BAB 12

Romance Completed 4756

Zaim memandang Sufi yang sudah mengukir senyuman manis itu. Tersentuh hati dia melihat keikhlasan Sufi itu. Alhamdulillah dia tak jatuh hati pada orang yang salah. Dia sangat bersyukur dapat bertemu dan bertunang dengan Sufi walaupun hakikatnya tempoh pertunangan mereka banyak dilanda masalah.

Bak kata orang, setiap yang pahit itu pasti akan berbalas dengan yang manis. Tapi bagi Zaim, tiada langsung kenangan pahit sepanjang dia bertunang denganSufi ini. Dia lebih senang mengklasifikasikan ianya sebagai pengalaman. Pengalaman yang membuatkan dirinya menjadi matang.

“Sufi…”

“Hmm?”

“Awak nak kahwin dengan saya?” Zaim cuba bersuara tenang. Nak ajak kahwin pun, rasa cuaknya lain macam. Rasa kering tekak dia asyik menelan air liur saja dari tadi. Cuak punya pasal!

Sufi melempar pandang ke tengah tasik. Rasa berderau darahnya. Zaim… melamar dia? Tak berani rasanya nak pandang Zaim di sebelah. Rasa macam lelaki itu tengah pandang tajam pada dia. Sufi tahu muka dia dah merah dah sekarang ni. Dia tak tahu macam mana nak sorokkan mukanya dari Zaim. Segannya!

“Kenapa tanya soalan tu?”

Zaim dah betul-betul cuak. “Err… awak… tak nak?”

Spontan Sufi menoleh pada Zaim. Kenapa tunang dia ni blur sangat ni? Sufi terus menghempuk lengan Zaim dengan sling bag di ribanya. Hempuk main-main saja la. Nak hempuk betul-betul nanti, takut lebam pula lengan anak teruna orang ni!

“Bila masa saya cakap tak nak? Kan saya dah janji nak buat kek untuk a…” Sufi rasa darahnya terus terserbu ke muka. Rasa panas kulit wajahnya sekarang ni. “… untuk anak-anak kita?” Perlahan saja ayat terakhir itu keluar dari mulutnya. Dia sempat melihat senyuman Zaim semasa dia tuturkan kata-kata itu.

“Thanks…” Zaim senyum lagi. “You know what?”

“Hmm?”

“Saya dah ada nama untuk anak-anak kita.”

Sufi ternganga. “What???”

“Yup, saya dah ada nama untuk anak-anak kita. Kalau anak kita lelaki, saya cadang nak letak nama Zaim Iskandar ke, Zaim Imran ke, Zaim Suffian ke. Kalau anak kita perempuan pulak, kita letak la nama Sufi Liyana ke, Sufi Zahirah ke, Sufi Syuhada ke…”

Zaim berhenti bercakap bila Sufi tiba-tiba ketawa.

“Kenapa nama diorang ada nama kita sekali?”

“Sebab kita kan parents diorang?”

“Oooookaaayyy.” Meleret-leret Sufi menjawab.

“Okey kan nama tu?”

“Hmm. Sounds nice.”

“Thanks… sayang.” Zaim bersuara romantik.

Sufi ketap bibirnya. “No. Jangan panggil saya sayang. Awak jangan nak romantik lebih-lebih dengan saya.”

Zaim ketawa. Dia tahu benar dengan sikap Sufi yang satu itu. Sufi tak suka situasi yang terlalu romantik sangat. Tengok saja la keadaan dia dengan Sufi ini. Kalau orang lain, mesti dah guna ‘sayang-abang’ sebagai kata ganti nama. Tapi dia dengan Sufi pula, selamba saja guna ‘saya-awak’. Simple kan? Tapi Zaim tetap rasa yang ianya sangat manis walaupun masih ber‘saya-awak’ dengan Sufi.

“Okey, sayang.”

“Zaim!”

“Apa, sayang?”

“Hei Zaim. Lagi sekali awak cakap macam tu siaplah awak…” Sufi tuding jeri telunjuknya di depan muka Zaim. Konon nak mengugut Zaim la. Tapi dia tahu Zaim takkan peduli pun dengan ugutannya itu.

Zaim siap angkat kening lagi, tanda dia langsung tak takut dengan ugutan Sufi itu.

“…arghh stress betul, memang susah nak ugut dia ni,’’ protes Sufi sambil menatap wajah Zaim hanya tersengih-sengih tanpa rasa bersalah.

Zaim mengusap-usap lembut rambut Sufi, hatinya gembira melihat sang kekasih di hadapan matanya, entah mengapa saat dan ketika ini bagai ada rama-rama bahagia beterbangan di sekeliling mereka, dan bunga-bunga mekar menghiasa Sufi. Ohh mungkin inilah namanya keindahan cinta. Meskipun Sufi di depannya menepis manja belaian tangan yang mengusap rambutnya, Zaim terus membelai dan memandang Sufi yang sedang dalam keadaan tersipu-sipu malu.

Dia tidak pasti bagaimana masa hadapan yang akan terlakar di antara mereka berdua, dia punya masa untuk memikirkannya. Apa yang penting saat ini hubungan dia dengan Sufi kembali pulih seperti sediakala. Tiada lagi kegelapan, yang dilihat hanyalah cahaya. Semoga cahaya ini terus menyuluh dan membawa mereka ke destinasi seterusnya, di mana dia dan Sufi bermesra dan berdansa sebagai kekasih halal.

Dan dia berharap hubungan ini akan melangkah ke fasa seterusnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience