Rate

Bab 3

Romance Series 2456

"Sir Idham.."Amirul menyeru nama Sir Idham.Tangannya laju ditarik dari pegangan Sir Idham.

"Kamu buat apa ni Amirul?"soal Sir Idham.Satu persatu wajah kawan-kawan Amirul dipandang dengan kening berkerut.

"Tak ada apa Sir.Kami cuma berborak kosong je dengan Sofea ni."balas Amirul.

Borak kosong konon!

"Kalau Sir tak percaya boleh tanya Sofea sendiri."tambah rakannya yang bernama Zul.

Sir Idham memandang ke wajah ku,meminta jawapan.Namun aku diam,tak memberi sebarang respon membuatkan Sir Idham bersuara.

"Sofea,betul ke korang hanya berborak kosong saja?"soal Sir Idham.Aku pandang tajam ke arah Amirul.

Kau fikir aku akan mengiyakan?Mimpi saja..

"Ha'ah Sir.Kami cuma berborak biasa."balas Maisarah tiba-tiba.Spontan aku menoleh ke arah Maisarah.

"Apa?"soal Maisarah bila aku jengilkan biji mata ke arahnya.

"Asal nak kena tipu Sir?Cakap sajalah yang Amirul dengan kawan-kawan dia ganggu kita.Bukan sekali dua kan benda ni terjadi."kata ku selamba di hadapan Sir Idham.

Aku lihat Maisarah sudah menundukkan wajah.Serba salah agaknya kerana aku tidak sependapat dengannya kali ini.Selalunya,apabila situasi seperti ini terjadi aku akan mengiyakan pembohongan Maisarah.Tapi,tidak kali ini.

Aku perasan Sir Idham menoleh ke wajah Amirul.Aku turut sama menoleh ke wajah Amirul.Hah,pucat lesi muka kau.

"Saya tak nak nampak kamu dan kawan-kawan kamu datang menganggu Sofea dan Maisarah lagi.Kalau saya nampak atau dapat tahu,saya tak akan teragak-agak untuk laporkan kamu pada orang atasan.Kamu datang sini untuk belajar.Bukan ganggu atau membuli orang lain.Kamu nak jadi apa?Samseng kolej?"marah Sir Idham.

Amirul dan rakan-rakannya hanya menundukkan wajah.Tak berani nak melawan Sir Idham.Sebab semua sedia maklum dengan penumbuk besi Sir Idham.

Tengok badan pun dah boleh tahu apa rasa kalau buku limanya menjamah ke wajah.Mahu bengkak macam kena sengat tebuan.

"Faham tak apa yang saya katakan ni?"soal Sir Idham tegas.

Terangguk-angguk kepala mereka berlima.Takut lah tu.

"Faham Sir.Kami minta maaf Sir.Kami janji takkan ulangi lagi."kata mereka berlima serentak.

Betul takut ni.Sampai dialog pun sama dan serentak.

"Dah,kalau faham korang boleh pergi."Sir Idham menghalau Amirul dan rakan-rakannya membuatkan aku hampir tergelak.

Dapat aku tangkap renungan Amirul sekilas sebelum dia berlalu pergi bersama rakannya.

"Terima kasih Sir."ucap ku ikhlas.

"Alah benda kecil saja pun."balas Sir Idham.

"Tapi Sir tetap datang membantu kami.Kalau tak saya tak tahulah apa yang Amirul akan buat pada kami."sampuk Maisarah pula.

Sir Idham mengerutkan keningnya seperti sedang memikirkan sesuatu. "Selalu sangat ke dorang ganggu you'll?"

"Selalu sangat Sir.Dia suka datang menyindir.Selalu Sofea diam je tak pernah balas.Penat dorang menyindir,dorang terus blah.Tapi kali ini,Sofea balas.Tu yang Amirul tiba-tiba datang dekat macam nak sentuh Sofea."balas Maisarah lagi.

Aku siku lengan Maisarah.Apa perlu kau ceritakan segalanya secara details wahai Maisarah?

"Oh,takpe.Kita tengok lepas ni macam mana.Kalau Amirul still kacau,saya akan ambil tindakan.You guys don't worry okay?"

Setelah melihat anggukan ku dan Maisarah,Sir Idham terus meminta diri untuk beredar.

######################################

"RM 45.80"kata cashier perempuan itu.

Aku mengeluarkan duit kertas RM 50 dan aku hulur pada cashier itu.Setelah beg plastik dan baki bertukar tangan,aku mengucapkan terima kasih sebelum melangkah keluar dari kedai buku popular itu.

Baru nak melangkah keluar dari shopping mall untuk pulang,aku ternampak kelibat seseorang.Aku bulatkan mata.

Memang dia lah tu.Apa dia buat kat sini?Tanpa berfikir panjang aku terus mengatur langkah mengikutinya.

Hari ini aku melakukan kembali tugas ku sebagai stalker tak berbayar.Aku follow Nadhif dari jauh.Tak sangka aku boleh ternampak dia disini.

Dia buat apa di shopping ini sendirian?Takkan tak berteman?Aku lihat dia sedang berjalan sambil membelek telefon.

Entah apa lah yang menarik sangat dekat telefon dia tu sampai kepala langsung tak diangkat.

Tiba-tiba Nadhif berjalan ke arah satu lorong di shopping mall itu.Dengan curious aku mengikutinya.Aku membelok untuk masuk ke lorong itu dan aku lihat Nadhif hilang.Dan di lorong itu tiada seorang pun manusia.

Eh,betulkan aku follow Nadhif tadi?Ke,aku sebenarnya follow hantu?Tiba-tiba bulu roma ku tegak kerana memikirkan kemungkinan yang satu itu.

Baru aku mahu mengatur langkah untuk pergi,aku ditarik kuat dan dihenyak ke dinding. "Ouch!"aku mengadu kesakitan.Siapa yang berani mengasari aku ni?

Aku buka mata dan lihat,Nadhif sedang menghimpit ku ke dinding.Bulat matanya saat terpandangkan wajah ku.

"Kau?!"soal Nadhif terkejut. "Asal kau follow aku?"soal Nadhif lagi.

"Lepaskan dulu boleh tak?Sakit.."balas ku sambil menepuk-nepuk tangannya yang masih menekan badan ku ke dinding.

Mendengar permintaan ku terus tubuhku dilepaskan.Aku membetul-betulkan baju ku yang sedikit ronyok akibat himpitan Nadhif tadi.

Nadhif merenung ku tajam.Aku meneguk liur,kesat.Apa aku nak explain kat dia ni?Aku dah kantoi masa tengah stalk dia.

"Okay lah,aku balik dulu.Bye."hanya itu yang akal ku mampu fikirkan saat ini.Kaki ku sudah mula melangkah tanpa menunggu balasan Nadhif,tapi—langkah ku terhenti.Bukan sebab aku saja nak berhenti tapi sebab lengan aku kini dipegang Nadhif.

Aku toleh ke arah Nadhif dengan harapan dia akan lepaskan lengan aku.Tapi,itu tidak mungkin terjadi.

"Siapa kata kau boleh blah camtu saja?Ada benda kau kena explain kat aku."katanya bersama raut wajah yang sukar untuk aku tafsir.

"Erk,kau nak aku explain apa?"soalku pura-pura tak tahu.

"Kenapa kau follow aku?Aku rasa ada something yang kau rahsiakan.Bagitahu aku,apa dia?"soal Nadhif.

Allah,lorong ni pun satu hal..sunyi.Takkan takde satu makluk Allah pun yang terfikir nak lalu dekat sini?Biar betik..

"Takde apa yang perlu di explain kan."balas ku.

"Come on Sofea.Kat kolej kau ignore aku.Aku cuba berkawan tapi kau menjauh.Lepas tu,selalu senyap-senyap curi pandang kat aku.And now,aku tangkap kau tengah follow aku.Kau jangan sampai aku buat andaian sendiri."kini Nadhif sudah berdiri di sisi ku.Lengan ku masih tak dilepaskan lagi.Aku agak dia mesti tahu,kalau lengan ini dilepaskan aku sudah pasti membuka langkah 1000 untuk lari daripadanya.

"Apa kau merepek ni?Bila masa aku ignore kau kat kolej?"soalku dalam tawa.Ingatkan buat-buat ketawa tu bolehlah hilangkan rasa berdebar,tapi hurm tak juga.Makin berdebar lagi adalah.

Adakah segalanya akan terungkap hari ini?Rahsia yang aku simpan kemas dari semester pertama akan terbongkar hari ini?

Nadhif berdiri di hadapan ku.Tangan sebelahnya naik memegang wajah ku dan didongakkan memandang ke wajahnya.

"Kau cakap macam tu sambil pandang muka aku."

Dada aku berdebar hebat.Aku rasa seperti seluruh tubuhku panas dan mula berpeluh.

Nadhif pandang jauh ke dalam anak mata ku.Aku cuba berlagak tenang.Tenung mata je pun.Aku yakin dia takkan tahu apa-apa.Aku tepis perlahan tangannya dari wajah ku.

"Kau merepek apa ni?Aku tak pernah ignore kau kat kolej.Dan pasal kau nak berkawan dengan aku,aku tak tahu pun.Kau sepatutnya bagitahu aku dan aku takkan nampak macam nak menjauh pula."balasku dengan tawa kecil.

"And?"soalannya tergantung.Aku mula berkerut.

"And what?"soalku kembali.

"Kau follow aku kan?"Nadhif cuba serkap jarang.Tapi bukan serkap jarang pun.Dah memang kenyataan aku follow dia dan dia tangkap aku sewaktu aku follow dia.Nadhif bertanya berdasarkan situasi keadaan aku yang sudah terkantoi dengan dia.

"T—tak."bab ini aku gagal berlagak tenang sebab apa nak tahu?Sebab Nadhif tenung aku bersama senyumannya.Aku pula memang akan kalah dengan senyumannya itu.

"Kau bohong."Nadhif mengetatkan genggaman di lengan ku.

"Tak!"balas ku lagi.

"Bohong!"Nadhif tak mahu mengalah.

"Tak!"

"Bohong!"

"Okay fine!Memang aku follow kau.Puas?"akhirnya aku mengaku.Takkan sampai ke subuh nak duduk sini sambil bertekak 'tak' , 'bohong' tu?

Nadhif tersenyum menang. "Why?"soalnya lagi.

"Kenapa apa?"soalku geram.Banyak tanyalah mamat ni!

"Kenapa kau follow aku?"

"Sebab—aku stalk kau."balas ku perlahan.Kepala sudah tunduk memandang lantai.Malu beb.

"Kenapa kau stalk aku?"soalnya lagi.

Aku diam.Tak mampu membalas. "Dari semester pertama kan?"soal Nadhif lagi.

Aku donggak memandang ke wajah Nadhif. "Macam mana kau boleh tahu?"soal ku pelik.

"Aku perasan kau selalu curi pandang aku.Bila aku pandang kau pandang tempat lain.Kadang aku nampak kau follow aku.Tapi aku diam je,sebab aku tahu..perempuan selalunya akan gigih stalk crush dia je."

Aku?Speechless habis.Dia tahu selama ini?Dia perasan dan dia diamkan?

"Sofea,betul tak apa aku kata?Kau minat kat aku kan?"soal Nadhif perlahan.Cukup hanya didengari telinga ku.

Aku terkaku.Tak tahu respon apa harus aku beri.

"Sofea?"panggil Nadhif.

Aku pandang ke wajah Nadhif. "Memang selama ni aku minat kat kau.Bukan minat yang biasa.Aku jatuh cinta.Dan ianya luar biasa.Aku minta maaf kalau kau rasa rimas atau tak suka bila aku stalk kau.Aku janji lepas ni aku tak akan buat lagi.Aku faham kalau kau nak marah aku.Tapi,jangan kecohkan pada sesiapa atau budak class kita.Aku tak nak dorang fikir yang bukan-bukan tentang aku.Aku sumpah yang aku—"terdiam aku bila jari telunjuk Nadhif mendarat di bibir ku.

"Apa yang kau melalut dari tadi ni?"soal Nadhif pelik.

"Aku just tak nak benda ni kecoh."balas ku perlahan.

"Itu tak akan terjadi."balas Nadhif.

"Serius?"soalku bersama mata yang bersinar-sinar.

"Seriuslah.Tapi—dengan satu syarat."mendengar ayatnya itu,terus hilang sinar dimata aku tadi

Hah?Syarat?Siap bersyarat lagi ni.

"Syarat?Apa dia?"soalku,dada dah berdebar habis.

"Esok ikut aku pergi satu tempat."

"Tempat?Kat mana?"soalku ingin tahu.

"Adalah,esok kau akan tahu."balasnya dan akhirnya lengan ku dilepaskan.

"Aku ada hal ni.Stop follow aku.Okay?Better kau balik ke rumah.Jumpa esok."kata Nadhif.Tangannya naik mengusap kepala ku.Bersama senyuman Nadhif terus beredar dari situ.

Aku terkelu.Ya Allah,indahnya cinta yang kau hadirkan buat ku ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience