pada ibu jari yang masih mengusap hujung bibirnya.

"Kenapa perlu I tergoda dengan you? Point I cuma nak balas sakit hati I, kebencian I pada apa yang anak tiri you dah buat." percaya diri betul dia berkata.

Senyum Iris leret semanis mungkin membalas tenungan mata menawan itu bila sedar Arash sedang memerhatikan mereka.

"Sebab you tak kenal lagi I siapa." tangannya di tarik.

Membulat sempurna kedua mata Iris melihat lelaki itu menjilat hujung jarinya yang melekat sisa icing kek di bibirnya tadi. Tak senonoh betul perangai!

"Tisu kan ada..." gumam Iris tenung kotak tisu dekat tepi meja.

"I choose to lick. Tak membazir. What lipstick you guna love? Taste so sweet."

What!

Membelalak mata Iris. Dadanya menompa laju. Liur di telan gugup. Sekarang kan mereka sedang berpura pura. Kenapa dia pula yang merasakan debar.

Kalau begini lama lama dia yang terancam nanti. Sebabnya, duda depannya ini benar benar mengancam. Lebih daripada kata mengancam!

Collab Dreamy & Ayunifalin (Che Da). Unlocked chapter. Update hanya 5 bab terawal utk bulan ni. Novel ini akan di bawa dan start aktif update pada awal tahun depan.

Share this novel

Ainrodhiyah
2023-06-12 08:56:03 

salam Dreamy, saya ada bertanya dgn ustazah berkenaan dgn Iris, dia bekas isteri Arash dan bapa tiri Aras tu sepatutnya haram berkahwin dgn Iris. dalam islam, bekas bapa tiri mertua dan bekas bapa meetua haram berkahwin dgn menantu perempuan. Tlg check balik.

ZARA SAFIYYA BINTI MOHAMMAD ASIF Moe
2023-05-06 15:53:34 

dreamy mne novel aku lelakimu


NovelPlus Premium

The best ads free experience