BAB 1

Romance Completed 4756

Dari tadi dia membelek-belek setiap keychain dan jam tangan yang tersusun kemas di kiosk depan farmasi Guardian itu. Bulan ini dia bercadang untuk mencari seutas jam tangan baru kerana jam tangan yang sering dipakainya agak mahal dan dia kurang selesa untuk memakai jam mewah. Biarlah dia memakan jam tangan yang murah dan sederhana, lasak dipakai dan paling penting selesa.

Tapi tadi Kak Ngah dah bagi amaran awal-awal :

“Dah kenapa nak beli, kan yang lama tu masih elok dan cantik lagi.’’

“Tapi kan Kak Ngah murah je. Dua puluh ringgit je.”

“Tak payah. Kan itu jam yang kau dapat masa bertunang dulu? Appreciate la sikit.”

Sudahnya, tak tersampai la hajat dia nak beli jam tangan baru. Tak apa. Tak apa. Nanti lain kali, pandai-pandai la dia cari peluang nak beli jam baru. Dengan syarat : Jangan bawa Kak Ngah sekali. Biar dia seorang saja yang window shopping dan cari jam baru. Kan?

Ini pun dia keluar sekali dengan Kak Ngah sebab Kak Ngah minta dia temankan beli barang-barang bayi. Tak lama lagi dia akan dapat anak buah baru! Seronoknya jangan cakap la! Kak Ngah dengan Abang Johar lagi la seronok sebab ini la pengalaman pertama suami isteri itu untuk menimang cahaya mata. Berseri-seri muka Kak Ngah sejak berbadan dua ini. Aura ibu mengandung, mungkin.

Kebetulan pula Abang Johar outstation minggu ini, jadi dia menumpang tidur di rumah Kak Ngah sebab nak temankan kakaknya itu. Lepas itu, pandai-pandai saja Kak Ngah buat rancangan untuk shopping hari ini. Bukannya Kak Ngah tak tahu yang dia ini sangat anti-shopping! Nasib baik Kak Ngah cuma nak beli barang-barang bayi saja. Kalau tak, jangan harap dia nak ikut!

Dia mengangkat tangan dan melihat jam tangan Polo yang tersarung di pergelangan tangannya. Dah lebih lima minit Kak Ngah pergi tandas. Kenapa lama sangat ni? Tadi Kak Ngah kata selepas ini dia nak pergi survey katil bayi pula. Mana Kak Ngah ni?

Dia akhirnya ambil keputusan untuk tunggu Kak Ngah di kerusi berdekatan dengan kedai buku Popular. Kalau duduk kat situ, senang la Kak Ngah nak nampak dia bila Kak Ngah keluar dari tandas nanti. Dia berjalan melepasi deretan butik T-Zed, kedai peralatan muzik, kedai Memory Lane, dan butik Giordano. Bila dia berjalan di luar butik Giordano itu, automatik matanya akan meninjau-ninjau isi butik itu. Tengok dari luar saja la. Giordano bukan ‘tempat’ dia.

Dan masa itu la matanya menangkap kelibat seseorang. Seseorang itu sedang membelek-belek sehelai t-shirt sambil berbual di telefon.

Affiz?

Cis. Kata nak kena paksa pergi Kedah. Ni apahal tiba-tiba selamat saja ada kat KL ni?

Spontan kakinya bertukar arah, dan melangkah mendekati Affiz. Affiz yang masih sibuk berborak di telefon itu langsung tak perasan akan kehadirannya.

“Oit.” Dia mengetuk bahu Affiz dari belakang dengan majalah Pa&Ma yang Kak Ngah beli tadi.

Affiz ternyata tersentak, dan menoleh ke arah dia. Berkerut dahi Affiz memandang dia di situ.

“Buat apa kat sini? Kau mengelat eh?” Dia menuding gulungan majalah Pa&Ma itu ke depan muka Affiz. Affiz buat muka blur, mungkin terkejut sebab mereka boleh jumpa di sini.

Semalam bukan main beria-ia Affiz ‘mengadu’ pada dia sebab kena hantar adik bongsunya ke Kedah. Najmi, adik bongsu Affiz, baru habis cuti semester dan akan memulakan semester baru minggu depan. Najmi belajar di UUM dan mengambil jurusan Sains Sosial. Dan sebagai abang yang bertanggungjawab la kononnya, Affiz yang akan hantar Najmi ke sana.

Itu yang Affiz ceritakan pada dia semalam. Jadi, apa kes pula hari ini si Affiz ni masih berdiri di tanah KL ini?

“Hah? Err…”

“Oh… kau tipu aku, eh? Konon nak hantar Najmi la, itu la, ini la. Rupanya kat sini kau. Sanggup eh kau tipu aku. Ni la kawan kan?” Berdas-das dia ‘tembak’ Affiz. Heh. Padahal dia bukannya marah betul pun. Sengaja dia nak kenakan Affiz. Sengaja dia bercakap dengan nada merajuk. Biar Affiz rasa bersalah.

“Eh. Bukan. Err…”

Handphone dari dalam sling bag tiba-tiba berbunyi. Dia menarik handphone berwarna merah itu dan membuka flip handphone itu. Gambar Kak Ngah terpapar di skrin.

“Hello? Kak Ngah?” Tanpa sedar, sambil menjawab panggilan Kak Ngah , dia melangkah keluar dari butik Giordano itu.

“Ha. Kau kat mana?”

“Kejap. Kejap. Aku baru nak keluar ni. Kau kat mana tu?”

“Depan kiosk jam tadi tu la.”

“Okey. Okey. Aku datang.”

Flip handphone Sony Ericsson itu ditutup. Terus dia berpatah balik ke kiosk jam tangan tadi. Langsung dia terlupa tentang hal Affiz tadi.

Sewaktu dia dah sampai rumah Kak Ngah, dia dah siap mandi, dan dah siap nak masuk tidur dah, baru dia teringat balik pertemuan antara dia dengan ‘jiran sebelah workstation’ dia di office itu. Terus dia mencapai handphone di atas meja di tepi katil, dan menaip ‘mesej ugutan’ untuk Affiz.

Isnin nanti aku tuntut lunch McD dari kau.

Hahah. Ugutan sangat la kan?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience