2 Majlis Perkahwinan

Short Story Completed 68138

Aku ditahan selama dua hari di hospital..seperti biasa, gastrik! Entah dah berapa banyak pek air ditambah ke dalam badan, tak terkira! Mujur jugalah kebetulan gastrik aku datang time tu, kalau tidak bertapa malunya aku..Ketaralah bertapa aku frust sampai pengsan bagai kan! Tapi aku memang frust gila tau tak?!! Dua hari berjurut-jurut air mata aku tertumpah, masih tidak dapat menerima yang Dariz bakal berkahwin dengan kakak aku sendiri. Tak ke membazir air yang kena cucuk masuk dalam badan aku tu?

Bayangkan, tengah aku sakit terbaring di hospital, dorang pulak tengah sibuk menguruskan majlis perkahwinan, tak menyempat tau!! Memanglah ibu dan Azel silih berganti datang menemani aku, tapi aku tetap tak puas hati!! Aku sedang sakit, tak boleh ke tangguh tarikh perkahwinan mereka? Tahun depan ke, tahun tahun depan ke..kensel trus lagi bagus hahaha!! Ketawa penjahat betul! Aku memang sakit hati, apa selama ini Dariz langsung tak nampak ke bertapa akulah yang menggilainya sejak dari kecil? Tak cukup sejati ke cinta aku padanya?!!

Hanya Azel yang datang mengambil aku ketika aku keluar dari hospital. Azel kata ibu dan ayah tengah sibuk menguruskan majlis perkahwinan Veela. Yelaa, Veela je satu-satu anak perempuan mereka. Aku ni cuma anak pungut kot, tak dipedulikan langsung!

"Bila majlis perkahwinan tu?" Aku rasa aku sudah cukup buat muka setenang mungkin di hadapan Azel, tapi mengapa aku rasa suara aku sangat sebak?

"Sabtu ni, jangan kau tiba-tiba pengsan lagi dahlah. Buat orang panik je!"

Aku membuang wajah, geram pun ada pada Azel yang tengah khusyuk memandu.. Macamlah sakit tu boleh dibuat-buat! Semua mereka tak tahu apa aku rasa, hanya aku seorang yang menanggung.. Lagi parah agaknya kalau dorang tahu, silap-silap aku dibuang negeri! Aku pilih untuk diam. Suasana sepi sepanjang perjalanan hinggalah kami tiba di rumah. Di depan pintu, aku terserempak dengan Veela yang sudah bersiap-siap dengan cantik.

"Deelo, kau dah sihat?" Aveela menegur ala kadar sambil mempamerkan senyuman.

"Kau nak ke mana?" Tidak mempedulikan soalan Veela, aku menyoal balik. Perlu ke jawab soalan bodoh tu? Dah aku berdiri dengan gah di depannya pula, mau bertanya soalan yang sudah terang dan bersuluh jawapannya buat apa kan?!! Aneh!

"Aku nak keluar cari cincin dengan Dariz..Hah, tu dia dah datang, aku chow dulu! Jaga kesihatan kau tu, jangan berani sakit masa aku kahwin nanti!!"

Aku tak boleh nak pusing tengok dua sejoli tu, jadi aku terus buka langkah laju-laju masuk ke dalam rumah. Aku jalan lurus naik ke atas tanpa toleh kiri kanan, masuk ke dalam bilik dan berkurung..siapa yang kisah? Kalau aku mati di dalam ni pun, agaknya seminggu mayat aku membusuk baru mereka sedar!

Semakin menghampiri hari bahagia Veela, semakin aku dilanda kemurungan hingga aku rasa tak nak hidup lagi! Aku benar-benar rasa sunyi. Hidup aku hanya di dalam bilik, berkurung saban waktu, turun hanya bila menggeletar kelaparan dan kering tekak hinggalah tiba hari yang aku sumpah seranah siap baca pelbagai jampi mentera lagi supaya tiba-tiba ada gempa bumi ke, ribut taufan ke yang menyebabkan majlis itu ditunda!

Malangnya, nasib benar-benar tidak menyebelahi aku. Cuaca sangatlah cerah pada hari itu. Aku pasrah pada ketentuannya. Kami sekeluarga bergerak menuju ke hotel mewah di mana majlis perkahwinan Veela dan Dariz diadakan. Veela sejak semalam tidur di salah sebuah suite di situ kerana dia perlu disiapkan awal. Aku malas naik ke atas jadi aku putuskan aku tunggu dekat lobi saja. Lagipun dewan tu tidak jauh dari situ. Sedang aku duduk melayan perasaan, Azel muncul dengan wajah pucat lesi.

"Deelo!! Veela ada cari kau tak?"

Aku angkat bahu. Tiada mood langsung nak ambil tahu pasal kakak aku tu.

"Veela hilang Deelo!! Biliknya kosong!"

Sontak aku berdiri tegak lalu merenung Azel dengan pandangan tidak percaya.

"Apaa?!!" Suara aku meninggi tanpa aku sedar akibat terkejut. Azel menarik tangan aku.

"Jom ke atas, ibu dan ayah nak cakap dengan kau."

Aku yang tengah panik dan bingung ikut tanpa membantah. Siapa sangka semua yang berlaku bakal merubah takdir aku?

"Kau gantikan tempat Veela, Deelo! Ini saja caranya untuk tutup malu akibat perbuatan Veela! Cepat siapkan Deelo, kita sudah tak punya banyak waktu!"

Aku hilang kata-kata. Hanya mampu terpaku dengan mata tak berkelip. Azel mati-mati membantah.

"Kenapa perlu korbankan Deelo ayah? Mana yang penting sekarang? Air muka ayah atau masa depan Deelo? Aku tak setuju, lebih baik kita jumpa keluarga Dariz dan batalkan je perkahwinan ini."

"Tidak Azel, ayah tak boleh buat begitu! Semua tetamu-tetamu jemputan dah sampai, tinggal tunggu pengantin, bukan saja ayah malah keluarga Dariz pun akan dapat malu besar! Kita teruskan saja, kemudian baru fikirkan akibatnya!"

"Ayah, at least kita kena tanya tuan punya badan! Deelo, kau nak teruskan ke? Jadi pengganti Veela dan kahwin dengan Dariz?"

Cepat je aku angguk tanpa rasa bersalah. Terperangah Azel melihat tingkah aku.

"Deelo!! Kau dah fikir masak-masak? Kau masih muda, kerja pun belum ada..Kau sanggup korbankan masa depan kau demi perkahwinan bodoh ini?" Suara Azel sudah meninggi, nampak sungguh bertapa berangnya dia pada aku ketika ini.

Aku langsung tak berani pandang mata Azel. Lama bola mata aku ke bawah merenung lantai yang bersih berkilat sebelum aku angguk, sekali lagi. Azel merengus kuat lalu menumbuk meja di depannya. Berdentum bunyinya! Hampir je aku terlompat dari tempat duduk. Tanpa sepatah kata, Azel berlalu pergi meninggalkan kami. Aku tahu dia kecewa dengan aku, Azel paling sayangkan aku, sebab itu dia sentiasa mengawasi aku. Tapi..maafkan aku abang, aku terlalu mencintai Dariz, aku tak kisah walau aku cuma sebagai pengganti, aku yakin aku akan mampu tundukkan Dariz dengan cinta aku yang sentiasa membara buatnya.

Ketika aku muncul dengan pakaian pengantin diiringi oleh ayah, aku sedar dewan mulai kedengaran sedikit riuh, masing-masing berbisik antara satu sama lain. Aku tahan hati dan teruskan melangkah dengan penuh yakin menuju ke arah Dariz. Bertapa jelasnya perubahan wajah Dariz sebaik saja mata kami bertatapan, hanya seketika lelaki itu terus membuang wajah, aku langsung tidak dipandangnya. Malah ketika disuruh mencium isterinya, Dariz hanya melagakan pipi pada aku.. Sakit sungguh rasanya bila direjek seteruk itu! Dahlah dia langsung tak pandang wajah aku yang cantik berseri ini, nak sentuh aku pun dia jijik!

Malahan ketika majlis berakhir, Dariz balik sendirian meninggalkan aku termangu-mangu seorang diri di situ. Mujur ada Carinna, teman baik yang offer diri hantar aku ke rumah Dariz. Aku tetap bersangka baik, sempat lagi kami singgah di kedai pakaian dan beli satu set baju tidur yang sangat seksi untuk menundukkan suami aku.

"Ingat Deelo, lepas kau pakai baju tidur tu, kau depakan dada kau dan tonggekkan punggung kau sehabis seksi, faham? Biar meleleh air liur Dariz melihat kau.. Lenggokan kau jangan terover, nanti kau macam ayam serama tercekik pula."

Aku mengekek kuat mendengar ajaran Carrie. Dia punya ayat kan, macam pro tau..padahal nasib kami serupa, sampai bujangan tidak pernah ada teman lelaki!

"Hah, satu lagi. Ini paaaliiing penting, lontaran suara..pastikan yang paling gedik bagi leretan padu sket, biar berdiri bulu roma Dariz mendengarnya. Kau faham tak? Jangan terover pula, nanti jadi macam suara lembu yang nak disembelih pula! Hah, aku dah turunkan ilmu, jangan kata aku tak payung pula!"

Sakit perut aku layan minah kepoh sorang ni tau! Sampai berair-air mata! Tak dapat aku bayangkan macamana rupa ayam serama tercekik tu, lagi satu..boleh-boleh dia bagi perumpamaan suara lembu disembelih? Itu bukan lagi suara menggedik, itu suara menempah maut! adoi!!

Kegembiraan aku sirna bila aku tiba di rumah Dariz. Kunci pendua yang Dariz bagi kat aku masa majlis tadi aku keluarkan dari dalam beg. Sebaik masuk ke dalam, suasana gelap gelita dan sunyi sepi, taulah aku yang Dariz belum balik lagi. Ke mana suami aku? Aah, mungkin masih di rumah keluarganya. Aku sedapkan hati yang mulai gundah. Sebaik masuk ke dalam bilik Dariz, aku terpempan! Bertapa indahnya hiasan bilik pengantin itu..Malangnya, bukan aku pengantin sebenar! Dariz langsung tidak menerima aku, aku tahu dia terpaksa meneruskan perkahwinan demi menutup aib keluarga!

Aku bersiap-siap untuk menjalankan pelan pertama aku, tawan hati encik suami! Usai membersihkan diri dan menyental bersungguh-sungguh bahagian-bahagian tertentu, aku pakai baju tidur super seksi seakan aku tiada memakai apapun, semua jelas kelihatan kerana kainnya sangat jarang dan nipis. Aku jadi malu sendiri melihat tubuh badan aku depan cermin. Macam tak percaya aku akan jadi segedik ini hanya kerana mahu memenangi sekeping hati milik Dariz Kaden.

Setelah puas hati menilik badan sendiri, aku korek segala macam jenama minyak wangi dalam beg lalu aku sembur di seluruh badan, biar wangi supaya Dariz semakin tergoda! Selepas itu, bermulalah penantian aku. Dari duduk, berdiri, berbaring..semua aku buat.. Namun Dariz tak kunjung tiba! Berkali-kali aku menguap, hingga akhirnya aku tertidur dalam keadaan melintang di atas tilam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience