Rate

Bab 1

Romance Series 2456

Perlahan-lahan aku menapak hingga ke sudut tepi dinding.Aku menyorok di sebalik dinding itu.Bunyi yang riuh dengan suara penyokong pemain sedikit sebanyak membuatkan hati ku terasa gemuruh.

Perlahan-lahan,aku intai dari sebalik dinding itu.Wajah Nadhif lelaki pujaan hati ku dalam diam sedang mengesat peluh yang mengalir di dahinya.

Oh my GOD!

Kenapa dia begitu handsome dalam keadaan berpeluh begini?Rambutnya yang basah dek peluh lagi menambahkan aura handsomenya.

Aku tilik kening lebatnya yang tersusun rapi,matanya yang sedikit sepet itu.Hidungnya pula yang mancung terletak.Kini mata ku beralih pula pada bibirnya yang kemerahan itu.Kenapa dia begitu sempurna dimata aku ni?

"Sofea,tak penat ke berdiri dari tadi kat sini?"soal Maisarah.

Terkejut aku dengan teguran yang datang dari arah belakang aku tu.Sesaat dua terus aku tepuk dahi ku.Bagaimana aku boleh lupa yang Maisarah mengikut ku ke gelanggang futsal untuk menyaksikan perlawanan futsal di antara student kolej.

"Oh,tak.Aku tengok macam takde tempat tu yang aku berdiri kat tepi dinding ni."tipu ku.

Memang wajib lah menipu,sebab seorang pun rakan-rakan aku tak tahu yang aku ada menaruh hati pada Nadhif budak class kami.

"Apa pula takde tempat,tu Isha dengan Kelly dah cop tempat untuk kita."selamba Maisarah menunjuk ke arah lagi dua orang sahabat ku yang telah tiba awal.

Mestilah dorang datang awal,bermati-matian datang semata-mata nak sokong Nadhif.Tiba-tiba hati ini rasa cemburu.

Kenapalah lelaki yang aku crush ni handsome sangat hingga separuh dari budak class ku meminatinya termasuk aku.

"Ish,termenung pula kau ni.Dah jom."ajak Maisarah lalu menarik ku merapati Isha dan Kelly.

Oh tidak!Mama,Sofea tak rela.Monolog ku di dalam hati.

Eh,kejap!Apa yang tak rela ni weh?Bukan Maisarah tarik kau pergi kat Nadhif pun.Haiya,aku boleh mengharap tak kalau betul Maisarah nak tarik aku terus pada Nadhif?Ecehh,gatal sungguh diri ku ini.

Setelah menghampiri Isha dan Kelly,Isha macam biasa bertanya.Dia ni ada aura macam mak tiri.Kalau tanya mesti muka nak garang.Kadang aku pun seram.Terkadang aku tak boleh nak beza Isha ni suka atau marah.Sebab muka dia macam tu je.

Kalau nak nampak muka dia berubah bila dia bercakap dengan Nadhif je.

"Asal lambat?"tengok,mak tiri dah bertanya.

Maisarah kerling sekilas ke arah ku sebelum menjawab. "Macam kau tak kenal kawan kita ni.Kalau bertapa dalam tandas bukan main lama lagi.Lepas tu,sampai-sampai terus berdiri kat sebalik dinding sana.Entah nak menyorok dari kena bom agaknya."selamba Maisarah.

Melihat renungan Isha aku tersengih.

"You okay tak Sofea?Lately ni perangai you macam pelik."soal Kelly pula.

"Eh okay je.Cuma ada personal problem sikit."tipu ku lagi.

Tak mungkin lah aku nak mengaku yang aku berperangai pelik kebelakangan ni sebab aku suka Nadhif pula?Mahunya perang dunia ke 3 nanti.Majoriti budak class ku ada menyimpan hati pada Nadhif.Mana tidaknya,sudahlah handsome.Peramah dan baik hati lagi.Kalau dia tak hadir ke class satu hari,class boleh terasa suram jadinya.

"Eh,dah lah.Nanti-nanti soal siasat Sofea balik.Sekarang ni aku nak fokus pada Nadhif."bicara Isha kembali.

See!Kan aku kata majoriti budak class aku meminati Nadhif,salah seorangnya Isha lah.

Maisarah terus melabuhkan duduk disebelah Kelly dan aku duduk di sebelah Maisarah.Jejak saja punggung di kerusi panjang itu,mata ku dan mata Nadhif bertembung.

"Nadhif!"laung Isha ke arah Nadhif.Laju tangan Isha melambai-lambai ke arah Nadhif.Anak mata Nadhif terus bergerak memandang ke arah Isha.

Betul-betul nak curi perhatian Nadhif si Isha ni.

Nadhif menarik senyuman manisnya.Matanya memandang satu persatu wajah Isha,Kelly,Maisarah dan terhenti di wajah aku.Terus Nadhif berpusing dan meneruskan perlawanan futsal itu.

Sungguh aku terpanar melihat kekacakannya dan kelincahannya di tengah gelanggang futsal.Baju jersi yang disarung ke tubuhnya basah akibat peluh maka dengan itu melekaplah jersi itu di tubuhnya menampakkan setiap lekuk yang menjadi igauan mimpi ku.Amboi,gatalnya Sofea.

Akhirnya,kumpulan Nadhif yang diwakili dari budak lelaki class ku menang dengan jaringan terbanyak,5-2.Kelima mereka berjalan keluar dari gelanggang dan menghampiri kami berempat.Oh ya lah,macam mana aku boleh tak perasan yang tempat kami duduk ini adalah tempat mereka berehat.

Jelas kelihatan 2 lagi budak class aku duduk di sebelah Isha dan barang-barang mereka seperti kasut,seluar,beg dan minuman isotonik mereka juga berada di tempat yang kami duduk.

Aku jeling dinding tempat aku menyorok tadi.Kalau aku lari ke sana sempat tak?Agak-agak ada yang perasan tak?Perlahan-lahan aku bangun,mahu berlari ke arah dinding tapi sebaik tubuh ku berpusing ke kiri..Nadhif dah pun berada di situ.Disebelah ku.

Dia memandang ku sesaat sebelum membongkok untuk mencapai minuman isotoniknya yang dia letak betul-betul di tepi bangku panjang itu.Mata ku melorot pada setiap pergerakannya.

"Nak ke mana Sofea?"soal Mikail sedikit mengah,maklum lah baru lepas main futsal.Lalu Mikail membongkok untuk mencapai botolnya yang juga di tepi bangku panjang itu.

"Siapa?Aku?"soalku pura-pura tak faham.Sebenarnya aku tahu soalan itu untuk aku.

"Yelah,aku tanya kau lah.Takkan aku tanya si Nadhif pula."balas Mikail.

Aku pandang Nadhif yang sedang meneguk minuman sambil mata memandang ku.

"Aku nak ke tandas."balas ku.Tipu lagi si Sofea ni.

"Hah?Tandas lagi?Kau biar betul weh.Kau ada masalah dengan sistem pencernaan ke?"sampuk Maisarah di belakang ku.

Aku toleh sambil membuat muka geram.Diam lah pompuan!Aku hanya memberikan bahasa isyarat dengan mulut supaya minah kepoh ni diam.

Sewaktu aku menoleh ke arah Nadhif dan Mikail,aku terperasankan senyuman Nadhif.

"Kau sure nak ke tandas?Bukan sebab nak lari dari seseorang?"soal Nadhif tiba-tiba.

Eh,eh mamat ni.Macam tau-tau je aku nak lari dari dia.

"Well,kalau korang tak kisah aku kentut kat sini banyak kali.Aku boleh je stay.Tapi kalau aku ke tandas,aku terus membuang je.Takyah kentut-kentut lagi."balas ku selamba.

Tergelak besar Nadhif dengan kata-kata ku.Berbeza dengan Mikail yang menjarakkan diri dariku sambil menutup hidungnya.

"Ish!Harap muka je cantik tapi pengotor."komen Mikail selamba.

Tiba-tiba,ada 'lalat' datang menganggu.

"Nadhif,hebat lah you.You jaringkan 3 gol tanpa bantuan sesiapa pun.I rasa terpegun tengok you main macam Messi.Hebat betul."puji Isha bersama senyuman manis.Tangannya menyentuh lengan Nadhif.Kan aku sudah bilang tadi,mau lihat muka Isha berubah bila dia bercakap sama itu handsome boy.Nadhif Abil.

Aku lihat Nadhif tarik lengannya dari di sentuh Isha.

"Yeke?Thanks atas pujian you tapi tanpa bantuan yang lain,I takkan boleh jaringkan gol."balas Nadhif.

"Alah you ni.Merendah diri pula."Isha berpaut pula pada bahu Nadhif.

Aku toleh memandang ke belakang.Tak sudi melihat zina di depan mata.Maisarah sedang berborak dengan Azlan manakala Kelly pula berborak dengan John.

Aku toleh semula ke arah Nadhif dan Mikail.Sekali lagi Nadhif cuba elak dari di sentuh.Tapi kali ini,dengan berani dia tolak tangan Isha yang dah mendarat dibahu nya.

Nadhif membongkok ke arah ku.Aku terkejut,ingat kan dia nak buat apa rupanya dia bongkok untuk mengambil begnya yang ada di bawah bangku panjang betul-betul di tepi kaki ku.

"I got to go.Sorry Isha.Lain kali kita sambung.And—kau..better ke toilet kalau tak tercicir nanti."kata Nadhif bersama gelak halus.

Amboi,selamba dia cakap tercicir.Ingat aku apa?Budak darjah 1 yang berak bersepah-sepah?Tapi,aku tak terasa pun nak membuang.Itu kan alasan yang aku cipta untuk lari dari Nadhif tadi.

"Sorry guys.Aku gerak dulu,ada hal."kata Nadhif kepada rakan yang lain.

Nadhif terus berlalu pergi dari kawasan gelanggang futsal.Dari tepi,aku lihat muka Isha muncung sedepa.Ialah,jelas lagi nyata Nadhif menolak dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience