CHAPTER 01

Romance Series 9408

MATANYA leka nikmati keindahan bumi London. Begitu mempesonakan. Meskipun cuaca dingin membalut tubuh, hingga darah seakan beku tak berjalan, namun dirinya masih tak nak berganjak dari bangku yang diduduki sejak tadi. Hati ingin terus diulit panorama mengasyikkan. Biarpun hanya dari atas cruise ini.

Big Ben, London Eye, House of Parliament, Tower Bridge, Tower of London. Serta banyak lagi ikon-ikon megah di sini. Tak ada satu pun yang terlepas dari perhatian sepanjang menyusuri Sungai Thames, sungai terpanjang di England dan kedua terpanjang di United Kingdom ini. Sebolehnya dia mahu abdikan momen-momen termanis begini sepuas mungkin. Entah bila dapat rasa lagi.

“Mengelamun apa?”

Begitu dekat bisikan itu di telinga. Lamunannya terhenti serta-merta. Perlahan dia toleh ke sisi.

“Hmm?”

“Mengelamun apa?”

“Mana ada mengelamun.”

“Ya ke?”

“Ya.”

“Then, senyap aje dari tadi.”

“Senyap sebab menghayati pemandangan kat sini. Cantik.”

“Do you enjoy it?”

“Hmm.”

Tengku Harrys senyum nipis. Snow cap yang dah beranjak ditarik semula menutup kedua telinganya dari cuaca yang semakin dingin.

“Awak mesti dah biasa tengok semua ni,” ucap Irish perlahan.

“Kalau ada waktu terluang dulu, this is my activity. Ambil angin. Tengok pemandangan. Release stress.”

“Sendiri?”

Tengku Harrys cerunkan matanya pandang Irish. “Awak rasa?”

“Mesti ada teman.”

“Ada ke orang nak teman ?”

“Mungkin.”

“Siapa?”

“Siapa-siapa. Ramai aje minah salleh yang boleh temankan kat sini.”

Spontan Tengku Harrys ketawa.

“Kenapa ketawa. Salah ke?”

“Tak berminat.”

“Jual mahal kut.”

Tengku Harrys angkat kening. “Maybe. But... kalau tak jual mahal, tak adalah saya jumpa awak. Dan kita pun takkan ada kat sini sekarang ni. Am I right, dear?”

Seraya wajah Tengku Harrys berkalih ke sisi. Merenung tepat anak mata Irish di balik kacamata hitamnya.

“Setiap perancangan ALLAH, punya alasan tersendiri. Ada sebab kenapa saya tak pilih minah-minah salleh tu temankan saya kat sini. Sebab Dia dah aturkan secantiknya siapa peneman saya sejak azali. Jadi, buat apa saya nak mencari?”

Irish terkedu. Pipinya mula membahang. Bukan setakat renungan, malah bicara Tengku Harrys buat tembok hatinya terasa bergegar. Pantas dia larikan wajah. View di kiri kanan sungai yang mengalir sepanjang selatan Inggeris dan membelah kota London menuju ke laut itu kembali dijamah.

Suhu semakin rendah. Kabus juga kian tebal. Hingga menutup sebahagian pemandangan Sungai Thames.

Irish turut kaku. Winter coat tersarung di badan dikatup serapatnya. Melawan dingin yang mencengkam sampai ke tulang.

“Sejuk?” Tengku Harrys kembali bersuara.

“Sikit.”

“Kalau sejuk, kita turun tingkat bawah.”

“Tak apa. Boleh tahan lagi.”

“Muka awak dah pucat, Irish. Takut demam nanti.”

“Belum snowy. So, no worries.”

“Habis nak tunggu snowy baru turun?”

“Harap-harap tak adalah.”

Kali ini Tengku Harrys tergelak. “Kat Jeju hari tu bolehlah elak. Kat sini, belum tentu lagi. London memang jarang turun salji. Tapi kalau sekali dah turun…,”

“Janganlah cakap. Jadi betul nanti.”

“Kalau dah jadi, saya terus peluk aje nanti. Let me warm you in my arms.”

Kali ini tembok jantung Irish rasa nak runtuh. Makin hari Tengku Harrys makin berani sakatnya. Itu belum terkeluar sikap romantik dia. Lagi parah!

“Lama lagi nak sampai Greenwhich?” soal Irish, tukar topik. Lebih tepat, nak sembunyi getar dada yang dah hilang arah.

“About half an hour. Why?”

“Tak ada apa.”

“Kalau ngantuk, tidurlah dulu.”

“Tak adalah.”

“Mulut kata macam tu. Tapi muka awak tak pandai menipu.”

Giliran Irish tergelak. Kata-kata ‘keramat’ itu macam dah sebati dengan bibir lelaki di sebelah nampaknya.

“Come. Sleep here. Saya tahu awak penat.”

Tengku Harrys tepuk-tepuk lembut bahu kirinya. Gelak Irish mati serta-merta.

‘Takkan kat sini? Depan pengunjung-pengunjung lain? Jangan nak buat hal, Harrys.’

“Irish.”

“Tak apa. Saya tak ngantuk.”

“Kalau tak nak tidur, just lay down your head on my shoulder. Lama-lama nanti tidurlah.”

“Err, tak...,”

“Come.” Terus Tengku Harrys paut bahu Irish. Kepala wanita itu dilandai ke bahunya. “Just close your eyes. Dah sampai nanti saya kejutkan.”

Irish sudah hilang kata. Tak tahu nak sorok mana wajahnya. Mesti merah padam. Mata-mata lain pula dah tersenyum memandang-mandang. Serentak dibenam mukanya ke dada Tengku Harrys yang semakin membahang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience