Rate

Bab 4

Short Story Completed 2459

Hari-hari berlalu seperti biasa. Aku masih tidak faham kenapa mamat bernama Chester itu beria-ia hendak berkawan denganku.

'Kawan ke couple? ' usik Athilia seolah-olah dapat membaca kerungsinganku. Ketika itu kelas Add Math baru saja tamat dan aku sedang termenung jauh.

'Lia, kalo seorang lelaki bagi surat kat kau, dia ajak jumpa. Apa maksudnya? '

'Dia suka kat kaulah! ' jawab Athilia sambil ketawa geli hati.

'Tapi dia tak cakap pun dia suka kat aku! '

'Selamat pagi cikgu! ' Tiba-tiba kedengaran suara ketua kelas, Si Abdul Najib yang nyaring.

Kami terkocoh-kocoh berdiri memberi salam kepada cikgu Ibrahim yang mengajar Bahasa Melayu. Beliau baru sahaja menamatkan pengajian dari institut perguruan, masih single and available.

'Buka buku komsas dan buat sebuah kumpulan terdiri daripada 5 orang. Setiap kumpulan perlu membuat pembentangan tentang apa yang kamu faham nanti, ' arah Cikgu Ibrahim.

Aku paling tak suka komsas walaupun Bahasa Melayu aku taklah teruk sangat. Lemah semangat bila perlu memahami sajak dan puisi yang aku takkan gunakan dalam perbualan seharian.
Kumpulanku terdiri daripada Zul yang berkaca mata, Pijul si kaki novel Lord of the Ring, Athilia si gadis cantik dan Sharifah Hanisa si kamus bergerak.

Akibat terlalu memikirkan tentang lelaki malam tadi aku tidak dapat fokus dalam pembentangan kami. Cikgu Ibrahim menghukum kumpulan kami kerana gagal memberi penjelasan yang tepat tentang puisi yang kami kaji.

Hukumannya, berjemur di tengah panas.

Mulai dari saat itu, aku sudah cop Cikgu Ibrahim dalam senarai blacklist. Beliau antara cikgu yang aku tidak suka.
Pada keesokan harinya, Cikgu Ibrahim melangkah yakin dengan tali leher berwarna ungu. Hari ini beliau kelihatan mesra dan tidak tegas seperti semalam.
Habis masa pembelajaran, dia menyuruh aku berjumpanya di bilik guru pada waktu tengahari.
Aku terkejut kerana aku rasa tidak ada masalah yang timbul sepanjang hari itu, tetapi kenapa dia hendak bertemuku?
'Wah.. Cikgu Ibrahim suka kat kamulah. Dia boleh tahan hensem juga, ' usik Athilia.

'Kamu ni kan... asal ada lelaki hendak berjumpaku, mesti kamu cop dia sukakan aku
!' kataku kepada Athilia sambil mencebik bibir.

Habis waktu kelas, aku ternampak si chipmunk menungguku di luar kelas. Aku buat-buat tak nampak tetapi dia mengejarku lalu menghulurkan sepucuk surat.

'Surat dari mamat ituke, chipmunk? '

'Eh... namaku bukan chipmunk. Namaku Greyson. Greyson Chance. Ni surat dari peminat kau. '

Eleh, perasan dirinya Greyson Chance si penyanyi tu, cebikku sambil memandang lelaki itu.

'Kenapa Chester tu taknak jumpa secara bersemuka? ' tanyaku ingin tahu.

'Entah, aku pun tak faham. Depan pengikutnya dia gengster, depan kamu pula dia jadi sotong pula. Tapi luculah tengok kamu berdua, hihihi! ' kata Greyson.

'Dia pertama kali melihat kamu semasa orientasi minggu pertama, terus jatuh hati. Katanya kamu menepati ciri-ciri gadis idamannya, berambut panjang, mata bulat seperti anime dan pandai melukis, ' sambung Greyson lagi.

'Dah, aku nak jumpa cikgu dulu. Bye! ' laju ku berlalu pergi meninggalkan si chipmunk yang terkebil-kebil. Mau muntah ku mendengar ceritanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience