Prolog

Short Story Completed 68138

Aku membuka mata perlahan-lahan bila cahaya matahari yang menerobos masuk dari celah-celah cermin dapur memanah wajahku. Aahh..dah siang rupanya! Aku segera memandang sekeliling..aah, aku tertidur di kerusi makan, dengan kepala meneleng di atas meja. Sontak aku menegakkan badan, sambil cuba meregangkan urat-urat yang seakan terbelit.

Mengapa aku di sini dengan pelbagai juadah sedap-sedap yang terhidang di atas meja, langsung tidak dijamah? Aahh..aku masih ingat, belum juga aku hilang ingatan rupanya!! Kemarin, seharian aku menyediakan bahan-bahan untuk memasak juadah istimewa buat suami tercinta. Aku lakukan bersungguh-sungguh, siap masak sambil menonton resepi dalam youtube, siap timbang dan sukat dengan tepat semua bahan-bahan yang digunakan supaya hasilnya daboom kaboom dan suami pasti akan tertawan, seperti kata opah pada emak masa arwah masih hidup dulu..nak tawan suami senang je, kenyangkan perutnya dengan makanan sedap-sedap! Itu lah yang aku lakukan.

Malangnya, sampai tengah malam aku tunggu, sampai habis lilin besar warna warni yang aku beli di DIY bagi tujuan 'candle light dinner' aku bakar, suami tercinta tak timbul-timbul. Hanya air liur basi atas meja aku dapat pagi ini! Mana suami aku? Aku bergegas bangun dan berlari anak menuju ke bilik pengantin kami. Perlahan, pintu aku tolak lalu aku intai di sebalik pintu. Kosong! Sunyi!! Suram!!! Aku berlari turun menuju ke luar rumah lalu ku lihat garaj. Kosong!! Hanya kereta aku terparkir tak terusik dekat situ!

Aku melangkah longlai menuju ke sofa di ruang tamu lalu menghempas punggung di atas sofa empuk. Hari ini genap empat belas hari perkahwinan kami..Perkahwinan yang terjadi hanya semata-mata untuk menutup malu kedua-dua pihak mempelai. Suami memang tidak pernah cintakan aku, dia menyintai orang lain! Aku cuma menggantikan tempat orang itu, yang melarikan diri di hari perkahwinan mereka. Suami langsung tidak tahu, aku sebenarnya telah lama menyintainya dalam diam dan bertapa gembiranya aku di hari perkahwinan kami.

Aku berusaha bersungguh-sungguh untuk menawan hati suami sejak hari pertama kami menjadi pasangan suami isteri yang sah. Lingerie jenama Victoria Secret yang menampakkan segala-galanya aku siap pakai pada malam pertama kami, baju tidur yang sempat aku singgah beli ketika dalam perjalanan balik usai majlis..tak sungguh-sungguh ke tu? Malangnya sampai tertonggeng aku tertidur menunggu, suami tak muncul sampai pagi.

Tak putus asa, otak berkarat ni aku kerah untuk mengarang puitis cinta berjela-jela lalu aku hantar kepada suami melalui aplikasi Whatsapp dengan harapan suami akan cair bila membaca luahan hati aku, bukan sekadar blue tick, dia boleh siap block nombor aku...celaka punya jantan! Tapi aku bukan seorang gadis yang mudah putus asa, masih menaruh harapan kononnya suami akan tertewas akhirnya, aku mulai belajar masak. Bersungguh-sungguh aku siapkan bekal lalu ku hantar ke pejabat suami, bukan saja aku diusir seperti perempuan murahan, malah kontena tingkat jenama Tupperware aku tu suami humban masuk ke dalam tong sampah tanpa perasaan.. Tupperware tu beb, bukan puluh, cecah ratus harganya!! Dia tak tahu bagaimana susah aku berebut dengan orang masa sale kat booth Tupperware! Sampai calar balar lengan aku kena cakar tau! Sakit hati hanya tuhan yang tahu!!

Dan hari ini, hari ke empat belas perkahwinan kami.. Merupakan hari yang paling malang buat aku. Mesej aplikasi Whatsapp aku tiba-tiba berbunyi. Aku ambil fon aku di atas meja lalu ku buka aplikasi berkenaan.

"Anggun Adeelo, mulai hari ini kau aku ceraikan. Kau bukan lagi isteri Dariz Kaden. Aku beri kau tempoh 24 jam untuk keluar dari rumah aku atau aku akan laporkan pada polis atas kesalahan menceroboh!"

Jantan tak guna!!! Hanya empat belas hari, kau sudah jandakan aku ya!!! Aku bingkas bangun sambil melontar fon aku sekuat hati.

Panggg!!!

Berkecai seribu fon aku sebaik melanggar dinding konkrit! Dariz Kaden...Kau belum kenal siapa Anggun Adeelo!!! Aku bersumpah atas title janda yang baru aku sandang ni, Bahawa dalam tempoh 14 hari berikutnya, kau akan datang merayu-rayu di tapak kaki aku...Kau lihatlah nanti Dariz!!!!


*******************

Malam itu, dengan pakaian ketat tak cukup kain, aku masuk ke dalam hotel 5 bintang yang sangat eksklusif hiasannya, pasti orang-orang kaya saja mampu ke situ. Thanks to my best buddy, Carinna atau aku biasa panggil Carrie je, macam jenama barangan bayi tu..Carrie Junior, kerana menjadikan aku rakan partnernya untuk ke majlis korporat yang dianjurkan di dewan utama hotel mewah ini. Mengapa aku datang dan bergaya sakan seperti penggoda nak masuk pub? Adakah disebabkan title janda yang baru aku sandang pagi ini? No, no and noo!!

Aku datang kerana Dariz Kaden adalah salah seorang tetamu penting di majlis itu! Tujuan utama opkos untuk menawan semula ex suami aku tu! Biar lelaki tu nampak bertapa cantiknya ex bini dia, bertapa seksi dan menggiurkan tubuh ex bini yang dia langsung tak sentuh selama hubungan kami masih halal!! aku mahu dia melopong tengok aku malam ni, dan menyesal kerana mengabaikan aku yang sememangnya cantik dan seksi selama tempoh singkat perkahwinan kami, dan yang pasti.. biar dia menyesal separuh mati kerana tak sentuh aku langsung!! Aku, si janda virgin yang malang huhu..

"Hey..bukan main menempah maut kau malam ni ya! Mak bapak kau tau ke kau datang dengan pakaian macam ni Deelo? Mujur abang kau tak datang tau..mati kau dikerjakan oleh Arjuna Azel kalau dia nampak kau macam ni!!"

Aku hanya mengerling sekilas pada Carinna yang sudah mengambil tempat di sisi aku. Aku kisah apa kalau abang aku libas aku sekalipun, yang penting mission accomplish!! Bila aku dengan rela menggantikan tempat Anggun Aveela, kakak kandung aku yang melarikan diri di hari perkahwinannya, abang aku, Arjuna Azel lah yang mati-mati membantah tidak setuju, tapi tula kan..antara kami tiga beradik, akulah yang paling keras kepala, dah anak bungsu kan!

"Deelo..tu hah! Mr ex hubby kau!" Carrie berbisik sambil menyenggol siku aku dengan sikunya.

Pantas je bola mata aku dipaku ke arah yang ditunjukkan..Yes!! Itu sang pujaan hatiku!! Dariz Kaden sedang leka bercerita dengan beberapa temannya, sekali sekala dia ketawa, mungkin kerana kawannya buat lawak bodoh. Girang sungguh kau di situ Dariz!! Kau tak tahu ke ada hati yang sungguh-sungguh merana atas perbuatan kau tu? Tanpa sedar, aku ketap bibir bawah dengan kuat. Rasa nak nangis lihat kegembiraan yang Dariz pamerkan, seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku!! Mengapa hanya aku yang tersiksa?!!

Aku bingkas bangun, nafas aku naik turun dengan cepat, ada gelodak sedang mengganas di dalam diri..hanya tunggu masa untuk melimpah ruah! Carinna pantas mencengkam pergelangan tangan aku.

"Hey, kau jangan buat sesuatu yang bodoh, Deelo! Ingat, jangan nak malukan keluarga kau.. Banyak yang kenal mereka kat sini!" Sempat Carrie menitipkan pesan, pasti dia risau aku hilang kawalan diri.

Aku bukan sebodoh itu! aku pandang Carrie sambil tersenyum kelat.

"Aku cuma nak ke tandas, Carrie!" Seraya berkata, aku menarik tangan dari cengkaman Carrie, lalu melangkah dengan penuh anggun, badan sengaja aku lentikkan siap pakej lenggangan maut ketika aku melintas di depan Dariz Kaden dan teman-temannya..Aku kerling ke arah Dariz, celaka punya jantan!! Aku yang sebegini anggun dan seksi langsung tak dipandangnya?!! Apa punya spesis lelaki lah si Dariz ni!!

Dengan rasa geram yang meluap-luap, aku percepatkan langkah menuju ke belakang. Sakitnya hati ya Tuhan!! Hingga tubuhku merempuh seseorang di depan aku pun aku hampir tak sedar.

"Heyy!! Buta ke?!!" Jeritan penuh amarah itu berjaya menyentakkan aku.

Sekonyong-konyong aku mendongak.

"Gina?!!" Aku sebenarnya ingat-ingat lupa pada seraut wajah merah menyinga di depan aku ni. Macam pernah jumpa tapi di mana ya?!! Oh eya, inilah musuh ketat aku masa high school dulu malah sampai universiti pun kami masih tak sebulu.

"Arghh!! Tepilahh Deelo!! Kau asyik rosakkan rancangan aku...Tepi!!"

Aku termangu-mangu ditengking tiba-tiba. Apa maksud Gina, si gadis berhati busuk ni? Takpe, biar aku tambah marakkan api kemarahannya hehe..gelas berkaki panjang digenggaman Gina aku sambar lalu aku teguk hingga ke titisan terakhir. Bulat mata Gina memandang perbuatan aku.

"Betina siallll!!!" Gina memaki sekuat hati lantas mengangkat tangan, mahu melempang wajah aku ler tu.

Pantas, aku sambar pergelangan tangan Gina lalu menolaknya dengan kasar. Terperangah Gina dibuatnya. Dia ingat aku ni mudah dibuli ke apa? Aku sempat mengerling Gina dengan sinis sebelum berlalu meninggalkan gadis yang masih terkebil-kebil itu. Aku mahu terus ke dewan utama mendapatkan Carrie semula, malangnya sekali lagi aku terlanggar seseorang. Bau wangian maskulin terus memenuhi rongga hidung bila wajah aku tersembam di dada bidang seseorang. Panas!!! Tiba-tiba badan aku jadi panas seolah sedang dipanggang di bawah bara api!

Aku dongak wajah dan mataku bertembung dengan sepasang mata warna amber bercahaya, sedang merenung penuh berahi padaku. Apa sudah jadi? Mengapa aku jadi begitu bernafsu dan rasa terbakar dengan renungannya? Dapat aku rasakan tangan kekar lelaki itu kini sedang melingkar kemas di belakang pinggangku lalu tangannya mencengkam isi punggungku. Eiii!! Aku cuba mengerdipkan kelopak mata beberapa kali, cuba melarikan mata dari terusan memandang bibir merah basah yang sangat seksi itu..Badan aku ditolak hingga belakang aku melekap pada dinding. Lelaki itu terus menghimpit, hingga sesak nafas aku akibat kehangatan yang terhasil!

Tanpa sebarang amaran, bibir merah delima itu dengan rakusnya mengulum bibir aku. Oh dear! Inikah yang dinamakan surgawi? Aku seolah-olah hilang kawalan diri, lengan sudah melingkar pada tengkuk lelaki itu, malahan kaki sebelah juga aku angkat, lalu ku belitkan di belakang punggung lelaki itu. Tak kisah lagi dengan pandangan sekeliling, seolah-olah ada sesuatu sedang menguasai aku! paha putih mulus aku yang memang terdedah dielus perlahan oleh tangan sasa lelaki itu, dan ciuman semakin mendalam, kami berdua hampir hilang kawalan diri.

"Wanna go somewhere?" Bisik lelaki itu dengan suara termengah-mengah. Aku apalagi, pantas saja mengangguk tanpa berfikir panjang.

Habis lupa tujuan utama aku ke sini. Yang aku tahu, ada keinginan yang membuak-buak perlu dipuaskan! Keinginan yang aku sendiri tidak tahu bagaimana boleh tetiba timbul tanpa mampu aku kawal, dan hanya lelaki ini yang mampu memenuhinya!!

Dan malam itu, di dalam salah sebuah bilik di hotel mewah itu, aku melaluinya bersama-sama dengan seorang lelaki asing, yang langsung tidak aku kenali. Semuanya cukup mempersonakan! Pengalaman indah yang aku lalui tanpa mengalami kesakitan, dan lelaki itu.. sungguh pandai melayan, hingga aku terbuai-buai, seperti berada di sebuah alam fantasi..serba serbi cukup, tiada kekurangan!! Aku benar-benar puas...

As promised, Deelo is back!! Previously known as 14 Hari.. Untuk bab² yang telah dimuatnaik sebelum ni, content tetap sama ya..Happy Reading! Will update everyday kalau larat dan x bz ^^ So..Mr Playboy kiter On Hold dulu wokies muaahh..

Share this novel

MandakZ
2022-03-26 07:48:26 

eh cmna ble komen dlm bab eh hehe, x tau plak. btw tq so much

mayah
2022-03-25 21:42:55 

best


NovelPlus Premium

The best ads free experience