BAB 2-CEMBURU.

Romance Completed 51772

3 TAHUN KEMUDIAN..,

SETELAH kejadian itu, tiada apa yang berubah. Aku tetap berhubung dengannya. Makan dan pergi jalan-jalan bersama tanpa pengetahuan isterinya. Itu sangat menyebalkan.

Sekarang aku berada di sebuah rumah mewah, besar dan luas. Permandangan yang indah, dan suasana yang nyaman. Entah kenapa pakcik kaya ni membawa aku ke sini?.

"Abang!. Kita buat dekat sini?." Soal Nana ingin tahu.

"Nana!, rumah ni adalah hadiah semperna hari jadi Nana yang ke-21 tahun. Happy birthday. Jadi rumah ni milik Nana."

"Apa?. Rumah ni milik Nana!."

"Yup, abang tak tahu apa yang Nana suka. Tapi secara logiknya semua perempuan suka hadiah nikan." Ujar Hafeez dengan senyuman indah terukir di bibirnya.

"Tapi, rumah ni mahallah bang tak mungkin Nana terima. Rumah ni sesuai untuk isteri abang. Mesti dia suka. Lagipun rumah sebelum ni yang abang beli tu pun masih cantik dan selesa." Tolak Nana.

Hafeez mengenggam tangan Nana, lalu menatapnya dengan penuh kasih sayang.

'Ish, mulalah drama tv3 dia ni."

"Nana!. Abang beli rumah ni untuk Nana bukan untuk isteri abang. Nana kena terima semua pemberian abang, kerana abang ikhlas. Nana tak pernah minta apa-apa dekat abang, jadi kalini terimalah hadiah abang ni ye." Mengusap lembut rambut Nana, lalu di ciumnya kening remaja itu.

'Aduh, main cium-cium pulak dia ni. Eiw.'

Nana mengukirkan senyuman paksaannya,

"Terima kasih atas hadiah yang istimewa ni abang. Nana akan terima rumah ni dengan senang hati. Tapi Nana tak selalu datang sini tau, sebab tempat kerja Nana jauh dari sini. Namun jika Nana ada cuti nanti, Nana akan datang sini."

Nana berkata bergitu membuatkan Hafeez tersenyum bahagia. "Nana dah terima rumah ni, abang dah senang hati." Lalu di peluknya gadis itu dengan erat. "I really love so much, jangan tinggalkan abang ye. Abang akan jaga Nana, sehingga nafas terakhir abang. Kerana Nana milik abang."

"Tapi, kalau Nana jatuh cinta dengan orang lain macam mana?." Soal Nana bersahaja.

Hafeez mendengar itu, terus menatap Nana,

"No, Nana tidak di benarkan jatuh cinta dengan orang lain. Abang tak akan terima, Nana dengan siapa-siapa kecuali abang. Jika Nana jatuh cinta dengan mana-mana lelaki lain selain abang, abang adalah orang pertama yang matian-matian halang dan hancurkan hubungan Nana dengan lelaki tu." Ujar Hafeez sambil mengusap lembut rambut Nana. "Dah, jom kita pergi tengok sekeliling rumah ni. Abistu abang hantar Nana balik."

"Baiklah."

Mereka pun berlalu pergi...

**********

DI RUANGAN RAHASIA, terlihat Nazhan sibuk mengambari seorang gadis yang sentiasa bermain di fikirannya. Bermain di fikiranya, sehingga terpaksa mencurahkan imaginasinya melalui lukisan. Lukisan sahaja yang membuatnya seakan-akan gadis misteri itu ada di dalam hidupnya. Menemaninya dikala hati sedang kesepian. Membuatnya obses akan gadis misteri itu, sehingga di seluruh ruangan penuh dengan gambar gadis misteri yang dia lukis mengunakan hatinya. Bunga pemberian gadis itu, masih dia simpan cantik di kotak kaca berkata laluan itu. Dia tidak mahu orang lain menyentuhnya. Walaupun itu sekadar bunga biasa, tapi berharga buat Nazhan.

Sudah 3 tahun lamanya, dia mencari-cari keberadaan gadis itu namun usahanya hanyalah sia-sia. Nazhan berharap bahawa dia dapat bertemu lagi dengan gadis misteri itu,walaupun hanya sekali. Itu cukup buat hatinya tenang.

"Tuan!" Sapa Asisstantnya, dengan tunduk hormat kepadanya.

"Ya, ada berita ke tentang gadis yang saya suruh cari tu." Ujar Nazhan, yang tetap fokus pada lukisan di depannya.

"Pasal gadis tu, kami telah mencari di merata tempat. Setiap kedai bunga kami cari tapi langsung tak jumpa. Patut ke kita guna kaedah sosial media. Saya rasa kalau kita guna kaedah itu mesti gadis yang tuan cari segera di temukan." Cadang asisstantnya.

"No. Saya tidak suka kaedah tu. Jadi teruskan mencari sampai dapat. Saya tak kira korang kena cari gadis itu sampai jumpa. Pergi!." Tegasnya.

"Baiklah, tuan." Lalu melangkah pergi.

**********

SELEPAS menemani Hafeez, Nana terus pulang ke rumah. Seharian berjalan dengan pakcik kaya membuat kakinya patah. Jika perempuan lain memang sukalah pergi shopping membeli apa sahaja yang mereka suka tanpa melihat harga, itu semestinya impian semua gadis tapi tidak untuk Nana. Dalam fikirannya hanya menginginkan kebebasan. Jika isterinya, tahu bahawa kami masih berhubung seperti ini tak tahulah nasibnya nanti.

Masuk sahaja di dalam rumah, di letaknya semua barang pemberian Hafeez di atas meja lalu Nana terus merebahkan tubuhnya keatas sofa panjang yang berada di ruang tamu. Betapa penatnya harini. Hanya Allah yang tahu.

"Ai Nana, dah balik?. Kenapa nampak penat je ni?." Soal seorang wanita, lalu duduk di sofa berhadapan dengan anaknya.

"Mak!. Penatlah mak, dari tadi dia ajak Nana jalan-jalan. Patah tau kaki ni."

Ya dia adalah Melur, mak kepada Nana. Setelah kematian suaminya Melurlah yang menjaga Nana.

Nana pun bangun, mengeluarkan sesuatu di dalam begnya.

"Nah." Menyerahkan kunci ke tapak tangan Melur.

"Kunci apa ni?." Soal Melur kehairanan.

"Tu kunci rumah. Hadiah semperna hari jadi Nana."

"Rumah!. Wau, untungnya kamu Nana." Ujar Melur dengan senyuman bahagianya.

"Mak sampai bila Nana terus jadi macam ni. Mak tahu sendiri yang dia dah ada isteri. Mak pun tahukan perasaan seorang isteri kalau di duakan. Nana tak nak rumah tangga mereka retak di sebabkan Nana."

"Kamu tahu yang Hafeez banyak tolong kita, takkan kita nak tolak permintaan dia. Kamu bersabarlah. Kan dia dah janji yang dia akan jaga kamu dari isteri pertama dia. Kamu jangan risaulah. Ikut je cakap dia, masa depan kamu akan terjamin."

"Mak, Nana nak bebas. Nana tak nak terikat lagi dengan dia. Nana masih muda, Nana nak jugak  mencintai lelaki lain. Nana tak mungkin jadi isteri kedua dia."

"Kamu ni, orang beratur nak seperti kamu. Kamu tolak pulak. Hafeez dah cukup baik nak jaga keluarga kita, bagi semua kebutuhan kita. Tengok hidup kita sekarang senang di sebabkan dia. Kamu nak apa lagi. Belum tentu lelaki di luar sana seperti Hafeez ni. Kamu kena bersyukur."

"Ya, Nana bersyukur sangat tapi mak tahu apa tentang dia. Mak takkan pernah tahu apa yang Nana lalui selama bersama dia. Semua kehendak dia Nana turuti, takkan kalau dia mintak keperawanan Nana. Nana turuti jugak."

Melur hanya mendiamkan diri,

"Dahlah Nana nak rehat dulu. Cerita dekat mak pun bukan nak sokong kita malah sokong si pakcik kaya tu." Lalu naik ke atas menuju biliknya.

Melur hanya mengelengkan kepalanya,

Ya, mak aku memang suka sangat dekat Hafeez kerana baginya Hafeez adalah lelaki tepat yang dapat menjagaku. Aku tahu bahawa mak suka Hafeez di sebabkan Hafeez memberikan kemewahan dalam keluarga kami. Hafeez menyediakan rumah banglo siap dengan pembantu rumah, kereta, wang semua Hafeez sediakan. Semasa ayahnya sakit dulu, Hafeezlah yang membayar kos perawatan.
Sehingga Mak aku menyuruh aku agar menjadi isteri kedua Hafeez. Gila ke apa?.

**********

SAMPAI sahaja di dalam bilik, Nana terus merebahkan badannya di tilam empuknya.

"Aaaaaa." Teriak Nana. Betapa kesal dia saat ini.

Tiba-tiba telefonnya mendering, lalu mencapai telefon bimbitnya. Melihat nama siapa yang menghubunginya. Membuatnya tiada mood.

"Hello abang!. Abang nak apa ni call Nana?." Soalnya.

"Nana buat apa tu?."

"Oh, Nana ni huh tengah baring. Main phone."

"Kan abang dah cakap. Sampai je rumah mandi abistu tidur. Buat apa main phone tu?. Nana chat siapa?. Jantan mana?. Jangan sampai abang rampas phone tu, baru Nana tahu." Ujar Hafeez, dengan nada yang marah.

'Ish, belum ada hubungan pape dah posesif. Eiw." Guman Nana dalam hati.

"Abang!. Nana belum gantuk lagi. Tu sebab Nana main phone tengok movie. Takda masa lah nak chat orang. Percayalah."

"Good. Tapi esok abang tetap akan check phone Nana. Sebab abang tak nak ada jantan lain yang chat or call Nana."

"Esok?."

"Ya, esok abang akan ambil Nana. Kita pergi makan-makan."

"Maaflah abang, esok Nana busy. Jadi Nana tak dapat jalan-jalan dengan abang. Lagipun esok abang kerjakan, jadi kalau Nana cuti nanti. Nana akan bagitahu abang ye."

"Nana lupa yang abang ni boss, suka hati abanglah nak kerja ke tak. Duit tetap jalan, yang Nana ni. Buat apa kerja, duk rumah sudahlah. Pasal pakaian, makan, apa yang Nana minta abang akan penuhi."

"Nana nak berdikarilah abang. Lagipun, abang dah banyak bantu Nana. Jadi Nana nak cari duit sendiri."

"Cari duit sendiri?. Kan abang dah cakap, yang Nana kerja je dekat syarikat abang tu, senang sikit abang nak pantau Nana. Gaji pun besar, khas untuk Nana. Tapi Nana degil, nak jugak kerja dekat kedai bunga tu. Abang tak kira esok Nana kena makan dengan abang. Titik. Jika boss Nana tak izinkan, biar abang sendiri yang bicara dengan dia."

"Kalau Nana tak nak macam mana?. Hei abang, isteri abang tu perlukan perhatian abang. Dia isteri sah abang, Nana ni perlukan masa untuk diri Nana sendiri jugak. Takkanlah 24 jam, berkepit dengan abang. Bukan ada ikatan pun. You know rimas." Ujar Nana menyuarakan isi hatinya, yang selama ni dia pendam.

"Apa?. Nana rimas?."

"Ya rimas. Tolonglah bagi Nana ni masa untuk diri Nana sendiri. Lebih baik abang bahagiakan isteri abang tu."

"Nana tak perlu ajar abanglah. Oh, sekarang dah berani nak melawan cakap abang. Kenapa dah ada jantan lain ke?."

"Bukan macam tu abang.Nana hanya nak kebebasan. itu sahaja."

"Ok, Nana nak masa untuk Nanakan. Silakan. Tapi pasal kebebasan maaf sangat-sangat. Abang tak boleh lepaskan Nana. Kalau Nana berani keluar, atau berjumpa dengan jantan lain selain daripada abang. Jangan salahkan abang kalau abang berkasar. Ingat mata-mata abang sentiasa di sekeliling Nana. Jangan ingat abang tak tahu apa yang Nana buat." Lalu di letaknya telefon.

Nana menghelakan nafas panjang,

Tanpa berkata-kata Nana menikam telefonnya ke dinding. "Aaaaaaa." Teriak Nana sekuat-kuatnya. "Kenapalah hidup aku macam ni.  Lelaki gila, psycho, gatal, tua, tak sedar diri. Aduh!."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience