3 Tak Seindah Mimpi

Short Story Completed 68138

Aku bangun lalu tercari-cari kelibat Dariz. Kosong! Nampaknya, lelaki itu semalaman tidak pulang. Walaupun sangat kecewa, aku tabahkan hati. Aku bersihkan diri lalu menukar pakaian. Aku yakin Dariz pasti akan pulang, jadi aku turun ke bawah, mahu menyediakan sarapan untuk kami berdua. Makan bersama, saling bertatapan..ah! pasti sangat romantik..eiii, tak sabar!! Peti sejuk aku buka. Yakin sangat aku boleh masak konon, padahal selama ini potong bawang pun jarang-jarang.

Aku putuskan mahu masak menu simple dan mengenyangkan. Nasi goreng ler haha..Yakin je, bukan susah pun, tanak nasi..hancurkan, potonglah segala bawang, sayur dan daging.. campak-campak, goreng dahh siapp!!! Mudah jer!! Aku mulai mengerjakan semuanya. hampir sejam kemudian, dua pinggan nasi goreng aku hidangkan di atas meja. Tepat waktu aku letak cawan berisi kopi panas di atas meja, Dariz muncul di muka pintu dan terus naik ke atas tanpa menoleh sedikit pun pada aku.

Takpe, nanti lepas bersihkan diri Dariz turun ler tu. Aku cuba pujuk diri. Aku bukan main semangat merapikan diri, rambut yang agak serabai aku sisir guna jari, pastu aku sisip belakang cuping telinga. Aku buka kamera henfon, dengan penuh teliti aku teropong lubang hidung, kot-kot ada taik hidung, pastu aku tengok mata jika ada taik mata...nanti kurang kecantikan aku depan Dariz, tak rela!

Setelah puas hati, aku duduk penuh ayu di kerusi makan, dengan sabar menunggu kedatangan Dariz. Lebih kurang setengah jam kemudian, Dariz muncul. Malangnya dia terus keluar tanpa mempedulikan aku yang tengah menahan lapar sampai terkentut-kentut akibat angin penuh dalam perut. Tak bau ok, oleh kerana aku syantik kentut tak busuk punyalah hahaha..tiber! Begitu sabar aku menunggunya kerana mahu makan bersama. Dariz langsung tak pandang ok!! Aku bingkas bangun lalu mengejar Dariz.

"Darizz!!" Aku jerit panggil namanya.

Dariz buat-buat tak dengar, semakin cepat dia melangkah menuju ke keretanya lalu memandu pergi dari situ. Tanpa menoleh, tanpa senyuman..tanpa kata-kata..bagai angin lalu! Hati yang merundum sedih aku pujuk lagi..takpe, dia belum biasa, lama-lama ok lah tu! Aku jadi tak lalu nak makan, lapar hilang entah ke mana! Aku bersihkan dapur dan masukkan semua makanan ke dalam tong sampah sambil mengesat air mata..Maaf, aku membazir..tapi aku terlalu kecewa untuk berfikir tentang semua itu!

Aku call Carrie, minta dia datang temankan aku. Aku benar-benar buntu. Aku perlukan nasihat dan Carrie memang terrer bab-bab macam ni, bukan kerana kelogikkan nasihat yang dia beri, tapi unsur humor yang dia selitkan.. selalu tak pernah gagal menghiburkan aku! Kami berdua memang senasib, keluaran U yang menanam anggur tanpa buah! Bezanya sekarang aku dah kahwin dan Carrie masih membujang.

"Apa kena dengan Dariz tu hah? Dah ada yang menanti depan mata siap pamer aset kebaboomm, malah mengelak? Dia gay kot?" Serkap Carrie sambil pamer riak wajah penuh tanda tanya.

"Sia-sia usaha aku Carrie, penat je aku sental badan separuh mati semalam!"

"Siap bercukur?"

"Gondol dan licin ok!! Semua aku buat! Sia-sia!"

Carrie menggeleng.

"Mungkin dia masih tidak kenal peribadi kau yang sweet like chocolate tu Deelo. Aku rasa kalau dia dah kenal, pasti sesaat pun dia dah tak rela jauh dari kau hehe..tambahan lagi, bentuk tubuh kau yang perfecto. Aku dari kau gempal sampai selim melim cenggini pemuja tegar tubuh kau tau! Buah dada dan punggung kalah JLo, pasal apa? sebab kau original githuu..apa lagi dia mahu? Dariz tu buta agaknya. Bagi akulah, kau lebih cantik dari Aveela tau. Memanglah Veela tu cantik, tapi kecantikannya terserlah, lama-lama jadi biasa, bukan macam kau. Kena tenung lama-lama, baru terserlah kejelitaan kau, bila dah nampak..tak boleh blah, boleh angau!"

Carrie ni kalau bab mengipas, mengalahkan mami jarum! Aku apalagi, kembang-kembang lubang hidung! Tapi betul kut, bukan nak perasan atau puji diri sendiri tapi aku sendiri kagum dengan tubuh aku ni hehe..atas bawah bulat, pinggang macam kerengga..Bila aku pakai ketat sikit, semua mata lelaki tertoleh-toleh tau, hingga naik sumbang langkah kaki aku. Hairan, Dariz tak perasan ke semua keistimewaan yang aku miliki? Ke dia dah buta kerana terlalu angaukan Veela?

"Beginilah, cuba kau try test tawan dia guna teknologi terkini. Alaa, kau seranglah dia bertubi-tubi dengan kata-kata indah setiap hari, kau ada nombor fon dia kan?"

Aku dongak wajah suramku lalu aku tenung bola mata Carrie. Aku dapat rasa ada sinar harapan memancar dari iris coklat jernih aku.

"Takde, tapi aku boleh minta Azel." Jawabku penuh semangat.

"Ishh kau ni, nombor laki sendiri pun kau tak simpan ke?"

Aku geleng dengan perasaan sebak. Kesian pada diri sendiri, seolah aku ni berkahwin dengan orang asing yang tiba-tiba saja muncul dalam hidup aku. Carrie memandang penuh simpati pada aku.

"Takpe, kau cuba dulu..malu letak tepi, sekarang yang penting misi menawan suami kau okay?" Pujuk Carrie.

Dan semangat aku muncul semula. Eya!! Aku yakin aku mampu karang kata-kata indah buat Dariz, walaupun BM aku dua kali aku repeat paper SPM hahaha..Selalu bab karangan aku sangkut, pernah masa ujian arahan suruh tulis cerita pengalaman bercuti di kampung, aku siap tulis full story Cinderella sebab dari zaman kanak-kanak sampailah aku meningkat remaja aku minat gila cerita princess-princess Disney tu, hafal truk! dahlah dapat markah kosong, aku siap dapat nasihat percuma dari guru BM aku.

Setelah Azel bagi aku nombor Dariz, mulalah aku pernah otak. Siap google dan screenshot kata-kata indah yang aku jumpa kat media sosial tau..begitu gigih aku berusaha. Mula-mula Dariz langsung tak baca pun, agaknya dia nampak je mesej aku masuk dia terus delete. Setelah beberapa ketika, aku mulai nampak blue tick pada setiap mesej yang aku hantar. Aku, apalagi melonjak-lonjak macam monyet termakan sambal belacan, gembira bukan kepalang, baru blue tick ok!!

Makin berkobar-kobar semangat aku. Aku masak siap-siap malam tu, sambil menunggu kepulangan Dariz. Aku send mesej bukan rayuan gombal yang meremangkan bulu roma siap aku selitkan mesej gedik bagitau aku pakai apa malam ni, dengan satu tujuan.. mudah-mudahan Dariz tergoda dan kelam kabut balik jumpa aku, lebih meyakinkan aku, semua mesej aku telah bertanda biru, ertinya semua Dariz dah baca. Fuh..debaran aku menunggu, susah nak explain tau, macam-macam imaginasi teruk bermain di dalam kotak minda. Semuanya tentang adegan panas yang suami isteri lakukan..hishh..teruk betul otak aku ni!

Sampai pagi aku jadi burung hantu menunggu, bayang-bayang Dariz pun tak muncul! Celaka betul!! Aku tak puas hati, aku teruskan menyerang Dariz dengan macam-macam kata rayuan, godaan, luahan cintaku yang membara dan macam-macam lagilah. Aku siap selfie dengan pakaian tidur yang menjolok mata, lepas tu untuk bagi lagi aummmm, aku baring atas katil buat aksi paling menghairahkan lalu aku hantar pada Dariz.

kalau dia tak cair tak tahu lagilah. Kalau laki orang lain, pasti terbelah jalan raya akibat pecutan overdose haha. Malangnya, bukan Dariz!! Tidak lama selepas dia bagi aku blue tick, tak semena-mena, dia block nombor aku. Apa punya spesis jantanlah dia ni, celaka!! Setan sungguh si Dariz ni!! Aku punya mengamuk sampai aku koyak rabakkan baju tidur Victoria Secret aku.. Nangis-nangis aku pungut semula cebisan-cebisan kain lalu aku buang ke dalam tong sampah.

Atas nasihat Carrie jugalah, aku bersungguh-sungguh belajar masak. Habis semua chanel masakan youtube aku follow semata-mata mahu memahirkan diri, semua untuk Dariz Kaden yang sampai ke hari ini langsung tak muncul-muncul di rumah. Dengan gigih, aku ikut Carrie ke pameran dan jualan murah brand Tupperware. Bila booth dibuka, aku ikut menyerbu dengan mak-mak yang ada di situ, siap bertolak-tolak gara-gara berebut kontena, nasib tiada adegan tarik-tarik rambut. Gila betul!! Sampai calar balar badan aku, entah kuku siapa yang melakukannya!

Yakinnya aku muncul di pejabat Dariz, siap pakai cantik-cantik, dandan sehabis lawa dengan membawa kontena tingkat warna warni Tupperware, hasil yang aku dapat dari aktiviti bergasak di booth. Aku dibenarkan masuk bila aku bagitau aku isteri Dariz. Pintu pejabatnya aku ketuk dahulu sebelum aku pusing tombol dan tolak pintu. Dariz hanya mengerling sekilas, lalu tunduk kembali meneruskan kerjanya. Mati-mati aku menyumpah dalam hati. Aku tak cukup cantik lagi ke? Mengapa laki aku langsung tak sudi nak pandang aku?!!

"Ehemm!!"

Aku berdehem kuat. Selain mahu dia mendongak wajah memandang aku, aku juga mahu mengusir gundah di hati. Dibiarkan macam patung, kau rasa? Tapi betul kata Carrie, malu harus letak tepi, dia laki aku kot!

"Sayangg..sayang dah makan?" Aku ikut ajaran mahaguru Carrie, suara bagi gedik dengan leretan padu..Huish..aku sendiri kembang bulu roma dengar suara aku!

Dariz tetap tunduk, seolah-olah aku ni tak wujud pun..Eiii, panas hati aku!

"Sayanggg..aku ada masak untuk sayang tau, tak pasti sayang suka ke tak. Berhentilah buat kerja tu kejap, jom makan dulu...jomlah sayanggg.." Aku tambah intonasi gedik, leretan aku bagi panjang sikit..aku sendiri jadi geli geleman tau, adei!! Semua kerana Dariz Kaden!!

Dariz merengus kuat lantas memukul meja kerjanya. Aku hampir je terlompat akibat terkejut. Nasib baik kontena di tangan tak terlepas. Celaka betullah jantan ni!! Bagilah signal ke apa ke sebelum hentak meja tu!

"What's wrong with you Deelo? Ko blah sekarang..please.." Dariz membentak kasar, sikit pun aku tak dipandangnya. Siap pegang dahi sambil pamer wajah stress tau, punya sakit hati aku lihat!! Nampak sungguh dia tak suka aku tercongak depannya!

Sedih, terasa usaha keras aku sia-sia je!

"Saayanng, janganlah camni ok ..Sayang rasalah dulu masakan aku.." Hampir tak terkeluar suara aku akibat diserang sebak. Dibentak laki sendiri setelah seharian masak semata-mata mahu perut suami kenyang, kau rasa?

"Aku tak nak!" Tolak Dariz, masih kasar dan beku!

Aku rasa nak nangis je saat itu namun aku kuatkan hati. Aku cuba melangkah menghampiri Dariz.

"Go away Deelo!!"

Dia usir aku tau, aku..isterinya yang sah.. Sampai hati kau Dariz!! Aku ketap bibir bawah, sedaya upaya aku tahan rasa sakit yang menyucuk-nyucuk di dalam hati.

"Laaa saayangg ni, plezlaa don't go go me away.. I dah terlanjur come come to you ni..I nak makan dengan you sayang..you nak makan I sekali pun boleh..pleaseeeeee...." Aku masih cuba memujuk dengan gedik paling menyeramkan, aku dah tak peduli dah, aku ni dah terlalu desperate mengharap Dariz akhirnya berlembut hati melihat usaha keras aku.

Sekonyong-konyong Dariz bingkas bangun lalu merampas kontena Tupperware aku dengan kasar. Membulat mata aku bila dia dengan teganya melempar kontena aku masuk ke dalam tong sampah, bedebuk bunyinya!! Macam bunyi hati aku yang jatuh akibat perbuatan Dariz! Aku sudah tak mampu tahan air mata.

"Aku kata aku tak nak, kau tak faham bahasa ke?!! Kau blah sekarang, Anggun Adeelo!! Aku benci tengok wajah kau kat depan aku, jangan nak menggatal depan aku ya, kau benar-benar buat aku jijik!! puihh!!! Aku kata blaaaahhhhh!!"

Aku cepat-cepat memusing badan lalu berlari keluar dari pejabat Dariz dengan juraian air mata. Aku tak pernah tau seumur hidup dilayan seteruk ini. Selama ini, aku ditatang bagai minyak yang penuh..tiada siapa berani mengasari aku kerana Azel selalu ada untukku. Sekarang? suami yang sepatutnya melindungi aku..buat aku seperti seorang perempuan yang tidak punya maruah! Siap buang ludah depan aku tau, kau rasa ertinya apa?!!

Aku menangis sekuat hati, tak kisah lagi bila aku dipandang ganjil oleh orang yang lalu lalang di bangunan itu. Maruah aku dah dipijak oleh suami sendiri, nak malu apa lagi bossku?!! Selalunya, bila aku merajuk teruk, Azel yang akan memujuk aku. Aku benar-benar rindu pada satu-satunya abang aku tu, tapi nak mengadu padanya aku memang tak berani..dah dia siap bagi warning sebelum aku kahwin, silap-silap mati aku dia kerjakan..hishh!!

Malam itu, aku diserang gastrik yang teruk kerana waktu makan aku sudah tidak ketentuan sejak berkahwin. Habis satu katil aku round buat aksi kuak lentang, siap ada gimnastik depan belakang lagi. Takde makna, malah semakin sakit sampai keluar peluh sejuk! Nangis-nangis aku kesakitan. Aku mesej Dariz minta tolong dengan nombor baru, sebab nombor lama aku dah dibloknya. Aku tunggu dengan penuh pengharapan..dia memang dah baca, tapi tidak dibalas..Aku masih fikir positif, mungkin Dariz dalam perjalanan balik..Aku tunggu dan terus tunggu, hinggalah aku hampir tidak mampu bertahan lagi.

Dengan tangan terketar-ketar, aku dail nombor Carrie. Hanya teman baik aku yang aku boleh harapkan tika itu, aku memang tak berani beritahu pada family aku terutama Azel..Aku sudah agak apa jawapan abang aku.. Padan muka kau Deelo! Pasti kata-kata sinis itu yang abang aku hambur kat depan wajah cantik aku ni! Aku sudah hampir separuh mati tika Carrie sampai dan memapah aku ke hospital. Mati-mati dia menyumpah Dariz Kaden!

Dua hari aku terperap di hospital, hanya Carrie setia menemani. Dariz? Tak muncul-muncul walau cuma sesaat! Padahal aku siap send location, bagitau segala details tentang sakit aku, ubat apa doktor bagi dan segala macam nasihat doktor. Semua aku cerita tanpa skip satu bendapun melalui Whatsapp pada Dariz.. Kalau tak sudi datangpun, sekurang-kurangnya balaslah mesej aku tu, bagi kata-kata semangat kan, pendek pun tak kisah..Asal aku tahu dia sudi berbual walau bukan secara bersemuka, aku tetap puas hati..Tak minta lebih pun!

Malangnya..aku dibiar sepi..Umpama angin lalu yang cuma melintas di depan Dariz..Entah sudah berapa dalam luka torehan lelaki itu pada hati aku..Hairannya, aku masih tetap mengharap! Aku tau aku bodoh, salahkan kuasa cinta okay?

"Udahlaa Deelo oii, berhenti dan putus asa je pada Dariz tu, kau ni boleh je dapat yang lebih baik dari laki tak guna kau tu!" Tak habis-habis lagi amukan Carrie pada Dariz, makin naik menyampah wajah Carrie bila lihat aku tak henti-henti tenung skrin telefon yang aku bawa betul-betul di depan wajah. Sampai naik juling mata aku!

Aku ni bukan apa, risau kalau bunyi nanti aku tak dengar, padahal dah full volume dah..kalau misalnya berbunyi, boleh jatuh tergolek patient atas katil yang berdekatan dengan aku kerana terperanjat. Full volume beb! Bayangkan kalau berbunyi di tengah-tengah keheningan wad hospital..Malangnya, henfon aku ikut beku macam layanan Dariz pada aku.

"Aku tak bolehlaa, aku cinta gila kat Dariz!"

"Agak-agaklah Deelo oii!! Dariz tak peduli kau pun, tu bukan cinta, tu bodoh!!"

"Biar!! Aku tak kisah kau kata aku bodoh ke, bebal ke..Aku tetap nak tawan Dariz, nak nak naakkk jugak!!! dialah cinta mati aku, muktamad!" Dengan yakin dan bersungguh-sungguh aku putuskan, aku buat-buat tak nampak muncung Carrie yang terherot panjang akibat meluat kat aku.

Bila aku dibenarkan keluar hospital, punya tinggi tau harapan aku yang Dariz tiba-tiba muncul jemput aku, awal-awal lagi aku dah mesej sebab aku call bukan setakat tak diangkat, direjek bertubi-tubi..kejam tak kejam? Mujur aku bukan jenis perempuan cepat putus asa! Akhirnya, Carrie jugak setia menemani dengan mulut pot petnya yang rata-rata mengutuk laki aku..

Sampai rumah, aku nampak pakaian Dariz dalam bakul kain kotor. Punya bersinar-sinar mata aku!! Dariz balik ke rumah!! Aku apalagi, cepat-cepat menyediakan pelbagai juadah enak-enak, usai menyusun cantik semua atas meja, aku naik, mandi dan bersiap cantik-cantik. Tak peduli yang aku ni baru keluar hospital, sepatutnya kenalah rehat banyak-banyak..Aku dah tak kisah tentang aku, semua kerana Dariz! Aku begitu yakin yang dia pasti akan balik lagi malam itu. Siap tutup lampu dan bakar lilin ala-ala candle light dinner tu tau aku buat, bersungguh-sungguh nak tawan hati si Dariz! Seperti biasa..aku sampai tertidur hingga kepagian..Dariz Kaden yang dinanti tak kunjung tiba!!

Lebih malang, pagi itu..Pada hari ke empat belas kami bergelar suami isteri tanpa pernah duduk bersama, bertentang mata dan berbual seperti pasangan lain...Aku tiba-tiba diceraikan oleh Dariz Kaden, hanya melalui aplikasi Whatsapp.. Kau rasa? Aku dah tak nampak masa depan aku..hanya gelap gelita!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience