CHAPTER 08

Romance Series 9408

DINGIN angin menelusuri malam kian membeku. Bersama butiran halus salji yang masih berguguran jatuh. Dengan keadaan sejuk begini, dah tentu paras suhu berada di takuk negatif.


Irish peluk tubuh. Sesekali tapak tangannya gosok kedua lengan. Singkir rasa sejuk yang makin menggigit kulit.


Mujur ada fire pit di depan. Yang dibina khas di tengah-tengah ruang balkoni. Ditambah deretan sofa di keliling. Dapatlah hangatkan sikit badannya.


Dah satu jam dia duduk di sini. Nikmati panorama indah kediaman Tengku Yasmin. Yang terletak di Winnington Road, London N2.


Siapa sangka. Dalam kelompok rumah elit di kawasan ini, terselit juga sebuah milik warga Malaysia. Dan dia bertuah dapat jejak kaki ke mahligai Tengku Yasmin. Penuh ciri-ciri Inggeris klasik dari segi reka bentuknya.


“Menung apa?”


Tegur satu suara tiba-tiba. Betul-betul di belakang. Spontan Irish pegang dada.

“Harrys.”

“Ya.”

“Suka terkejutkan macam ni.”

“Dah awak pun suka duduk bergelap macam ni. Dari kat Jeju hari tu sampailah ke sini.”
Irish pandang Tengku Harrys. Dan dia tak mampu sangkal kebenaran kata-kata lelaki yang sedang menongkat lengan pada sofa di belakangnya.

“Fikir apa?”

“Tak ada apa.”

“Dah tu, suka termenung sorang-sorang macam ni. Lupa awak tengah selsema? Then, duduk kat luar sejuk-sejuk ni. Jatuh sakit nanti macam mana?”

Irish senyum. “Saja duduk sini. Ambil angin. Lagipun ada unggun api ni. Taklah sejuk sangat.

Semua dah masuk tidur?”

“Belum. Ada kat bawah tengok TV.”

“Kenapa tak join?”

“Sebab separuh hati saya ada kat sini.”

Penuh selamba Tengku Harrys jawab. Duduknya dilabuh ke sofa depan Irish. Bersama sebuah gitar akustik di tangan.

“Mana dapat gitar?” tanya Irish.

“Syaffi.”

“Syaffi pun pandai main?”

“Tengok dengan siapa dia belajar.”

Sekali lagi lelaki itu jawab selamba. Gitar di ribaan mula dipetik. Alunan melodi perlahan-lahan berkumandang di ruang balkoni.

“Tak tahu pula selama ni awak minat main gitar.”

“Mula-mula saja cuba. Lama-lama terus suka.”

“Belajar dari siapa?”

“Fezrul.”

“Sejak bila?”

“Sejak kenal dia kat international school dulu. Dari situ dia ajar sikit-sikit.”

Irish terdiam.

“Kenapa? Tak percaya?” soal Tengku Harrys balik.

“Bukan tak percaya. Tak sangka. Orang high standard macam awak boleh minat dengan benda-benda macam ni.”

“Why not?”

“Biasa golongan kerabat ni lebih suka aktiviti yang up to their standard.”

“Tak semestinya. Ikut passion masing-masing. Ramai aje orang macam saya kat dunia ni suka main alat muzik. Cuma dia orang tak tunjuk. Dan kita pun tak tahu.”

Irish kembali membisu. Pandangan terus terpaku pada jari-jari Tengku Harrys yang licah petik tali gitar mainkan lagu.

“Pernah dengar saya main?”

“Hmm.”

“Bila?”

“Kat vila. Lepas majlis kita.”

“So, I guess... you still remember this song.”

Kening Irish berkerut. Cuba tangkap alunan lagu sedang dimainkan. Tapi dia tak begitu pasti. Hinggalah bibir Tengku Harrys mula ungkapkan bait-bait liriknya.


Tak pernah ku alami tak mungkin ku hindari
Di himpit perasaan bayangan gurauan

Di dalam jaga ku tercari-cari di dalam tidur termimpi-mimpi
Siapakah gadis misteri melambai dan terus menyepi
Jangan biarkan ku ternanti-nanti usah benarkan masa berlalu pergi
Cintamu oh gadis misteri adakah kekal dan abadi

Andai diberikan emas permata ku pilih senyumanmu
Andai ku punyai mahligai indah ku hadiahkan untukmu
Dalam berjuta bintang berkerlipan kau bagaikan kejora
Antara ribuan mata menikam takkan ku biarkan kau tenggelam
Di dalam jaga ku tercari-cari di dalam tidur termimpi-mimpi
Siapakah gadis misteri adakah dapat ku kenali...


“I dedicated this song for my someone,” bicara Tengku Harrys perlahan. Sambil terus mainkan gitar.


“Gadis misteri tu?”


Tengku Harrys angguk. Sejenak, dia tenung Irish. Seakan ingin sampaikan sesuatu. Malah sepanjang bibirnya alunkan lagu tadi, matanya acapkali tatap wajah mulus itu. Menghantar isi hati tersirat yang dipendam sejak dulu.


“Saya tak pernah jatuh cinta. Apalagi tertarik dengan perempuan. Tapi kehadiran dia merubah segalanya. Wajah dia menganggu tidur dan jaga saya. Bayangan dia selalu bergurau dengan hidup saya.”


Irish tunduk. Entah kenapa debaran itu kembali hadir menyapa ruang hatinya.


“Saya nak kenal dia. Tapi tak tahu nak cari kat mana. Lantaran saya masih tinggal kat sini waktu tu. Siang malam saya berdoa. Moga ALLAH temukan saya dengan gadis tu. Gadis misteri yang dah berjaya buat hidup saya berubah laku.”


Irish kian tak menentu. Dentak jantungnya dah berubah semakin laju.


“Setiap kali saya rindu gadis misteri tu, saya mainkan lagu ni. Dengan harapan dia akan menjelma dalam hidup saya suatu saat nanti. Jadi milik saya. Cinta sejati saya. Teman sejiwa saya. Tanpa ada bayangan lagi.”


Irish tarik nafas dalam-dalam. Dadanya kian sesak. Matanya mula ditakungi air hangat.


“Jadi sekarang, dapat teka siapa someone saya tu?”


“Siapa?”


Lambat-lambat Tengku Harrys balas. “It’s you.”


Serentak petikan gitar terhenti. Lelaki itu bingkas bangun. Kaki segera diatur beredar dari balkoni.


Tinggal Irish terduduk kaku. Melepas ketenangan yang baru diragut. Sebak, sayu, terkejut, takut. Pengakuan yang dizahirkan Tengku Harrys sebentar tadi benar-benar buat seluruh perasaannya berkecamuk.


Dalam tubuh separuh menggigil, Irish berpaling ke belakang. Mencari Tengku Harrys. Ingin saja dia jerit panggil lelaki itu. Namun kelibatnya dah menghilang di balik pintu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience