Bab 3

Romance Completed 1393622

Laju gerak tangan Iris memasukkan pakaiannya ke dalam bag. Mujur barangnya tak banyak. Menonong langkah di bawah turun dari bilik. Depan pintu, meluru Arash masuk ke dalam menghalang Iris yang hendak melangkah keluar.

"Sayang... please, kita bincang. Jangan macam ni." lengan Iris cuba di raih.

Iris tepis kuat. Tajam renungannya menikam wajah Arash. Darah kering di hujung bibir Arash tak langsung mengamit simpati darinya. Memang macam ni cara sepatutnya ajar lelaki seperti Arash.

"Bincang? bincang pasal you dengan Lydia? Pergi jahanam! You nak sangat Lydia pergi kahwin dengan dia! Kenapa nak kahwin dengan I!"

"I cintakan you Iris, dan I juga cintakan Lydia pada waktu yang sama. Kalau you minta I pilih antara you dan Lydia, I tak mampu nak memilih. You dan dia sama sama penting sayang. I minta maaf, I tau, I dah menyakitkan hati you, perasaan you."

Maaf katanya?

Pang!

Terteleng kepala Arash. Diam. Dia tahu dia bersalah besar terhadap Iris. Dan selama ini dia sedar apa dia buat. Tapi, perasaan yang muncul terhadap Lydia tak dapat dia tepis. Dia menginginkan kedua wanita itu.

"I tak perlukan cinta sampah dan lelaki munafik macam you! Ceraikan I sekarang!" tempik Iris nyaring.

Turun naik nafas di dada.

"Sekarang jugak Arash!"

Arash masih membungkam di situ. Permintaan Iris benar benar berat untuknya.

"Kalau you taknak ceraikan I, okay... Biar I yang tuntut cerai." Iris pusingkan tubuh, menghadap pintu.

Di nekad. Tak mahu beri peluang. Tak mahu bagi muka. Lelaki seperti Arash tak layak di pertahankan. Dia tak mahu jadi bodoh hanya kerana cinta. Kata maafnya memang tak ada untuk pengkhianat seperti Arash dan Lydia.

Arash mengepal jemarinya. Dia tahu, Iris sangat terluka.

Selangkah kaki menginjak keluar, suara Arash di belakang menghentikan segenap langkahnya.

"Aku ceraikan kau Iris Ayuni Binti Zulkifli dengan talak 3."

Sejurus lafaz itu meluncur dari bibir Arash, Iris langsung melangkah tanpa berpaling lagi. Berderum enjin kereta meninggalkan halaman rumah dua tingkat itu.

Iris menyeka air matanya. Dia memandu pulang ke rumahnya sendiri. Belum bersedia memberitahu keluarganya. Siapa sangka, baru 18 hari bergelar isteri sekarang dia sudah memegang status janda. Terlalu singkat. Terlalu cepat. Apa yang terjadi, di luar dugaannya sendiri. Sudah pasti ayah dan ibunya sangat terkejut mendengarnya nanti.

Iris perlukan masa tenangkan diri sebelum berjumpa orang tuanya untuk memberitahu mereka.

Arash terhenyak duduk di sofa. Wajahnya di raup kasar. Mungkin dengan melepaskan Iris dapat mengurangkan sedikit luka yang dia pahatkan. Sejujurnya, dia berat hati dan tak mahu melepaskan Iris dari hidupnya. Dia masih cintakan Iris, sayangkan Iris.

Tapi, jika itu yang Iris nak, dia akan penuhi. Dia tak mahu sampai Iris yang menuntut cerai. Mana dia nak letak muka depan orang tua Iris nanti.

•••

Dua minggu kemudian.

Iris mengilas jam di pergelangan tangan. Dua hari lepas, sejak dia bertemu empat mata dengan Arjuna Benjamin sewaktu meminta lelaki itu jadi kekasihnya, dan hari ini dia bakal bertemu lagi dengan lelaki itu untuk yang kedua kalinya.

Tak, kali ini bukan Iris yang mengajaknya bertemu dulu. Tapi Arjuna sendiri.

Puas hati Iris. Sejak kejadian di restoran hari itu. Berpuluh puluh chat Arash kirim padanya.

'Apa hubungan you dengan ayah tiri I?'

'You sedar tak apa you buat Iris. Sekalipun you kecewa dengan I kenapa mesti dia you pilih ganti tempat I di hati you?'

"Iris Ayuni! Balas chat I ni!'

'Come on Iris. Jarak umur you dan dia jauh sangat beza. Dah macam ayah dan anak. You tak malu ke?'

Last last apa Iris buat. Block. Senang. Tak menganggunya lagi.

Baru sikit Arash. Baru sikit dia tunjuk.

Iris membuang pandang ke arah pintu cafe apabila sekumpulan wanita selang semeja dari mejanya berbisik memandang figura yang berjalan masuk ke dalam.

Langkah sepasang kaki berkasut kulit itu begitu mempesona, melangkah pada kerusi di hadapan Iris.

Kembang kempis hidung Iris mencium wangian maskulin dari tubuh itu.

"Sorry I lambat. Meeting lambat habis." matanya fokus ke wajah Iris.

Iris berdehem. Mengangguk. Dia pandang wajah tu. Baru sedar, makin lama di pandang makin mengancam. Hish! Mata ni pun.

"Kenyang ke pandang I?"

Nak tercekik liur sendiri Iris di kerjakannya. Soalan tu pun, tak teragak agak. Iris pura pura pandang waiters yang lalu tepi meja mereka. Malu!

"Iris..." Arjuna panggil.

Iris pandang serta merta.

"Umur you berapa?"

"26... dan you?"

Iris pun teringin nak tahu serba sedikit tentang Arjuna. Selama dia kenal Arash, lelaki tak guna tu sekali pun tak pernah cerita tentang Arjuna. Apa yang Iris jelas tahu, Arash tak setuju arwah mamanya dulu menikah dengan Arjuna. Sebab tu hubungan Arash dan Arjuna tak berapa baik.

"I 40... Are you okay with that?" tanyanya serius.

"Okay, I okay je. Siapa kata I tak okay."

Makin berumur tu lah saham makin tinggi. Tengok lah duda depannya ni. Body tough, rupa dia tak cukup sekali pandang, dua kali pandang boleh buat angau. Hot dia sampai Iris dapat rasa bahangnya. Lagi hot dari anak tiri. Tu Iris tak nafi.

"Are you sure nak jadi kekasih I?"

Iris jeda. Pandang wajah tegas si duda.

"Kalau you nak I jadi mummy tiri Arash lagi I okay. Terlebih okay."

Arjuna ketawa kecil.

"You nak libatkan I dengan masalah you dan Arash?"

"Anak tiri you dah sakitkan hati I. I nak dia rasa apa yang pernah I rasa. I takkan ubah fikiran I hari tu. I nak you menyamar jadi kekasih I." tatap pandangan mata Arjuna.

Kalau Arash mengkhianatinya dengan Lydia. Apa salahnya dia guna cara yang sama. Ayah tiri dia yang hot ni kan ada. Susah apa.

"Tapi..." Arjuna sengaja mengantungkan ayatnya.

"Tapi apa?" Iris ingin tahu.

"I lebih pilih kahwin terus dari menyamar jadi kekasih. I jenis tak suka buang masa pada sesuatu yang tak pasti."

Tersedak Iris yang baru meneguk air putih dalam gelas.

Arjuna tarik beberapa helai tisu, di suanya pada Iris.

"Kahwin tanpa dasar cinta?" soal Iris setelah mengelap mulutnya.

"Kahwin atas dasar cinta tapi masih berpisah untuk apa?" balasnya.

Betul. Iris agak terasa. Tapi begitulah kenyataan sekarang.

"Jadi wife I dulu. Selebihnya you sendiri akan tahu."

Gosh! Offer dia tu. Buat jantung Iris hampir nak melompat keluar dari dada.

"Lagi better jadi mummy tiri daripada kekasih jadian. Anak tiri you tu kena ajar sikit." selamba je dia kutuk anak tiri depan lelaki tu.

Arjuna leret senyum.

"Then, apa you nak panggil I nanti?"

Iris bingung kejap. Jeda.

"Like, I call you love. You patut ada nickname untuk I jugak kan?"

"Grandpa..."

Jelas wajah Arjuna tunjuk tak setujunya.

"I rasa nickname tu tak sesuai kalau you nak jadi mummy tiri Arash." dia bangkang.

"No. I suka nickname tu. Special untuk you sorang." Iris sengih.

Matanya turun pada dada itu. Butang kemeja paling atas encik duda terbuka luas. Dalam tak sengaja, dia cuci mata tengok bulu bulu halus di dada Arjuna.

"Wow..." terlepas ayat itu dari bibir Iris.

Spontan Arjuna pandang dada sendiri.

"This body is yours... Setelah I jadi milik you nanti." Arjuna mengulum senyum.

Sepantas kilat Iris paling wajah ke lain. Malunya bertingkat tingkat. Tertangkap syok sangat cuci mata. Gila! Duda ni betul betul mengoda.

•••

Lydia dan Puan Rohana menyapa mesra Arjuna yang sudah duduk menunggu di meja makan. Malam itu, Arash mengundang Lydia dan Puan Rohana makan malam di rumah keluarganya.

Lydia mendesis sebal bila senyum manisnya tak di balas Arjuna. Lelaki tu dia lihat lagi sibuk dengan telefon di tangan. Puan Rohana mencuit lengan anak daranya. Jegil mata supaya Lydia jaga sikap depan Arjuna. Nak jadi bakal menantu kan, kena lah tunjuk sopan santun.

"Kejap, tunggu someone." suara Arjuna memecah kesunyian.

Lydia pandang Arash dekat sebelah. Pandangannya seolah mengatakan 'siapa?' pada Arash. Setahunya tadi, Arash cakap hanya mereka berempat je.

Arjuna bangun melangkah keluar pintu sebaik dia menerima pesanan singkat. Arash ikut bangun, mengekori langkah si ayah tiri.

Iris perasan Arash sedang memandang mereka. Belum sempat akal mempertimbangkan kelakuannya, bibirnya mengucup sekilas pipi Arjuna.

Terpana Arjuna. Bulat mata pandang Iris. Ekspresinya itu hanya sekejap, di ganti dengan pautan tangannya pada pinggang Iris.

Arash melotot memandang kelakukan Iris depan depan matanya. Gigi di kancing rapat. Tapi, kaki masih taknak berganjak pergi.

Arjuna dekatkan bibirnya di telinga Iris.

"I ni dah lama menduda. Setiap tingkah laku you, you kena fikir panjang."

Aroma segar mint nafasnya menusuk ke dalam rongga hidung Iris.

"I tahu apa yang I buat."

"Kalau nak berlakon tu biar nampak real love. Kiss tu kena hot and spicy. Let me do it."

Melebar mata Iris bila merasakan bibir itu menempel di bibirnya. Tanpa dia bersedia apa apa. Tanpa dia duga sama sekali. Arjuna yang memandang sudah naik angin di depan pintu.

"Come..." pinggang Iris di paut setelah melepaskan ciumannya.

Iris lirik Arjuna di sebelah. Wajah itu kekal tenang. Masih lagi nampak cool setelah menciumnya? Serius!

"You masuk dulu. I ada sepatah dua kata untuk bakal anak tiri I." bisik Iris di tepi telinga Arjuna.

"Jangan ambik masa lama. I jenis cemburu love, tolong jaga hati I sikit." rambut Iris di selaknya ke belakang telinga, mengusap sekejap pipi itu melempar senyum lalu melangkah masuk.

Sempat Arjuna balas pandangan Arash padanya.

Arash terus rentap kasar tangan Iris. Geram! Api cemburunya meluap luap. Sampai ke hari ni dia masih sayang dan cintakan Iris. Tapi apa dia lihat, Iris biarkan je Arjuna menciumnya depan depan matanya.

"He's my step father Iris! Are you crazy?! Dah takda lelaki lain ke dalam dunia ni?"

"Arash, do you even realize how amazing you step fahter? Oh my god! He's so hot even my blouse are falling for him." bahu Arash di rempuh.

Bercat walk Iris berjalan menuju ke meja makan. Meninggalkan Arash yang menahan bengang di depan pintu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience