Rate

Bab 2

Short Story Completed 2459

Waktu prep malam bermula dari pukul 7:00 hingga 10:00 malam. Memandangkan baru hari pertama persekolahan, tidak ada kerja rumah yang perlu dibuat.

Ada pelajar membuat kerja sendiri, ada yang bermain bola di belakang kelas, ada membaca novel dan tak kurang juga berbual kosong.

Aku sedang melukis komik ketika aku ditegur oleh seorang pelajar lelaki yang comel seperti kartun chipmunk.

'Hai awak. Ni ada surat untuk awak,' katanya seraya menghulurkan sekeping sampul putih.

'Huh, surat apa ni? '

'Surat cinta, ' jawabnya sambil tersengih-sengih persis kerang busuk.

Hampir aku tergelak besar sebab seingatku tidak pernah aku mengenali pelajar lelaki dari semalam. Nama lelaki yang berdiri di depanku ini pun aku tidak tahu.

'Amboi, baru sehari sekolah sudah ada peminat?' usik Athilia yang baru balik dari melepak di kelas sebelah.

Belum sempatku bertanya lebih lanjut, si chipmunk sudah melarikan diri.

'Takkan chipmunk tu peminat aku kot? ' Gumamku di dalam hati.
Athilia begitu berminat untuk mengetahui isi surat cinta tersebut sehingga matanya bersinar-sinar memandangku.

Ini memaksaku untuk membacanya secara tersembunyi di belakang kelas. Kandungan surat itu ringkas sahaja, dia mengajakku bertemu di kelas 1G yang terletak bersebelahan dengan kelasku, kelas 1A.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience