CHAPTER 06

Romance Series 9408

DIPANDANG satu-persatu kakinya yang terbenam dalam salji. Boleh tahan tebal. Separas buku lali. Selama ini dia hanya dapat tengok di kaca TV. Tapi hari ini, dia dapat alami sendiri. Rezekinya walaupun pertama kali datang ke sini.


Dalam guguran salji yang masih turun dari langit, Irish lihat bumi London yang dilitupi warna putih sebahagian besarnya. Bangunan, pokok, jalan, kenderaan. Semua dah tak nampak. Agaknya kalau dia berdiri seharian kat luar ini pun dah tentu-tentu dirinya tersembunyi. Jadi snow girl barangkali.


Spontan Irish gelak sendiri.


“Gelakkan apa?”


“Hmm? Gelak? Tak adalah.”


“Saya bukannya jauh sangat pun.”    


Irish toleh sekilas ke sisi. Kemudian, tergelak lagi.


“Apa yang kelakar sangat ni?” Tengku Harrys masih tak puas hati.


“Tak ada apa. Just wondering macam mana awak boleh tahan duduk kat sini dulu dalam sejuk-sejuk macam ni.”  


“Nak hairan apa. Orang putih ni semua lagi lama duduk sini.”


“Dia orang lain. Memang dah sejak azali.”


Tengku Harrys pula tergelak. Kedua-dua tangan diseluk ke dalam saku winter coatnya.


“Mula-mula dulu memang susah. Dari iklim khatulistiwa ke iklim empat musim. Lagi-lagi musim sejuk macam ni. Tapi lama-lama jadi biasa. Sampai kadang saya keluar rumah boleh pakai sehelai sweater aje dalam salji macam ni.”


“Sehelai sweater? Dalam salji macam ni?”


“Kenapa? Tak percaya?”


“Tak sejuk ke?”


“Dah lali.”


“So, sekarang dah tak lalilah?”


“Kenapa cakap macam tu?”


“Sebelum keluar tadi tengok awak pakai baju berlapis-lapis. Sejuk ke?”


“Tak adalah. Biasa aje.”


“Mulut cakap macam tu. Tapi yang saya nampak tak serupa tu. Sekarang pun tangan dah masuk dalam winter coat. Maksudnya?”


Tengku Harrys telan liur. Baru sedar perlakuannya. Irish di sebelah dah tersenyum-senyum.


“Perli saya ke?”


“Tak adalah. Cakap aje.”


Tengku Harrys ketap gigi.


Sudah agak lama bumi UK ditinggal pergi. Jadi tubuhnya mungkin dah hilang serasi. Kalau dulu suhu cecah paras negatif pun dia mampu bertahan tanpa kot tebal ini. Tapi sekarang nampaknya tak lagi.


“Senyumlah. Senyum. Sekejap lagi ada yang beku dalam salji ni.”


“Siapa?”


“Adalah.”


“Perli saya, ya?”


“Eh, tak adalah. Saya pun cakap aje.”


Dan-dan itu Irish pandang lelaki di sebelah.


“... but mark my word.”


Tengku Harrys terus berjalan. Tinggalkan Irish yang dah terkaku langkah di belakang.

“HARRYS.”


Jelas kedengaran suara halus itu panggilnya di belakang. Masuk ini dah berapa kali entah. Namun sengaja dibiarkan.

   Tengku Harrys terus melangkah. Sampai satu tempat agak lapang, dia berhenti sebelum melutut depan timbunan salji di kawasan itu.

        “Harrys.”

     Sekali lagi Irish panggil. Masih tak ada balasan. Lepas perbualan terakhir mereka tadi, lelaki itu lansung tak hiraukan. Panggilannya juga tak diendahkan. Merajukkah dia?

      Irish kerut dahi. Tak pernah-pernah Tengku Harrys macam ini. Selalunya dia yang merajuk, lelaki itu yang pujuk. Tapi sekarang, dah terbalik.

          Perlukah dia pujuk?

       Perlahan Irish dekati Tengku Harrys. Duduknya didarat sebelah lelaki itu.

          “Harrys.”

          “Hmm.”

      Irish tarik nafas lega. Akhirnya lelaki itu menyahut juga. Walau hanya sepatah dan dingin saja.

       “Marah ke?”

       “No.”

       “Senyap aje saya panggil.”

   Tengku Harrys melirik Irish. Hanya seketika sebelum kembali dengan ‘kerja’nya.

        “Maaf pasal tadi.”

        “Nothing to be forgiven.”

     Irish hilang kata. Jawapan pendek itu lenyapkan terus ayat-ayat pujuknya. “Awak nak buat apa?”

        “Snow girl.”

        “Untuk siapa?”

        “Someone.”
        “Nak saya tolong?”

        “Boleh ke pegang sajli ni?”

        “Tadi awak yang ajak saya keluar sebab ni, kan.”

        Lelaki itu terdiam.

        “Okey. Tapi kalau dah sejuk, berhenti.”

     Irish angguk. Tangannya mula sentuh timbunan salji di depan. Memang sejuk. Walau dah pakai gloves tebal, dinginnya masih dapat dirasakan.

     Wanita itu sekadar turut kelakukan Tengku Harrys. Mana bahagian patung salji yang dirasa kurang cantik, diperkemas. Kurang menarik, ditambahkan. Dari nak tolong, akhirnya dia bina sendiri sebuah patung salji miliknya.

    “Kata nak tolong tadi. Lari dah?” soal Tengku Harrys bila Irish dah beralih tempat di belakangnya.

         “Dah tolonglah tu. Dah siap pun snow girl tu.”

         “Then, awak buat apa pula tu?”

         “Snow man.”

         “Untuk siapa?”

         “Someone.”

       Spontan Tengku Harrys berdehem kecil. Niat nak sudahkan replika patung salji turut pergi. Pantas dia bangkit dari duduknya. “Tak tahu pula saya awak dah ada someone sekarang.”

      “Dan saya pun baru tahu awak dah ada someone juga.”

       “So, nak balaslah?”

         “Saya tak cakap macam tu pun.”

        Tengku Harrys terdiam lagi. Kali ini dadanya rasa sesak. Ditambah cuaca dingin kian menggigit sendi. Lantas nafas dihela semahunya. Biarkan diri tenang semula.

      “I only had someone in my life. And will only have her as my love one.”

    Pergerakan Irish terhenti serta-merta. Lontaran ayat Tengku Harrys buat jantungnya seakan terhenti berdegup tiba-tiba.

   “I do hope she only had me as her someone too. Walaupun harapan tu mungkin mustahil untuk berlaku.”

        Kali ini tubir Irish mula hangat. Mujur dia sedang membelakangi Tengku Harrys. Pantas air jernih itu diseka. Tangan kembali sambung kerjanya.

       “I used to have someone before. Tapi dia dah buang saya. Yang saya ada sekarang cuma someone yang sudi kutip saya semula jadi teman hidupnya. Tapi tak tahulah sampai bila,” balas Irish bersama getaran di hujung suara.

         “Irish...”

         “It’s for you. I built up this snow man just for you. No one else. ”

         “Irish Qiara...”

        “Tapi kalau tak cantik, maaflah. First trial. Tangan saya pun dah sejuk.”   

         “Stop it, Irish.”

         “Dah siap pun. My snow man. With your name.”

       Irish bingkas berdiri. Saat itu Tengku Harrys dapat lihat patung salji yang dibina wanita itu bersama ukiran namanya.

         “Boleh kita balik sekarang?”

   Irish bersuara lagi sambil kibas-kibas winter coatnya. Sikit pun dia tak berkalih hadap Tengku Harrys. Tak mahu lelaki itu perasan keadaannya.

         “Are you crying?”

         “Tak.”

         “Suara awak tak pandai menipu.”

         “Saya tak menangis. Salji ni yang masuk mata.”

     Tengku Harrys tergelak halus. “Ingat saya percaya?”

         “You have to.”

       “Tak pernah pula dengar salji masuk mata boleh menangis. Selalunya habuk.”

      Irish pejam rapat matanya. ‘Bolehlah tu, Harrys. Asalkan kau tak tahu!’ desisnya. Mata dicelik semula. Serentak dia mula atur langkah.

         “Nak ke mana?”

         Langkah Irish mati semula.

         “Balik. Dah siap, kan.”

       “Tak nak tahu saya buat snow girl ni untuk siapa?”

         “Awak dah cakap tadi. For someone.”

         “Siapa?”

         “Saya tak tahu.”

         “You guess?”

         ‘Nak fikir siapa pun aku tak tahu, inikan pula nak teka? Mustahil aku. Atau mungkin dia memang ada someone yang lain. Tanpa pengetahuan sesiapa,’ bisik hati wanita itu.

        “Irish.”

         Irish gosok-gosok dahi. Cari jawapan tepat untuk diberi. Satu saat... Lima saat.... Sepuluh saat... baru dia pusingkan tubuh hadap Tengku Harrys.

          “Err, saya…,”

          Bulk!

        Satu gumpalan salji lebih dulu singgah di wajah tanpa diduga.

    Irish terpempan. Cuak, terkesima, tergamam dengan reaksi yang tak terjangkau dek fikiran. Tengku Harrys di depan sudah melebar dengan senyuman. Cepat-cepat wanita itu kibas butiran putih yang melekat pada tudung dan baju sejuk yang dipakai.

           “Harrys!” 

           “Mengelamun lagi. Kan dah kena.”

           “Sejuk, tahu?”

           “Tahu. Tapi tu sikit aje.”

      Irish ketap rahang. Terbang sudah segala rasa sedih yang bertandang. Dan sekarang rasa geram pula yang bertebaran. Tambah geram bila lihat Tengku Harrys terus ketawa suka.

           ‘Astaghfirullahalazim! Irish, sabar.’

           “Marah? Ke nak baling balik salji tu?”

         Mata Irish dan-dan itu melirik timbunan salji di bawah. Tadi dia rasa boleh bersabar. Tapi tengok saja salji itu, sabarnya tiba-tiba terbakar. Lagi-lagi dengar tawa Tengku Harrys yang tak sudah-sudah.

       Apalagi… terus tangannya capai segumpal salji lalu dibaling pada Tengku Harrys. Tapi... sempat dielak. Makin galak tawa lelaki itu berderai.

     “Boleh tahan jugak awak bila marah.”

           “Dengan awak, ya. Suka menyakat, kan?”

           “Sukalah. Lagi-lagi dapat tengok muka kalut tu.”

           “Harrys!”

        “Saya! Tapi kalau marah pun cantik macam ni, hari-hari marah pun tak apa. Saya sanggup.”

         Sekali lagi Irish capai segumpal salji lalu dibaling ke arah Tengku Harrys. Masih tak kena. Diambil lagi gumpalan salji ketiga. Kali ini Tengku Harrys larikan diri.

         Irish terus mengejar. Biarpun dalam kepayahan langkah yang terbenam di balik salji, dirinya tekad meredah. Selagi tak dapat, selagi itu rasa geramnya tak terlunas.

           “Harrys, jangan lari.”

           “Saya tak lari pun. Awak yang tak dapat kejar.”

           “Jadi, berhentilah.”

         “Selagi awak tak bagitahu someone saya, I won’t stop.”

           “Siapa someone awak tu?”

           “Gadis misteri.”

          “Hah?” Irish tercengang. Salji dalam genggaman jatuh berteraburan. Langkah kakinya turut tertahan. “Orang ke bukan?”

    “Orang boleh, bukan pun boleh. Yang pasti bayangannya selalu bergurau dengan hidup saya.”

           “Bukan saya, kan?”

           “I don’t know. Carilah kalau nak tahu.”

           Bulk!

          Sekali lagi Tengku Harrys lempar gumpalan salji. Tepat kena ke wajah Irish.

           “Harrys! Sejuklah!”

          “Baguslah. Biar jadi air batu terus. Perli saya tadi, kan.”

        Irish makin geram. Pantas dicapai segumpal lagi salji di tangan. Langkah dihayun semula kejar Tengku Harrys di depan. Sedaya-upaya dia lari dapatkan lelaki itu. Dingin yang menyalut tubuh dah tak dihiraukan. Salji yang terus-terusan turun juga tak lagi diendahkan.


Sudahnya, berkejaran mereka berdua sambil berbalas lemparan salji di tanah British itu kala penghuni lain masih diulit mimpi beradu.       

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience