Rate

Bab 2

Romance Series 2456

Setelah selesai menggunakan tandas,aku dan Maisarah mula melangkah ke bangunan dimana tempat class akaun diadakan.

"Aku rasa kau ni memang ada masalah dengan sistem pencernaan lah.Asyik-asyik ke tandas,hari ni je dah 3kali aku ikut kau ke tandas."

Aku pandang Maisarah. "Kau dah kenapa?Kau ingat aku saja-saja ke nak datang ke rumah syaitan tu?Aku period lah.Memang lah kejap-kejap ke tandas untuk tukar pad.Ke kau kalau period memang tak tukar langsung?"soalku dengan kening berkerut.

"Lah,period rupanya.Aku ingatkan kau seronok sangat dengan bau kat situ tu yang kejap-kejap ke tandas."

"Gila!Mana ada manusia normal yang suka bau tandas.Kalau ada pun orang tu kau."balas ku geram.

"Oh,habis kau nak cakap yang aku ni manusia tak normal lah?"

"Manusia normal biasanya boleh pakai otak dengan sempurna.Sebagai contoh,aku ke tandas tak semestinya untuk berak atau kencing.Itu pun kau tak boleh nak fikir.Asal ke toilet je mindset dah fikir,Sofea berak.Apa kau lupa ke aku ni perempuan?Tiba masa bocor juga."selamba aku sindir Maisarah.

"Alah yelah.Aku salah.Tak payah lah sindir aku macam tu.Aku pun kalau period macam kau juga kejap-kejap ke tandas.Tak selesa weh kalau terperap lama sangat."balas Maisarah mengalah akhirnya.

"Hah,see!Engkau pun kalau period kejap-kejap ke tandas.Lagi mau kata orang."balas ku masih tak puas hati.

Aku kalau time period jangan di ajak berdebat,memang korang angkat bendera putih je terus.

"Kau pun satu,tak bagitau yang kau period."Maisarah tak mahu mengalah tu.

"Eh habis kalau aku period nak kepohkan satu kolej?Sarah oh Sarah.."

"Okay dah!Aku kalah.Dah jom cepat ke class.Kalau lambat mati kita kena denda dengan Sir Idham."Maisarah mula mempercepatkan langkahnya.

"Bukan kita,tapi kau sorang je."balas ku selamba.

"Yelah,untung jadi student kesayangan ni.Datang lambat pun tak kena denda.Aku dah kena denda 2 kali dengan Sir Idham sebab 2 kali masuk class dia lambat."

"Itu kau tak payah cerita.Satu class dengan aku sekali tahu.Student kesayangan?Takde maknanya."bidas ku menafikan.

"Mungkin kau tak perasan,tapi satu class perasan sikap berat sebelah Sir Idham.Dia langsung tak denda kau bila kau lambat.Zack yang tak pernah lambat,pertama kali masuk lambat pun kena denda."Maisarah suka melebih-lebih.

"Memang lah tak kena denda.Masa aku lambat mood dia tengah baik.Korang apa tahu?Manusia ni mood dia ada okay,ada tak okay.Nasib korang malang lah bila lambat masuk class dia time dia bad mood."

Itu hanya andaian ku.Tapi,sejujurnya aku sendiri terasa berlainan cara Sir Idham melayan aku dan student lain.Sir Idham sendiri pernah whatsapp ku secara personal bertanya kan aku dah makan atau belum dan tengah buat apa?Pelik,tapi aku balaskan juga whatsapp nya.

Mungkin,dia suka rapat dengan ku.Yeah,mungkin.

Sesampainya kami di class,aku lihat semua tempat sudah penuh.Isha dengan Kelly yang biasa menjaga tempat duduk untuk kami pun disebelah mereka ada Izyan dan Fatin.Mereka nampak leka berborak.

Ceh,kalau tahu macam ni tadi aku ajak Maisarah buat larian maraton ke class.Mata ku melilau mencari tempat kosong.

Hanya ada ruang kosong di depan Nadhif dan Mikail.Aku usik siku Maisarah dan tunjuk ke arah ruang kosong yang aku nampak.

Dengan wajah tembok Maisarah berjalan mendahului ku bergerak ke tempat kosong.Maisarah duduk di depan Mikail dan aku yang membontoti Maisarah di belakang terus duduk di kerusi kosong depan Nadhif.

Isha duduk betul-betul di belakang Nadhif dan Kelly duduk di belakang Mikail.Ceh,siot je tak jagakan tempat untuk aku dan Maisarah.

Pertama kali aku duduk di depan Nadhif.Kebiasaannya aku akan duduk di belakangnya dan memerhatikannya.Stalker...itu lah kerjaannya.

Beberapa saat setelah itu,sesusuk tubuh pensyarah muda itu mula melangkah masuk bersama beg di tangan.Letak saja beg diatas meja,matanya melilau dan terhenti di wajah ku.Sempat ditarik senyuman manis sebelum dia memulakan class akaun nya.

Habis saja class,masing-masing mula mengemas barang untuk beredar keluar dari class.Sir Idham pula leka mengemas laptop dan wayarnya.

Mikail di belakang mula berbisik. "Sofea."panggilnya.

Aku dan Maisarah menoleh ke arah Mikail.Dari ekor mata,aku dapat rasakan Nadhif sedang merenung ku.Atau,itu cuma perasaan aku saja?

"Ada apa?"soal ku.Wajah Maisarah juga berkerut menanti apa yang Mikail mahu katakan.Kepochi juga minah ni aek?Mikail panggil aku je tadi.

"Aku rasa kan—Sir Idham kita ni ada hati dekat kau."bisik Mikail perlahan mungkin risau didengari Sir Idham yang masih mengemas barangnya di atas meja pensyarah.

"Kau merepek apa samdol?Mengarut je."

Dah kenapa orang sekeliling aku ni kuat sangat merepek yang bukan-bukan?

"See,Sofea!Bukan aku je perasan,Mikail pun perasan.Aku rasa satu class pun perasan yang Sir Idham dah tangkap cinta dengan kau."Maisarah pula dah.

"So?Kau nak suruh aku buat apa kalau betul dia tangkap cinta dengan aku sekalipun?"soal ku pelik.

Biarlah dia nak tangkap cinta kat siapa pun.Sir Idham tu kan manusia biasa,ada hati.Bila-bila masa dia boleh menaruh hati pada sesiapa saja.Kenapa itu pun nak dikepohkan?

"Kalau betul dia syok kat kau,kau tak nak balas ke perasaan dia?Rugi kalau kau tak terima.Sir Idham dah lah handsome,badan ketak-ketak,berkerjaya pula tu.Pastu,muda belia lagi."Amboi Maisarah.Bukan main dipuji lagi Sir Idham.

"Kau nak?Aku boleh pas kat kau je."kata ku serius.

"Siot je nak main pas-pas.Kau ingat Sir Idham tu barang permainan ke?"sampuk Mikail sambil tergelak kecil.

Aku jungkit kedua bahu sambil menggeleng tanda aku tak kisah.Walaupun Sir Idham pensyarah muda dan famous di kolej,dia bukanlah lelaki idaman aku.

Lelaki idaman aku adalah—

"Nadhif,cuba kau tegur sikit Sofea ni.Mana tahu kalau Nadhif versi ustaz bagi teguran sikit boleh buat Sofea punya akhlak jadi baik belaka."Mikail sudah mula memasukkan Nadhif ke dalam perbualan kami tadi.

Aku lihat Maisarah sudah memandang ke arah Nadhif.Aku statik disitu,tidak menoleh ke arah Nadhif.

"Biarlah.Dia berhak untuk terima atau tolak siapa pun yang datang pada dia."komen Nadhif berjaya membuat kepala ku menoleh ke arahnya.

Zass—mata bertentang mata.Seolah ada elektrik yang tersalur dari renungan itu.Entah macam mana,aku boleh terpandangkan Isha yang sedang merenung semacam.

Pantas aku menoleh ke arah Maisarah semula.

"He's right."balasku pada Mikail dan Maisarah sambil jari menunjuk ke arah Nadhif.

Terus aku menoleh ke hadapan semula dan mengemas barang-barang ku.

Class dah habis,apa lagi?Blah lah.

#################################

Aku dan Maisarah duduk di pondok berdekatan dengan library kolej.Aku leka menghadap kertas assigment manakala Maisarah membelek buku tanpa hala tuju.

Maisarah tiba-tiba tutup bukunya kuat menyebabkan aku terperanjat. "Kau dah kenapa?"marah ku.

"Kau perasan tak perangai Isha sekarang ni?"soal Maisarah.

"Perangai Isha?Kenapa dengan perangai dia?"soalku kembali,pelik.

"Takdelah,tapi aku ajak dia lepak sini dengan kita.Dia cakap nak pergi shopping dengan Kelly.Bila aku cakap yang kita berdua nak join,dia kata dia shopping kejap je pastu terus balik rumah.Katanya ada hal.Yang menjadi masalahnya pada aku sekarang ni,apa salahnya kalau kita berdua ikut dia dengan Kelly shopping?Sebelum ni okay je kan masa tengah shopping tiba-tiba dia kena balik rumah?"luah Maisarah bersungguh-sungguh.

"So,the point is?"soalku sengaja.Sedangkan aku tahu point Maisarah apa.

"Lah,kau tak nampak ke point yang cuba aku sampaikan?Memang dasar otak lembap lah kau ni.Ini yang buat aku musykil macam mana kau boleh dapat anugerah dekan semester lepas?"

"Amboi,sedap mengutuk orang ye?Aku tahu lah apa point kau.Saja tanya nak tengok macam mana otak usang kau tu berfikir.Ye,aku pun perasan.Tadi masa class Sir Idham,dia dah tak jaga tempat duduk kita macam biasa.Tapi,aku bersangka baik.Mungkin dia dah cop tempat kita,tapi Izyan dengan Fatin sebolehnya nak duduk situ."balas ku.

"Tak lah.Aku rasa kan,Isha sengaja nak pecah belahkan kita berempat."Maisarah dengan spekulasi dia.

Maisarah ni suka buat spekulasi sendiri.Dan spekulasinya itu selalunya kearah negatif.Sebab itu aku sebagai kawan baik dia,kena sebarkan aura positif supaya dia tak terus hanyut dengan aura negatif dia.

"Ish,merepek je kau!Dari kau melalut sampai laut china selatan baik lah kau tolong aku fikirkan macam mana nak siapkan assigment yang Madam Maria bagi ni.Nampak macam susah assigmentnya ni."kata ku sambil tangan kiri memeluk tubuh dan tangan kanan naik ke dagu.Jari telunjuk di ketuk-ketuk lembut ke dagu.

Begitulah gaya ku apabila sedang berfikir.

"Otak pandai macam kau mana pernah nampak assigment susah.Semua kacang je kan?Saja acah-acah dapat assigment susah konon."Maisarah tersenyum.

"Ini yang aku nak marah kau ni.Cakap macam india.Kejap kata aku punya otak lembap,kejap kata pandai.Mana satu ni?Cuba kau cakap betul-betul.Ni aku tengok dah terhuyung hayang macam kapal di tengah lautan."bebel ku.

"Tak habis-habis dengan lautan kau tu.Hah,mana assigment acah susah kau tu.Mari aku tengok."kata Maisarah sambil menarik kertas assigment ku.

Dia pun dapat assigment yang sama dari Madam Maria,tapi aku yakin dia belum sentuh lagi assigment ni.Sebab assigment ni kena hantar minggu depan.Aku pula jenis tak suka siapkan assigment last minit.

Sedang kami leka tertumpu pada assigment Madam Maria,sekumpulan lelaki datang menghampiri.

"Macam mana tak dapat anugerah dekan semester lepas,orang sibuk rehat dia sibuk menghadap assigment."kata Amirul kepada rakan-rakannya.

"Apa masalah kau?Kita orang buat assigment ni kacau masa terluang kau ke?"balas Maisarah.

"Aku tak cakap dengan kau lah."balas Amirul. "Perasan je minah ni."kata Amirul kepada rakan-rakannya dan mereka terus mentertawakan Maisarah.

Melihat raut wajah Maisarah yang berubah keruh,aku bangun dari duduk dan bersuara. "Dia jawab bagi pihak aku,kau ada masalah ke?"

Hah,amik kau!Medina Sofea sudah menunjukkan belangnya.Selama ni,bila Amirul dan kawannya datang menganggu aku hanya diam.Tak pernah bersuara atau membalas.

Tapi mana boleh tahan asyik nak diam je weh.

"Akhirnya,bersuara juga kau."kata Amirul mula menghampiri ku dan tangannya mahu menyentuh ku.

Tapi,ada satu tangan memegang tangannya.Menghalang ia dari menyentuh ku.

"Apa ni usik-usik perempuan ni?"

Kalau korang bijak bestari,siapakah gerangan yang datang membantu ku?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience