BAB 4-BERSEMUKA MEMBAWA DUKA..

Romance Completed 51772

DI DALAM KERETA, menuju ke tempat kerja Nana. Terlihat suasana tegang sahaja, dengan Hafeez yang sibuk dengan ipadnya. Manakala Nana hanya mendiamkan diri dengan melihat keluar jendela.

"Oh ya, mana phone Nana?. Boleh abang tengok?."

"Oh phone!. Jap." Lalu mengeluarkan telefon bimbitnya dari beg tangannya. "Nah."

Di sambut oleh Hafeez,

"Kenapa phone Nana pecah-pecah. Nana tikam ke phone ni?. Why?." Soal Hafeez dengan tatapan tajamnya.

"Oh phone tu jatuh tangga. Waktu Nana nak pergi dapur. Tapi takpa, nanti Nana beli yang baru." Jawab Nana lancar, kerana semalam-malam dia memikirkan jawapan untuk pertanyaan Hafeez. Kerana dia dapat merasakan bahawa Hafeez mesti menanyakan soalan itu.

Mengeluarkan sesuatu di dalam poketnya,

"Nah ambil phone abang ni. Sementara abang beli phone baru untuk Nana. Dalam phone tu hanya ada nombor abang, mak Nana, mama dan asisstant abang."

"Takpalah. Nana tak perlukan phone, tak penting pun." Mengembalikan phone Hafeez semula.

"Penting Nana. Macam mana abang nak hubungi Nana. Ambil ni!."

"Kalau isteri abang call macam?."

"Nisa tak tahu nombor telefon ni, kerana phone ni khas untuk abang hubungi Nana. Jadi Nana jangan risau."

"Baiklah. Terima kasih abang " Mengambil phone tersebut dari tangan Hafeez.

"Sama-sama."

Lalu Nana membuka phone tersebut. Betapa Nana terkejut bahawa wallpaper phone tersebut gambar nya bersama Hafeez.

'Ish, psychonya. Bukannya letak gambar bini. Kenapa harus aku.' Gumannya dalam hati.

**********

12:30 TENGAHARI,

Waktunya rehat. Nana pun keluar untuk mencari sesuatu untuk mengisi perutnya yang kosong, berbunyi bagaikan lagu.

"Izreen Nana!. Is that you?." Sapa seseorang.

Dengan pantas Nana menoleh kearah suara yang memanggil namanya. "Ya, why?."

"Boleh kita bicara sekejap."

"Sure."

"Jom."

Di restorant berdekatan tempat kerja Nana, terlihat Nazhan hanya memerhatikan gadis itu. Membuatkan Nana tidak selesa.

"Makanlah, jangan malu-malu." Pelawa Nazhan.

"Macam mana kau boleh tahu nama aku?." Soal Nana, bagi memulakan pembicaraan.

"Sopanlah sikit, saya ni lebih tua dari kamu. Saya bukan kawan kamu."

"Jadi nak panggil apa?, pakcik, atok? or moyang?."

"Just call me encik. Itu lebih sopan."

"Baiklah, encik!. So encik nak jumpa saya ni ada apa ya. Taklah, saya busy takda masa nak layan encik."

"Oh dengan saya kamu takda masa. Tapi dengan Hafeez, waktu kerja pun kamu keluar." Sindir Nazhan, betapa dia benci melihat gadis di depannya itu.

"Kalau sekadar nak cari gaduh baik tak payah. Saya takda masa lah." Lalu melangkah pergi.

"Izreen Nana!." Teriak Nazhan, mengejutkan pengunjung yang lain. Membuat langkah Nana terhenti tika pemuda itu memanggil namanya. Lalu menoleh kearah pemuda yang menatapnya, seakan-akan Nana musuh utama baginya. "Saya takkan benarkan kamu untuk keluar dari restorant ni selagi kita tak selesaikan perkara ni. Jadi duduk!." Tegas Nazhan, dengan tatapan tajam tanpa adanya senyuman pada bibirnya.

"Selesaikan apa?. Diri Encik pun saya tak kenal, nikan pula nak marah-marah seperti ini. Ingat encik ni siapa?." Lalu meneruskan langkahnya.

"Selangkah lagi kaki kamu tu melangkah, jangan salahkan saya kalau saya ikat kamu dekat kerusi. Saya bicara fakta, saya tak main-main. Jadi mohon duduk. Itu arahan yang sangat mudah bukan. Bukan saya suruh, kamu berbogel depan semua orang."

'Ish mulut. Adakah harini, hari sial aku. Nampaknya bergitulah."

Nana pun duduk semula di kerusinya,

"Encik nak apa?. Saya tahu yang encik dah selamatkan hidup saya, saya berterima kasih sangat-sangat. Tapi saya tak minta pun untuk di selamatkan."

"Ya, saya dah selamatkan kamu. So sebagai balasan boleh tak kamu tolong saya balik."

"Tolong apa?."

"Tolong jauhkan diri kamu dari Hafeez, boleh?."

"Encik siapanya dia, pasangan?."

"Saya abang dari isteri dia. Saya baru dapat tahu yang kamu simpanan suami dia betulkan."

"Oh, abang Kak Nisa rupanya. Jadi perempuan tu mengadu dekat enciklah. Emm, ya. Saya mengakui bahawa saya adalah simpanan Abang Hafeez. Kenapa?. Ada masalah ke?."

"Kau memang perempuan yang takda harga diri, dengan banganya kau mengakui bahawa kau tu simpanan adik ipar aku."

Tadinya tersaya, kamu. Kini berubah ke kau, aku. Nana tahu betapa marahnya pemuda di depannya itu. Abang mana yang tak marah, kalau adik tersakiti. Namun dia mesti tahu, kenapa aku berbuat demikian.

"Ya, aku memang murah. Sampaikan orang kaya macam Abang Hafeez tu termakan godaan aku. Tapi aku rasa adik kau tu yang tak pandai jaga suami. Tu sebablah, kasih sayang suami dia berpindah dekat aku." Balas Nana dengan senyuman perlinya.

"Kau memang tak sayang mulut ke?. Hei, orang macam kau ni bersepah dekat luar sana. Perosak rumahtangga orang."

"Mesti kau menyesal sebab dah selamatkan perampas macam aku nikan. Sorrylah, menyesal dah takda guna. Aku hidup di sebabkan kau, jadi kau yang galakkan aku jadi perampas macam ni."

Tiba-tiba telefon mendering, dengan pantas Nana mengangkatnya.

"Hello abang."

"Nana pergi mana?. Abang dah ada depan tempat kerja Nana ni?. Jangan buat abang risaulah."

"Nana ada ni huh makan. Abang jangan risaulah, Nana ok."

"Restorant mana?, nanti abang datang."

"Tak perlulah, lagipun Nana sekarang dengan seseorang. Kawan." Mata Nana berfokus pada pemuda di depannya, yang memandangnya tanpa ada senyuman di bibirnya.

"Kawan siapa?."

"Nanti balik kita jumpa ya. Maaf tak dapat makan tengah hari dengan abang sebab Nana ada hal." Lalu di letaknya telefon bimbitnya, walaupun Nana tahu bahawa Hafeez akan marah nantinya.

"Wah, nampaknya dia ambil berat tentang kau. Kau takut ke dia mengamuk?."

"Kalau dia mengamuk sekalipun hujung-hujung dia akan ok jugak. Kau tahu sendiri, yang dia sayang sangat dekat aku ni. Oh, pasal aku ni simpanan adik ipar kau tu, cuba kau fikir balik kalau bertepuk sebelah tangan takkan bunyi bukan. Intinya suami adik kau yang nak dekat aku. Jadi jangan salahkan aku sorang."

"Tapi kalau tak layan, semua ni takkan jadi."

"Siapa juga yang tak nak layan orang kayakan. Untung tau. Ya dulu aku memang tak nak jadi simpanan, sebab aku rasa menjijikkan. Tapi jika aku pikirkan balik, jadi simpanan macam ni best pulak."

"Kau memang takda rasa malu ke?. Ok macam ni, kau nak berapa juta supaya kau jauh dari Hafeez. Aku sanggup bayar."

"Wow, orang kaya memang macam ni ke?. Semuanya pakai duit. Tapi maaflah aku tak perlukan duit kau. Abang Hafeez, dah bagi banyak duit dekat aku. Jadi simpan jelah duit kau tu, pakai makan."

Betapa berapi hati Nazhan mendengar jawapan gadis di depannya. Kalau diikutkan hatinya dah lama di menghadiahkan penampar di pipi gadis itu. Namun di tahannya sahaja.

"So kalau takda pape saya pergi dulu. Kirimkan salam saya pada bakal madu saya nanti ye." Lalu melangkah pergi.

Nazhan hanya memerhatikan setiap langkah Nana sampai Nana benar-benar hilang dari matanya. Dia seakan-akan tidak percaya bahawa gadis yang dia cari selama ni adalah musuhnya sekarang. Setiap soalan yang dia lemparkan di jawab dengan lancar oleh Nana. Entah kenapa dia kecewa dengan setiap jawapan yang gadis itu berikan, bagaikan panah yang menusuk hatinya. Tanpa sedar air mata menetes, di pipinya.

"Tuan!. Are you ok?."

Tersedar dari lamunannya,

"Ya, nak apa?."

"Tuan ok?." Soal assistantnya lagi, di kala melihat air mata bossnya menetes di depan matanya. Selama dia berkerja menjadi assistant Nazhan, inilah kali pertamanya dia melihat dengan mata dia sendiri bahawa bossnya betul-betul terlihat rapuh.

"Ya, saya ok."  Lalu melangkah pergi, dengan membawa sejuta kekecewaan.

**********

DI MID VALLEY MEGAMALL..,

Terlihat Mak Nana bersama mama Hafeez sedang berbelanja bersama. Ya mama Hafeez iaitu Puan Mariam sangat rapat dengan Seroja, semenjak menantunya itu tidak memberikannya cucu. Dia sangat merestui hubungan antara Nana dan Hafeez, memandangkan Nana masih muda mesti Nana boleh memberinya cucu. Puan Mariam nak sangat Nana dan Hafeez segera mendirikan rumahtangga, namun Nana belum bersedia lagi.

"Bila anak you nak terima lamaran Hafeez? "

"I pun tak tahu, anak I tu degil dia hanya Allah yang tahu. Lagipun dia takut Si Nisa tu mengamuk, belasah dia."

"Dia takkan buat macam tu, selagi I masih ada. You tahu yang I nak sangat cucu, sebelum I tutup mata. Si Nisa tu dah 4 tahun usia perkahwinan mereka, tapi sampai sekarang tak bagi I cucu."

"I faham perasaan you, tapi I kena tanya anak I dulu. Dia nak ke tak?."

"Jika anak you mengandungkan anak Hafeez dan melahirkan. Dia tak perlu risau nak uruskan anak dia nanti. Biar I je yang uruskan. Dia tinggal uruskan diri dia, dan layan anak I. Tu je." Ujar Puan Mariam bagi menyakinkan Melur.

"Nantilah I pujuk dia."

"Terima kasih Melur."

"Sama-sama." Namun itu bukan perkara yang mudah, dia tahu bahawa Nana takkan bersetuju dengan perkara serius ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience