BAB 3-AMARAH NAZHAN..

Romance Completed 51799

DI RUMAH BANGLO MILIK HAFEEZ.....,

Telihat Hafeez baru sahaja pulang dari mengantar Nana. Namun sekarang dia dalam keadaan tiada mood, di sebabkan Nana yang berani melawan cakapnya. Itu membuatnya bergitu kecewa terhadap sikap remaja tersebut. Di ruang tamu terlihat isterinya sudah menunggunya dari tadi,

"Hubby dari mana?." Soal Nisa, dengan menghalang jalan suaminya.

"Hubby dari officelah, dari mana lagi." Jawab Hafeez.

"Jangan nak tipulah, Nisa tanya assistant hubby dia cakap harini hubby langsung tak masuk office. Hubby pergi mana?." Soal Nisa lagi.

"Sayang!. Percayalah hubby untuk kalini. Hubby penat, hubby nak rehat. Takda mood nak layan sayang. Please!." Lalu melangkah pergi.

"Ingat saya tak tahu ke, yang hubby pergi jumpa perempuan tu lagikan."

Mendengar kata-kata isterinya, langkah Hafeez terhenti lalu menoleh kearah isterinya.

"Ya. Hubby pergi jumpa dia. Sayang nak buat apa?. Nak serang dia lagi ke?. Hei ingat, kalau sayang pergi serang dia. Kalini hubby takkan tinggal diam. Kerana hubby sayang sangat dekat dia. Kalau hubby tahu yang sayang serang dia, siap sayang hubby kerjakan." Ugut Hafeez.

"Huh. Demi perempuan tu, hubby nak ugut saya. Saya ingat selepas je kejadian tu, hubby berubah. Ni sama je."

"Betul, hubby tetap sama. Hubby takkan pernah berubah, sampai bila-bila. So hubby dah penat, hubby naik atas dulu." Lalu melangkah pergi.

Nisa terdiam terpaku dengan perilaku suaminya. Dulu suaminya sangat menyayanginya, sentiasa membuatnya tersenyum bahagia. Namun kini hanya air mata menemani setiap harinya. Mungkin suaminya itu berubah di sebabkan mereka belum di kurniakan cahaya mata. Ini semua sudah takdir dia harus terima.

**********

KEESOKKAN PAGINYA, terlihat Nazhan menikmati sarapannya. Selalunya dia bersarapan bersama Nisa. Namun setelah Nisa berumahtangga, semuanya berubah menjadi sendiri.

"Abang!." Sapa seseorang.

Dengan pantas Nazhan menoleh kearah suara yang amat dia kenali.

"Nisa!."

Dengan penuh kasih sayang gadis itu memeluk Nazhan. Betapa dia rindu dengan abang yang paling dia sayang dalam dunia ni. Pelukkan di balas pelukkan.

"Nisa sangat merindui, abang."

"Abang pun rindu sangat dekat Nisa." Diciumnya dahi Nisa berkali-kali. "Dah duduk, kita sarapan sekali." Ajak Nazhan.

"Baiklah." Lalu duduk di kerusi yang di sediakan. Tepat di sebelah Nazhan.

"Ni, kenapa tiba-tiba datang sini?. Mana Hafeez, dia tak datang sekali ke?." Soal Nazhan hairan kerana adiknya sendirian tanpa suaminya di sisi.

"Tak boleh ke Nisa datang sini?. Lagipun hubby awal pagi lagi dah pergi kerja. Tulah Nisa dah minta izin dia untuk datang sini lawat abang."

"Boleh tu, memang boleh. Hari-hari Nisa nak datang sini pun abang lagi suka. Tapi tulah semenjak Nisa kahwin ni dah jarang balik sini. Ada masalah ke?."

Tiba-tiba wajah Nisa bertukar sedih, membuat Nazhan panik. Dia paling tidak suka melihat wajah adiknya bergitu.

"Hei kenapa ni?. Who hurt you?. Tell me."

Mata Nisa terus menatap wajah abangnya itu. Ingin dia pendam, namun ini sangat pedih jika di biarkan sendiri.

"Abang tahu yang Nisa ni sayang sangat dekat Hafeez." Ujar Nisa tiba-tiba.

"Tahu."

"Tapi kenapa dia ada simpanan?. Kenapa dia memilih untuk menduakan Nisa?."

"Apa simpanan?." Soal Nazhan. Betapa dia terkejut mendengar bahawa adik iparnya itu menduakan adiknya.

"Ya, dia ada simpanan yang amat dia sayangi dan di cintai." Ulang Nisa lagi.

"Kenapa tak bagitahu abang?. Sejak bila dia ada simpanan?."

"Lama dah. Nisa tak nak bagitahu abang kerana Nisa tahu, jika Nisa bagitahu kebenarannya mesti abang akan kerjakan Hafeez. Namun jika di pendamkan sahaja itu bukan penyelesaian yang baik. Nisa terluka, dan terus terluka. Apa yang Nisa harus buat?. Nisa hanya bisa menangis." Air mata tidak tertahan lagi, lalu terjatuh bercurah-curah.

Nazhan bangun dari duduknya, dengan pantas Nisa menahan tangan abangnya itu.

"Abang nak pergi mana?."

"Abang nak jumpa dengan lelaki tak guna tu. Berani dia buat macam tu dekat Nisa. Dia patut di beri pelajaran baru dia sedar mana permata mana batu jalan."

"Tolong abang, Nisa mohon jangan apa-apakan dia." Mohon Nisa.

"Kenapa masih nak bela dia. Dia dah duakan kamu. Dah lukakan hati kamu, tolonglah jangan jadi perempuan bodoh boleh tak."

"Sebab Nisa sangat cintakan dia. Jika abang merasakan cinta, benda yang salah abang akan butakan. Tolong duduk. Please."

Nazhan dan Nisa pun duduk semula di kerusi mereka.

Betapa kesalnya Nazhan sekarang, hanya Allah yang tahu. "Siapa perempuan tu?. Model ke?." Soal Nazhan penasaran.

"Jap." Mengeluarkan sesuatu di dalam beg tangannya. Lalu menyerahkan sekeping gambar tersebut ke pada abangnya.

Di perhatinya lama gambar tersebut, betapa Nazhan terkejut apabila mengetahui gadis yang selama ini dia cari adalah orang yang sama.

"Nama dia Izreen Nana, berusia 21 tahun. Mudakan. Nisa tak tahulah, apa kelebihan budak tu." Jelas Nisa namun abangnya masih menatap lama gambar tersebut tanpa berbicara apa-apa. Malah dari raut wajah abangnya itu, seakan-akan dia kecewa dengan matanya seperti menahan amarah.

"Abang!. Are you ok?. Abang kenal ke budak ni?."

Tersedar dari lamunannya,

"Huh?. Apa tadi, abang tak berapa dengar. Nisa cakap apa?."

"Nisa cakap, abang ok?. Kenapa abang pandang lama sangat gambar tu?. Abang kenal ke?." Soal Nisa bertubi-tubi.

"Tak, abang tak kenal."

"Baguslah abang tak kenal. Perempuan ni bahaya, dia suka orang kaya. Tengok Hafeez sekarang termakan godaan dia. Mesti perempuan tu, dah tawarkan kenikmatan. Tu sebab Hafeez tak nak lepaskan dia."

"Boleh abang tahu dia kerja dekat mana or sambung belajar dekat mana?."

"Dia kerja dekat kedai bunga nanti Nisa bagi location tempat dia kerja."

"Baiklah." Mengenggam tangan adiknya. "Nisa jangan risau tau. Abang akan pastikan Hafeez dan perempuan tu takkan pernah bersama. Tu janji abang."

"Nisa percaya abang. Tapi Nisa nak pesan untuk berhati-hati dengan perempuan tu. Godaan dia kuat, Nisa takut yang abang masuk perangkap dia. Nisa tak nak dia ambil abang. Abang satu-satunya harta Nisa dalam dunia ni."

"Nisa jangan risau. Abang pandai jaga diri abang sendiri. Yang penting sekarang Nisa kena banyak happy. Jangan sedih-sedih."

"Ya, tak sedih lagi dah."

"Good dah sarapan. Jangan di pikirkan masalah tu. Biar abang yang uruskan."

"Baiklah abang." Nisa pun menikmati sarapannya. Manakala Nazhan masih menatap gambar di tangannya.

'Oh, kau simpanan Hafeez rupanya. Kau jangan harap, dapat hidup dengan aman selagi aku masih hidup. Izreen Nana." Lalu tersenyum.

**********

SEKARANG jam menunjukkan pukul 7:58 pagi. Namun Nana terlihat masih tidur nyenyak.

Pintu biliknya di buka oleh seseorang, terlihat Melur mengelengkan kepalanya di kala melihat anaknya itu masih tidur sedangkan dia sudah lambat untuk ke tempat kerjanya.

"YaAllah, anak dara ni. Bangun. Dah lambat ni, cepat bangun. Buat apa kamu semalam, sampai mengantuk macam ni?." Bebel Melur sambil mengejutkan anak daranya itu.

"5 minit mak. 5 minit lagi. Ngantuklah."

"5 minit kamu cakap, sekarang dah pukul 7:58 pagi tau. Kamu dah lambat tu. Cepat bangun." Terus mengejutkan anak daranya itu.

"Apa?." Dengan pantas bangun dari tidurnya. "Dah lambat ni mak. YaAllah kenapa boleh terlajak tidur ni."

Melur hanya mengelengkan kepalanya,

Selesai sahaja bersiap-siap. Nana terus turun kebawah dengan tergesa-gesa. Namun, langkahnya terhenti apabila melihat seorang pemuda sudah menunggunya. Seperti biasa berpakaian smart, kacak, jika gadis-gadis melihatnya mesti langsung jatuh cinta. Tapi tidak untuk Nana, malah kehadirannya adalah petaka buat Nana.

"Abang buat apa dekat sini?." Soal Nana sedikit kasar.

"Jom, abang hantarkan Nana pergi kerja." Pelawa Hafeez dengan senyuman terukir indah di bibirnya.

"Takpalah, Nana boleh drive sendiri. Abang pergi jelah." Lalu melangkah pergi.

"Nana!." Panggil Hafeez dengan Nada yang sedikit tinggi.

Langkah Nana terhenti lalu menoleh ke arah pemuda itu.

"Apalagi bang. Kan abang yang benarkan Nana ambil masa untuk diri Nana sendiri. Kenapa abang datang sini. Kalau setakat nak makan, pergi jalan-jalan abang boleh ajak isteri abang tu. Dia lebih layak bersama abang sekarang ni." Terus melangkah pergi. Dengan pantas Hafeez menangkap Nana, lalu di peluknya erat.

"Apani bang, lepaslah."

"Abang takkan lepaskan Nana." Semakin Nana meronta-ronta, semakin Hafeez mengeratkan lagi pelukkannya. "Sekarang ni Nana dah berani lawan  cakap abang. Jangan sampai abang tundukkan Nana, dengan cara abang. Nangis Nana nanti." Ugutnya.

"Tolonglah abang, lepaslah." Pelukkan erat Hafeez membuatnya sesak.

"Dengar sini Nana, abang sayang sangat dekat Nana. Sehari tak jumpa Nana, abang mati. Tolong faham abang."

Mengumpul keberaniannya, lalu mengigit tangan pemuda itu sekuat hatinya. Namun itu tidak berkesan sama sekali. Tangan berurat itu, terus memeluknya.

"Gigitlah. Gigit semaunya. Abang rela, asalkan Nana ada bersama abang." Menahan rasa sakitnya, di sebabkan di gigit oleh orang yang paling dia sayangi. Dia sanggup menahan rasa sakit, daripada kehilangan Nana.

Mendengar itu Nana pasrah, lalu melepaskan gigitannya. Bekas gigitan Nana terukir cantik di tangan Hafeez.

"Nana mengalah."

Mendengar itu bibir Hafeez mengukir senyuman, lalu memusingkan badan Nana dengan lembut untuk menghadapnya.

Sekarang mata mereka saling bertentangan,

"Abang tak nak Nana hilang dari hidup abang. Tetap bersama abang sampai bila-bila." Lalu memeluknya semula.

Nana hanya mendiamkan diri, di kala pemuda itu memeluknya. Memeluknya seakan-akan Nana akan menghilang buat selama-lamanya. Lalu di tatapnya semula wajah Nana dengan penuh kasih sayang.

"Dah jom, abang hantar Nana pergi kerja. Dah lambatkan."

"Yup. Jom."

Hafeez dan Nana pun berlalu pergi, namun mereka tidak sedar bahawa Melur dari tadi memerhatikan mereka dengan senyuman bahagianya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience