Rate

Bab 3

Short Story Completed 2459

Kakiku melangkah perlahan-lahan memasuki kelas 1G yang kononnya dipenuhi dengan pelajar nakal dan bermasalah. Tanpa ditemani sesiapa, hatiku terasa debaran yang kuat tatkala mencari gerangan si penulis surat cinta itu.

Mataku tertancap pada si chipmunk yang masih tersengih-sengih di salah sebuah meja. Dia buat-buat sibuk membaca buku. Pelajar-pelajar lain memandangku dengan penuh kehairanan.

'Awak Vendriosa? ' tanya seorang lelaki tinggi lampai berkulit hitam manis. Raynold namanya.

Aku mengangguk.

Lelaki itu membawaku ke belakang kelas yang tersedia meja panjang. Beberapa orang pelajar lelaki mengelilingi meja tersebut seperti satu mesyuarat agung sedang dijalankan.

Mereka memberi laluan kepadaku tatkala aku mendekati meja tersebut. Rupa-rupanya ada seorang lelaki sedang duduk di tepi meja tersebut, lagaknya seperti seorang bos. Kakinya diletakkan di atas meja. Lelaki itu kurus dan wajahnya tak ubah seperti Chester Bennington dari kumpulan Linkin Park.

'Hai... saya Chester, ' kata lelaki itu malu-malu. Terus dia membetulkan cara duduknya supaya lebih sopan
Alamak! Hancur imej bos yang aku bayangkan tadi. Hakikatnya dia seorang yang sangat pemalu!

'Panggil saya Rossa, ' ujarku seraya menghulurkan tangan.

Dia masih tersipu-sipu malu sambil menyambut tanganku.

...............

Rasanya 30 minit kami tidak berkata apa-apa kerana masing-masing menunggu bicara. Aku tidak tahu hendak bercerita tentang apa kerana aku memang jenis pendiam.
'Alright, aku nak balik, ' ujarku seraya mengangkat punggung dari kerusi. Membuang masa sahaja.

'Chop chop... 'Chester cuba menahanku dari berlalu pergi. Terus dia memegang tanganku.

'Awak nak apa? '

'Aku nak... aaa.... '

Dia tergagap-gagap.

Sekali lagi aku bertanya.

'Awak nak apa? Janganlah buang masa aku'.
Chester mengambil sebuah buku lalu menutup mukanya yang kemerahan.

'Alahai mamat ni, ' gumamku lalu terus balik ke kelas sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience