Rate

Bab 4

Romance Series 2456

Aku melangkah keluar dari mitsubishi lanser kepunyaan Nadhif.Perlahan-lahan kaki ku melangkah menghampirinya.Berdiri saja disebelahnya,aku mendongak memandang rumah banglo 2 tingkat yang tersergam indah di hadapan mata.

Aku meneguk liur.

"Erk,kau bawa aku ke mana ni Nadhif?"soalku penuh debar.

Nadhif toleh ke arah aku bersama senyuman.Aku pun turut menoleh ke arahnya tetapi senyumannya tidak aku balas.Saat hati ku diburu rasa tak enak,bibir ku tak berdaya untuk tersenyum.

"Masuk dulu dan kau akan dapat jawapan yang kau nak."balas Nadhif tenang.

Spontan kepala ku tergeleng kecil. "No,aku tak akan masuk selagi aku tak tahu ini rumah siapa."balas ku.

"Then kalau taknak masuk,sila lah berjemur sampai masak di luar ye?Aku masuk dulu.Bye."balas Nadhif lalu terus melangkah masuk.

"Weh,Nadhif!"panggilan ku tak dilayannya.

Aku mengetam bibir geram.Aku toleh ke keretanya,timbul idea untuk tunggu saja Nadhif di dalam kereta.Baru dua langkah aku menapak untuk menghampiri mitsubishi lansernya,kedengaran bunyi kereta di lock.

Aku menghentak tumit kasut kuat tanda aku geram.Aku toleh dan lihat,Nadhif di muka pintu memeluk tubuh sambil tersenyum.

Takkan lah aku nak berdiri di tengah panas terik ni?Dengan berat hati aku melangkah ke arah pintu rumah banglo tu.Harapnya,tiada yang buruk terjadi sebab dari dalam kereta lagi hati ku resah.Seolah dapat merasakan sesuatu bakal terjadi sebentar lagi.

Setelah masuk ke dalam,aku sedikit tergamam dengan dekorasi hiasan di dalam rumah banglo ini yang kelihatan cantik dan elegen.

Menyedari yang aku sedikit jakun,Nadhif capai lengan ku dan menarik ku jalan seiring dengannya ke arah ruang tamu yang tampak luas dan mewah.

"Mama.."panggil Nadhif pada seorang perempuan yang sedang duduk santai sambil menonton televisyen yang skrinnya bapak punya besar.Aku agak 65 inci kot.

Wanita itu menoleh membuatkan mata ku seperti mahu terjojol keluar.Mama?Seriuslah.Nampak muda kot perempuan ni.Nadhif bergurau agaknya.

"Eh,Nadhif.Asal nak balik tak bagitahu Mama?Papa pun tak balik lunch petang ni."tegur wanita itu dengan riak kaget.

Aku?Terkejut dan tak percaya,wanita itu memang Mama Nadhif.Buktinya,dia turut mengelar dirinya Mama.

Mata wanita itu tersorot ke arah ku. "Eh,Nadhif bawa kawan?"

"Sorry lah Ma.Nadhif tak planning pun nak balik hari ni.Ni,Nadhif balik kejap je sebab nak bawa Sofea jumpa Mama."terang Nadhif.Aku yang berdiri di belakang di tarik berdiri di sebelahnya.

Debar aku jadinya.

"Assalamualaikum,nama saya Medina Sofea."aku dengan kekok mula menyapa mesra.Tangan yang aku hulur untuk bersalaman di sambut mesra.

"Waalaikummusalam.Medina Sofea,cantik nama.Secantik orangnya."balas Mama Nadhif sambil mengerling ke wajah Nadhif.

"Nadhif tak kata pun ada kawan cantik macam ni?"soal Mama Nadhif kepada Nadhif.

"Eh,takde lah Aunty.Saya biasa saja."balas ku malu.

Mahu tak malu.Dipuji oleh ibu kepada lelaki yang aku crush habis.

"Nadhif memang ramai kawan perempuan yang cantik-cantik Ma."balasan Nadhif membuatkan aku rasa sakitnya tuh disini di dalam hatiku.Ceh!Ayat macam minta kayu besbol.

Aku tahulah aku ni biasa saja kalau nak dibandingkan dengan perempuan lain yang hot,letup kebabom semua.Mungkin kalau dia senaraikan calon isteri,nama aku yang terakhir.

"Tapi,Mama rasa Sofea yang paling cantik..kan?Sebab Sofea gadis pertama yang Nadhif berani bawa balik jumpa Mama.Mama terkejut habis tadi.Tak sangka akhirnya Nadhif bawa sorang jumpa Mama."balas Mama Nadhif.Matanya tak henti dari merenung raut wajah ku.Dan jelas dia suka dengan kehadiran ku.

"Taklah,yang ni biasa je.Nadhif bawa jumpa Mama sebab dia kata dia suka dan cintakan Nadhif."selamba Nadhif berkata begitu.Seolah aku tak wujud di situ.

Jujur,aku tersinggung apabila dia mengatakan yang aku biasa saja dari kalangan yang lain.Memang aku akui,aku biasa saja tapi apa perlu kau kata dihadapan aku?Apa kau fikir aku tak ada hati yang bakal terguris dengan kenyataan kau?

Tiba-tiba mata ku membulat.Kalau tak salah telinga aku dengar yang Nadhif beritahu Mama nya tentang isi hati ku yang aku luahkan padanya semalam kan?

"Oh My God!Sofea suka Nadhif?"soal Mama Nadhif sambil menghampiri ku.Okay,jantung aku jangan cakap..berdegup kencang seolah tiada lagi hari esok.

Tangan Mama Nadhif naik menyentuh bahu ku. "Sofea,kalau Sofea dah suka sangat kat Nadhif.Aunty akan hantarkan rombongan meminang Sofea untuk Nadhif."katanya tiba-tiba.

Terlopong mulut ku mendengar kenyataan Mama Nadhif.Aku curi pandang ke arah Nadhif,dia nampak tenang dan tidak menunjukkan sebarang reaksi tak setuju atau tak suka dengan kata-kata Mamanya.

"Diam tandanya setuju lah kan?"soal Mama Nadhif kepada Nadhif.

"Wait-wait.Aunty,saya dengan Nadhif muda lagi.Masih belajar lagi.Kami ada 4 semester lagi untuk dihabiskan."aku memang dah kalut habis ni.

Kahwin?Dengan Nadhif?Aku bermimpi atau semua ini gurauan kasar Nadhif pada ku?

"Aunty selalu cakap dengan Nadhif,Aunty teringin sangat nak tengok Nadhif kahwin muda dan sewaktu dia tengah belajar."

"T—tapi kenapa Aunty?Bukankah lebih elok jika kami habiskan belajar dan berjaya dengan karier barulah ke arah perkahwinan?"soalku.Pelik,jarang betul tengok mak macam Mama Nadhif ni.Selalunya seorang ibu mesti nak lihat anaknya berjaya tamatkan pengajian dan berkerja.Tapi,Mama Nadhif malah teringin melihat pernikahan anaknya di usia muda pula.

"Mama aku ni terpengaruh dengan drama tv dan novel.Tu yang teringin sangat nak tengok aku kahwin muda."balas Nadhif menjawab pelbagai persoalan yang terlahir di benak ku.

Terpengaruh dengan drama tv dan novel?Seriuslah Mama si Nadhif ni.Comel saja.

"So,apa perkaitan isi hati aku dengan kahwin ni?"okay,aku sendiri yakin itu adalah soalan bodoh yang berjaya aku utarakan pada Nadhif.Namun,dalam situasi begini ada saja soalan yang terlahir dari bibir ku.

Aku lihat Mama Nadhif seolah berfikir sesuatu dan tiba-tiba dia bersuara.

"Oh..Aunty yang tanya Nadhif,kot ada yang minat kat dia suruh bawa balik.Aunty nak kahwinkan terus."

"Aunty,kahwin ni bukan boleh buat main.Ianya memerlukan komitmen."

"Kau ni,banyak songehlah."marah Nadhif tiba-tiba. "Mama,hujung minggu ni hantar je rombongan meminang kat keluarga Sofea."sambungnya tanpa memandang ke wajah ku.

Memanglah aku suka kat dia.Tapi,kenapa aku rasa macam aku kena paksa kahwin ni?Betul ke aku tak rela?Atau aku sebenarnya takut yang perkahwinan ini mempunyai muslihat lain?

Mama Nadhif memeluk ku dibahu. "Sofea jangan risau,Aunty yakin lepas kahwin nanti Nadhif boleh jaga Sofea dengan baik.Aunty hantar rombongan meminang ye?Sofea jangan lah fikir panjang.Bukan semua perempuan dapat kahwin dengan lelaki yang mereka cinta."pujuk Mama Nadhif.

Aku pandang ke wajah Mama Nadhif sekilas sebelum mata ku terarah ke wajah Nadhif. "How about Nadhif?Dia cintakan Sofea ke?"

Dengan wajah tegang,Nadhif terus berlalu ke tangga dan naik ke tingkat dua.

"Maaf,Aunty tak ada jawapan untuk soalan Sofea."

######################################

"Asal kau suruh Mama kau pinang aku?"soalku memecah kesunyian di dalam kereta.

Yelah,dah setengah jam dalam kereta masing-masing diam membisu.Seolah mogok sesama sendiri.

"Sebab kau suka kat aku."jawap Nadhif yang masih fokus pada pemanduannya.Sesekali matanya akan memandang side mirror kiri dan kanan.

"Takkan sebab tu je?Kau jadikan perasaan aku sebagai alasan untuk berkahwin?Aku tak setuju."balas ku marah.Aku memeluk tubuh sambil mengerut wajah.

Dari ekor mata,aku perasan yang Nadhif toleh ke arah ku sesaat dan kembali memandang ke depan. "Ada aku minta persetujuan dari kau?Takkan."

"Eh! Nadhif,kau tak boleh paksa aku berkahwin dengan kau tau."balas ku tak mahu mengalah.

"Kenapa tidak?Aku boleh paksa kau dengan pelbagai cara.Kau nak aku pakai cara kasar atau halus?Sekarang ni cara halus tau.Kalau cara kasar,maruah kau aku pertaruhkan."selamba dia berkata begitu.

Aku sudah menoleh ke arah Nadhif. "Kau kan—"

"Apa yang jadi masalah pada kau?Kau kan crush kat aku,kita kahwin jelah.Kalau kau nak kata pasal hal bilik tidur,okay..no seks.Ini hanya perkahwinan semata-mata.Lepas tamat belajar,kalau kau nak berpisah aku turutkan."

Terdiam yeah,aku terdiam dengan kenyataannya.Adakah semurah itu harga diri ku dimatanya?

"Aku buat macam ni bersebab.Nanti aku akan bagitahu kau,tapi bukan sekaranglah.Kena kahwin dulu."sambungnya.

Aku terdiam dan terkelu.Tak mampu untuk membalas apa-apa.Kebisuan ku membuatkan Nadhif tersenyum kemenangan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience