CHAPTER 04

Romance Series 9408

WANITA itu berjalan keluar dari bilik. Sejak tadi dia tak nampak bayang Tengku Harrys. Lepas mereka malam bersama. Ke mana lelaki itu pergi? Keluarkah?

Mata terus melirik tempat gantungan kunci di dinding. Kunci kereta masih terletak elok di tempatnya. Ruang tamu gelap. TV juga tertutup. Cuma pintu ke ruang balkoni saja kelihatan terbuka. Bersama cahaya dari unggun api yang menyala.

Di situkah dia?

Perlahan Irish menapak ke balkoni luar. Dan telahannya benar. Tengku Harrys ada di situ. Melandai tubuhnya di kerusi rehat sambil hadap komputer riba. Penuh khusyuk. Mungkin tengah siapkan sesuatu.

Melihat itu, Irish tak sampai hati nak ganggu. Lebih-lebih lagi bila ingatkan Tengku Harrys banyak diam sepanjang hari ini. Jadi ada baiknya dia beri lelaki itu ruang menyendiri. Kaki mula berundur setapak untuk masuk dalam kembali.

“Nak berdiri aje kat situ?”

Pergerakan Irish terhenti serta-merta. Dia yakin soalan itu dituju untuknya. Walaupun mata lelaki tersebut masih tak berganjak dari komputer riba.

“Err...,”

“Come. Seat here.”

Irish serba-salah. Sebelah hatinya nak masuk dalam saja. Tapi sebelah lagi tak sampai hati nak tolak. Dengan rasa berbelah-bahagi, wanita itu melangkah juga mendekati.

“Awak nak air panas?”

“Tak apa. Kenyang lagi.”

“Sibuk ke?”

“Not really. Just checking some documents dari Abang Hafiy.”

“Dokumen apa?”

“Projek kat Brunei,” balas lelaki itu tanpa berkalih mata. “Ubat dah makan?”

“Dah.”

“Jangan tertinggal. Walau sekali.”

Irish sekadar dengar. Pesanan yang acapkali keluar dari mulut lelaki di sebelah. Hampir setiap malam sebelum tidur. Sejak insiden tembakan itu.

“Banyak lagi nak siapkan?” soal Irish.

“Not bad. Kenapa tak tidur lagi?”

“Belum mengantuk.”

“Atau tunggu saya?” Seraya Tengku Harrys pandang wajah di sisi. “Tak boleh tidur tak ada saya? Hmm?”

“Tak... tak adalah.”

“Mulut jawab macam tu. Tapi dalam hati awak saya tak tahu,” selamba Tengku Harrys bidas. Mata Irish direnung mencari jawapan. Namun cepat-cepat wanita itu larikan pandangan.

Hujung bibir Tengku Harrys tersungging. Komputer riba ditatap semula. Sambung kerja yang tergendala.

‘Semakin kau cuba lari, semakin jelas isi hati kau dapat aku jejaki, Irish!’ bisik hati lelaki itu.

Suasana bertukar hening. Hanya bunyi unggun api di sudut balkoni memecah sepi. Tengku Harrys terus lakukan kerja. Biarkan Irish tercari kata untuk kembali bicara.

“Awak dah telefon mak long?”

“Dah. Saya bagitahu mungkin kita ke rumah dia lewat sikit.”

“Mak long cakap apa?”

“Dia tak kisah. As long as kita datang rumah dia sebelum balik.”

Irish angguk faham. Dah hampir tiga minggu mereka di bumi UK. Habis travel Pulau Jeju tempoh hari, Tengku Harrys terus bawa dia ke sini.

Glasgow, Edinburgh, Newcastle upon Tyne, Leeds, Machester, Liverpool, Birmingham, Cambridge. Antara tempat-tempat yang dah selamat mereka lawati sebelum tiba di London semalam.

Dan sepatutnya sekarang mereka dah ada di rumah Tengku Yasmin. Tapi gara-gara cuaca tak mengizinkan, dia dan Tengku Harrys terpaksa berteduh dulu di sini.

Seketika, mata Irish meliar perhati sekeliling.

“Lama awak pernah tinggal sini?”

Tangan Tengku Harrys yang sedang menaip, terhenti. Mata turut sama pandang sekeliling apartmen.

“Setahun lepas kerja. Mula-mula dapat offer kerja kat sini lepas habis degree, saya tinggal kat apartmen yang company sediakan. Then ada rezeki lebih, saya beli apartmen ni.”

“Selama awak tak ada, siapa yang tinggal kat sini?”

“No one. Tapi sekali-sekala mak long dan anak-anak dia akan datang tengok-tengokkan. Tolong kemas. And sometimes they stayed here kalau ada urusan kat London.”

“Apartmen kat Cambridge tu?”

“Itu papa yang belikan. Waktu saya study kat sana dulu.”

“Lepas pindah sini, awak biarkan aje apartmen tu?”

“No. Bila ada masa free saya balik jenguk. Lagipun Zamir tinggal kat sana, kan. As he told you. Lepas dia habis belajar dan balik Malaysia, baru saya hired orang untuk jagakan.”

“Kenapa tak jual?”

“Sayang. Banyak kenangan. Waktu buat online course for my master pun saya kerap turun sana. So, adalah juga gunanya. Sampailah saya decided balik Malaysia lepas tamat master, then apartmen tu saya sewakan.”

Khusyuk Irish dengar penjelasan Tengku Harrys. Waktu ke Cambridge tempoh hari memang lelaki itu ada bawanya lihat apartmen tersebut. Malah segala tempat yang jadi memori lelaki itu selama di Cambridge juga turut dikongsikan dengannya.

Cambridge.

Entah kenapa nama itu makin melekat di hati. Mungkin kerana keindahan tempatnya. Juga kehebatan sejarahnya.

Dan momen yang masih tak dapat dia lupa sampai saat ini bila dapat lihat depan mata kemegahan universiti-universiti negara itu. Salah satu impiannya sejak kecil. Tak dapat jejak kaki sebagai pelajar, sebagai pelawat pun dah jadi kepuasan buatnya.

Bukan senang nak masuk universiti antara terbaik di dunia itu. Hanya orang terhebat dan terpilih saja dapat merasanya. Macam Tengku Harrys.

Spontan Irish toleh ke sisi. Tengku Harrys yang dah kembali sambung kerja ditenung dalam diam. Sejujurnya, dia kagum dengan lelaki itu.

“Kenapa tenung saya macam tu?”

“Hmm?”

“Anything you wanna say?”

“No.”

“Then, why are you staring at me like that?”

“Salah ke?”

“Tak salah. Cuma tak boleh.”

“Kenapa?”

“Sebab saya tak boleh buat kerja.”

“Saya tak kacau pun.”

“Yes. Tapi...,” sekali lagi Tengku Harrys berkalih pandang Irish. Kali ini dia berpeluk tubuh. Anak mata Irish direnung dalam-dalam. “...awak dah buat jantung saya berdebar tak menentu sama sekarang ni. So better you stop now.”

Irish telan liur. Baru dia nak usik Tengku Harrys. Tapi sekarang dia yang terjerat dengan usikannya.

“Err... sa… saya masuk dulu.”

Kalut wanita itu bangun dari kerusi. Namun pantas Tengku Harrys tarik tangannya kembali. Irish terduduk sekali lagi.

“Nak ke mana?” soal lelaki itu

“Tidur.”

“Ke nak lari?”

Tak ada balasan. Hanya pandangan bertaut gantikan jawapan. Lama kedua-duanya terdiam.

“Good night. Sleep tight,” ucap Tengku Harrys akhirnya. Kepala Irish dikucup lembut. Setelah itu dia kembali pada kerjanya.

“Awak belum nak tidur?”

“Saya nak habiskan ni dulu. Dah siap nanti saya masuk.”

Irish tak tanya lanjut. Langkah terus diatur tinggalkan ruang balkoni tersebut. Tengku Harrys sekadar mengekor melalui hujung matanya.

Pasti kelibat Irish dah hilang, baru lelaki itu angkat wajah. Satu keluhan dilepaskan. Tubuhnya disandar ke belakang. Sebelum dongak ke langit malam.

Dia juga nak ikut masuk. Lenakan diri yang sememangnya dah mengantuk. Tapi dia takut. Takut hatinya tak kuat untuk terus berada dekat dengan wanita itu.

‘Ya ALLAH....’

Perlahan matanya dipejam. Menahan gelora jiwa yang kian mencengkam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience