BAB 1-PERMINTAAN GILA..

Romance Completed 51772

CINTA sememangnya wujud, namun akan pergi jua jika tiba masanya. Cinta?. Adakah membahagiakan?. Ia membahagiakan jika bertemu dengan orang yang tepat. Jika tidak, bahagia hanyalah sekadar ilusi yang bermain di kehidupan anda.

Di usia aku sekarang yang telah mencecah 29 tahun, bagiku wang, keluarga juga kesihatan diri sendiri itu penting berbanding sebuah kata cinta. Cinta hanya membuat diriku hancur sehancur-hancurnya. Aku bukan tidak percaya akan cinta, tapi bagiku hidup berbujang itu lebih baik dan bebas.

Selepas kematian ibu dan ayahku, kini aku takut dengan kata kehilangan. Takut kehilangan orang yang aku sayang lagi. Semenjak ibu dan ayahku meninggal dunia, hidupku seperti gelap tiada sinar sama sekali. Aku menjadi murung seakan-akan tiada harapan untukku teruskan hidup. Namun jika aku mati, siapalah yang menjaga adikku nanti?.

Dari situ aku berusaha membahagiakan adikku dengan caraku sendiri. Walaupun kasih sayangku tidak sama seperti kasih sayang ibu dan ayahku tapi aku yakin bahawa Nisa mesti merasakan betapa sayangnya aku terhadapnya. Selama hidupku, aku curahkan untuk Nisa sehingga aku tiada masa untuk diriku sendiri. Nisalah segala-galanya, nyawaku.

Namun setelah hadir seorang gadis dalam hidupku secara tiba-tiba, itu mengubah pandangan ku terhadap cinta. Sehingga aku tidak dapat mengelak dari pesonanya yang memaksaku untuk mencintainya, menyayanginya malah menjaganya.

Adakah dia takdir untukku, yang akan menjadi watak utama dalam novel cintaku?. Atau hanya sekadar racun yang akan, merosak sebab bab dalam novel cintaku. Aku sendiri pun, tidak pasti akan jawapannya.

*************

3 TAHUN LALU...,

DI sebuah restorant mewah terlihat seorang gadis bersama seorang pemuda yang terlihat menikmati makan malam mereka. Gadis itu yakini Izreen Nana, perkerja di sebuah kedai bunga milik kawannya yang berusia 18 tahun. Pada usia yang muda, dia terpaksa terikat dengan seorang pemuda yang berumur 25 tahun, seorang bisnesman yang kaya raya iaitu Hafeez. Kekayaannya, tidak dapat di tandingi. Dia sangat kaya.

Namun itu bukan masalahnya, yang jadi masalahnya sekarang kenapa aku boleh terikat dengan pakcik kaya ni. Hanya ada satu sebab yang aku boleh katakan adalah keluarga aku berhutang budi dengan dia. Aku terpaksa turuti semua permintaan dia. Tapi aku tak tahu kenapa dia bersungguh-sungguh menolong keluargaku, berhujung berhutang budi seperti ini. Adakah dia memendam perasaan terhadapku, itu sebabnya dia berbuat demikian agar aku tidak lari dari hidupnya, atau dia menganggap aku hanyalah adik angkatnya. Aku pun tak tahu jawapannya.

Mungkin sesetangah perempuan suka hidup seperti ini dilayan bagaikan ratu, rumah, kereta, wang semua di sediakan. Apa yang diinginkan semuanya ada di depan mata. Tapi aku tidak bangga dengan kehidupan aku sekarang. Hidup seperti ini menyiksa hidupku.

Selama 2 tahun aku seperti ini menemani makan atau pergi keluar jika di minta. Sampaikan perkerjaan aku terganggu, walaupun aku tahu jika aku terus bersamanya, masa depan aku akan terjamim, hidup dalam kemewahan. Tapi aku tidak mahu semua itu, aku hanya inginkan bebasan dari pakcik kaya ni. Namun bagaimana?.

"Macam mana dengan kerja, semua ok?." Soal Hafeez dengan pandangannya tidak lepas memandang wajah polos Nana.

"Oh, macam biasalah abang semuanya ok. Hanya penat sikit je." Balas Nana.

"Penat?. Adakah abang menganggu Nana rehat tadi?." Soal Hafeez lagi.

'Memang!. Memang kau menganggu aku tidur tadi.' Guman Nana dalam hati.

"Eh, taklah abang. Nana tadi pun free. Takda buat pape."

"Baguslah." Pandangan Hafeez turun ke leher Nana, membuat wajahnya bertukar serius. "Ni, mana rantai yang abang bagi?. Kan abang dah cakap, pakai rantai tu. Kenapa degil sangat."

"Oh, maaflah abang Nana lupa. Maafkan Nana."

"Ok, abang maafkan Nana tapi lain kali ingat pakai setiap kali kita jumpa kerana rantai tu sangat berharga bagi abang. Faham!."

"Faham." Lalu meneguk air cola itu, kerana tatapan Hafeez membuatnya takut.

Hafeez menghela nafas panjang, rasa bersalahnya menyerang kerana membuat Nana takut padanya.

"Maafkan abang. Abang tak bermaksud untuk meninggikan suara atau marah Nana. Abang hanya..."

"Takpa abang, Nana ok. Jangan risaulah. Ni abang cakap tadi yang abang ada sesuatu nak di sampaikan. Apa dia?."

"Oh ni, Nana tahukan yang kita macam ni dah 2 tahun."

"Ok, jadi kenapa dengan 2 tahun?."

"Nana tahu sendiri yang abang dah ada isteri, jadi tak mungkinkan abang akan kahwin dengan Nana. So apa kata Nana jadi simpanan abang. Kerana abang sayang sangat dekat Nana. Abang tak nak kehilangan Nana. Tolong jadi simpanan abang, tiba masanya nanti akan abang jadikan Nana isteri sah abang."

"Abang sedar tak apa yang abang cakap ni. Nana tak mungkin jadi simpanan abang. Macam mana kalau isteri abang tahu, tak ke habis Nana nanti." Ujar Nana. Kata-kata Hafeez itu membuatnya gila. Itu tidak mungkin.

Mengenggam tangan Nana. "Nana tolong buat ni untuk abang.., abang tahu yang Nana takkan tolakkan."

'Ish, gila ke apa pakcik tua ni. Boleh pulak dia nak jadikan aku simpanan dia. Hei, macam mana ni?.'

"Please!."

"Abang tahu yang Nana tak dapat tolakkan, baiklah. Nana setuju jadi simpanan abang."Ujar Nana, dengan senyuman paksaannya.

"Terima kasih Nana." Betapa Hafeez gembira dengan jawapan gadis itu.

Tiba-tiba Nana merasakan bahawa air membasahinya, entah dari mana datangnya air itu.

Dengan pantas Nana bangun dari duduknya, "Apa ni?." Soal Nana lalu menoleh kearah wanita yang menyiramnya. Betapa Hafeez terkejut dengan kehadiran isterinya.

"Nisa!."

"Kau jangan pura-pura tanyalah, kau nak rampas suami akukan." Lalu menampar Nana berkali-kali, dengan pantas Hafeez menghalang isterinya itu dari terus mencederakan Nana. "Perempuan gatal!. Memangnya, takda lelaki lain ke dalam dunia ni?. Kenapa harus suami aku." Teriak isteri kepada Hafeez.

Semua mata memandang mereka,

"Dahlah tu Nisa!." Terus menahan isterinya dari menyerang Nana.

"Hei, kau tak pantas cakap macam tu." Balas Nana.

"Kenapa pulak aku tak pantas huh, memang dah faktakan yang kau tu perempuan gatal. Perampas suami orang. Semua perhatikan perempuan ni, jangan sampai suami korang pulak yang dia rampas." Teriak Nisa.

Nana melihat sekelilingnya, terlihat reaksi mereka. Seakan-akan Nana adalah musuh bagi mereka. Namun Nana hanya ketawa,

"Kenapa kau ketawa, huh."

"Aku suka tengok kau macam ni, meroyan. Hei aku nikan kesian tengok kau. Suami kau keluar bersenang-senang dengan aku, sedangkan kau ni cantik. Aku tak tahu, dekat mana terletak kekurangan kau. So kau tanya sendirilah dekat suami kau tu, kenapa dia boleh ada bersama aku?. Adakah dia akan lepaskan aku?." Soalan demi soalan Nana lemparkan, dengan matanya memandang Hafeez.

Nisa memandang Hafeez, namun Hafeez hanya mendiamkan diri.

"See, dia sendiri takda jawapannya. Aku takda masa lah. Korang selesailah elok-elok, kalau boleh suruh suami kau tu jangan kacau aku lagi. Walaupun aku tahu itu mustahil. Maafkan aku." Lalu melangkah pergi.

"Nana!." Panggil Hafeez namun Nana langsung tidak menolehnya.

"Perampas!." Teriak Nisa.

"Nisa!. Ikut hubby." Lalu membawa isterinya itu keluar dari restorant ini.

******************

DI SEBUAH BANGUNAN, terlihat seorang gadis duduk tepat di bucu bangunan sepertinya ingin membunuh diri.

"Aku harus mati, kerana aku tak nak terus hidup seperti ni. Aku harus mati." Teriaknya.

"Bosannya hidup kau, mati itu pasti. Kenapa susah-susah nak bunuh diri?." Soal seorang pemuda, yang entah dari mana datangnya.

Suara itu mengejutkan gadis itu, lalu menoleh kearah suara garau yang menyapanya,

"Hei, kau buat apa dekat sini?, pergilah. Jangan cuba-cuba untuk menghalang aku. Kerana aku harus mati." Tegasnya.

"Siapa jugak yang halang kau, teruskan. Tapi kau tak kesian ke tengok mak dan ayah kau.  Mereka membesarkan kau bukan untuk kau bunuh diri, melainkan mereka nak kau bahagiakan mereka. Hargailah selagi masih ada."

"Aku tahu, aku tahu sangat-sangat. Tapi aku tak mungkin terus hidup seperti sekarang. Aku nak kebebasan. You know kebebasan!."

"Kebebasan?, why kau kena kurung ke?."

"Kenapa nak tahu, yang penting sekarang aku harus bunuh diri dan mengakhiri hidup ini dengan segera."

"Kalau kau mati, akulah orang yang paling menyesal sepanjang hidup aku."

"Why?. Aku yang mati kenapa kau pulak yang nak menyesal?."

"Kerana aku tak dapat selamatkan kau, kau mati di depan mata aku. Kau tenang di sana, tapi aku?. Bayang-bayang kau nanti akan menghantui aku. Hei, aku tahu sekarang otak kau tak berfungsi. Tapi dengan sedikit bertenang, dan diam sejenak. Aku yakin, kau mesti tak nak bunuh diri lagi."

Gadis itu hanya mendiamkan diri,

"Kau masih muda, takkan kau sia-sia hidup kau dengan bunuh diri. Takda guna. Kau turun dulu, kita bincang. Mana tahu aku boleh tolong kau." Pemuda itu sedaya upaya memujuk, gadis itu yang terlihat rapuh.

"Kau mana tahu apa yang lalui. Hanya dengan bicara itu takkan membantu apa-apa."

"Ok, kau turun dulu, nanti aku bagi kau apa sahaja asalkan kau turun."

"Baiklah." Gadis itu pun turun dari bucu bangunan itu, di bantu oleh Nazhan.

Ya, pemuda itu adalah Nazhan. Kebetulan dia ada di sana untuk menghirup udara segar, selepas menghadiri perjumpaan bersama kliennya.

"Nah air." Menyerahkan botol meneral yang di bawanya tadi ke tangan gadis itu.

"Terima kasih, tapi aku tak haus." Memulangkan botol mineral tersebut. Lalu duduk, di kerusi panjang yang sememangnya sudah ada di situ. Diikuti Nazhan.

Gadis itu memandang langit, dengan senyuman terukir indah di bibirnya. Betapa Nazhan terpana dengan kecantikkan gadis itu dari jarak dekat. Jarang sekali dia melihat perempuan keluar dengan wajah yang natural tanpa ada sebarang makeup di wajah. Kecantikan alami, walaupun ada sedikit lebam di bibir juga mata namun itu sama sekali tidak menghalang kecantikan gadis itu. Kecantikkan gadis itu membuat Nazhan tidak berhenti memuji kecantikkannya di dalam hatinya.

Gadis itu menoleh kearah pemuda yang berada di sampingnya, memandangnya dengan pandangan
sesuatu tapi dia tidak pasti. Apa maksud dari pandangan pemuda itu?.

"Kenapa pandang aku macam tu?. Suka ke?. Aku tahu, aku ni cantik tu sebab dia tak nak lepaskan aku.Tapi aku pesan awal-awal ni yang jangan sesekali suka dengan gadis yang banyak masalah macam aku ni. Tak tenang hidup kau nanti." Pesan gadis itu dengan senyuman tipisnya.

"Siapa juga yang cakap yang aku suka dekat kau, jangan nak perasanlah. Ni kenapa kau boleh jadi macam ni?." Soal Nazhan, dengan melihat kesan lebam pada wajahnya. Rambut yang basah sedangkan tiada hujan.

"Kau pernah tak berhutang budi dengan seseorang?. Sehingga kau tak berani nak tolak permintaan dia."

"Kenapa kau tanya?."

"Kerana aku seperti itu, berhutang budi sehingga aku tak dapat nak tolak permintaan dia. Aku hidup di sebabkan dia, mak dan ayah aku sihat di sebabkan dia. Banyak lagi yang dia buat untuk keluarga aku. Macam mana aku nak bayar balik semua tu, dengan wang ringgit sekalipun belum tentu lunas. Sehingga aku setuju jadi simpanan dia. Tak ke bodoh aku ni."

"What simpanan?. Kau setuju jadi simpanan dia?. Kenapa dia tak jadikan kau isteri dia je?. Kenapa harus simpanan?." Soal Nazhan bertubi-tubi.

"Kerana dia dah ada isteri. Tak mungkinkan aku jadi isteri kedua dia. Aku pun tak nak."

Nazhan terdiam. Masih ada lagi lelaki yang seperti itu. Memanfaatkan keadaan demi kepuasan diri sendiri. Jika itu berlaku pada adiknya, memang dah lama dia kerjakan.

"Kenapa diam?. Kau jijik tengok aku?. Tapi wajarlah kalau kau jijik tengok aku kerana aku ni perampas suami orang. Tapi jika ada pilihan lain, aku pun tak nak jadi macam ni. Lebih baik hidup susah daripada termakan budi dengan seseorang."

"Kau tak boleh terus hidup macam ni. Kau akan merosakkan rumahtangga mereka."

Nana menatap pemuda yang ada di sampingnya,  

"Hei, ingat aku takda otak ke?. Aku fikir semua tulah. Tapi kalau kau jadi aku, mesti kau takkan tolak permintaan dia. Orang miskin macam aku ni, bisa apa?." Mengelap air matanya. "Huh, malaslah aku nak fikir. Apa nak jadi, jadilah. Kalau isteri dia nak bunuh aku, ya bunuhlah. Aku tak kisah lagi dah."

"Isteri dia tahu yang kau ni rampas suami dia ke?."

"Tahu. Kau tengok aku sekarang. Nilah bukti dia." Menunjuk bekas lebam-lebam di sebabkan isteri pemuda yang ingin menjadikannya simpanan. "So, aku kena pergi dulu. Terima kasihlah, sebab dah selamatkan hidup aku. Tapi sebelum tu....," mengambil sesuatu dari bakul pink berisi pelbagai jenis bunga. "Nah ambil ni, bunga rose kuning sebagai kenangan. Aku harap kita tak bertemu lagi." Menyerahkan sekuntum bunga rose kuning itu ke tapak tangan pemuda di depannya. Lalu melangkah pergi namun, langkahnya terhenti dikala satu tangan menahan tangan kanannya.

"Ye, nak apa?." Soal gadis itu.

"Jom kita pergi klinik." Ajak Nazhan.

Menarik tangannya dari terus di tahan, oleh pemuda yang entah dia sendiri pun tidak kenal. "Tak perlulah, aku dah biasa. Terima kasih atas keprihatinannya." Lalu melangkah pergi.

Nazhan hanya memerhatikan setiap langkah gadis yang dia sendiri tidak tahu, namanya. Namun hatinya tidak bisa tipu, bahawa dia telah jatuh cinta pada pandangan pertama. Dia akan pastikan ini bukan pertemuan yang terakhir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience