Rate

Bab 1

Short Story Completed 2459

Aku baru belajar di sekolah asrama penuh. Mendengar nama asrama pun dah bisa membuatku longlai, siapa suruh aku belajar pandai sangat? Gara-gara mendapat straight A UPSR menyebabkan aku perlu hidup sebagai budak asrama. Hari pertama di asrama, aku kebosanan.

Habis bersarapan di dewan makan, aku terus menuju ke kelas yang terletak di tingkat 1. Jarak perjalanan hanya mengambil masa 5 minit dari asrama. Hari pertama, aku belum mempunyai kawan lagi kerana tidak mengenali sesiapa pun di sini. Aku duduk di sebelah seorang gadis yang sangat cantik, persis Natalie Portman, si pelakon Hollywood.

Namun, aku perasan semua pelajar lelaki memandang ke arah kami.

'Mereka pandang aku ke, atau gadis cantik sebelah aku ni? ' getusku dalam hati. Aku cuma gadis biasa yang berambut panjang dan berkaca mata.

'Hai, nama saya Athilia, berasal dari Serian, ' ucap gadis di sebelahku sambil menghulurkan tangannya.

Aku menyambut salam persahabatan itu dengan senyuman. Dialah kawan pertamaku.

Tiba-tiba kelas yang riuh rendah menjadi sunyi sepi. Rupa-rupanya seorang guru kelas sedang melangkah masuk, seorang wanita yang bermuka muram dan sedang sarat mengandung.

'Saya tidak setuju dengan tempat duduk kamu ini. Awak awak awak duduk di sini! ' kata cikgu itu dengan tegas. Aku dan Athilia yang berada di belakang sekali terpaksa duduk di depan menghadap meja guru.

Itulah Mdm Tasha, guru kelas kami yang selalu bermuram durja dan berangin perangainya, mungkin sebab dia mengandung kot.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience