Mencarut Huhu

Humor Series 6872

Perlahan mataku dibuka. Pandanganku kabur tanpa kaca mata namun dapatku meneka aku kini terbaring. Kepalaku terasa pedih yang amat sangat. Tanganku spontan menyentuh bahagian yg sakit itu. 'Kapas?'

Keadaanku yang masih mamai sedikit sebanyak menganggu penglihatan dan kestabilanku ketika ini. Aku cuba bangun dari perbaringan namun dari tadi dapat ku rasakan sesuatu yang hangat melekap di sekitar pinggangku. Aku pasrah. Aku tahu untuk kesekian kalinya tubuhku telah menjadi mangsa santapan seekor binatang. Ececece ayat pujangga sangat haha. Tapi seekor binatang kalau boleh memang aku nak bold!

Dengan keadaan tubuhku yang hanya berlapik selimut tebal ditambah tangan Aiman yang melingkari tubuhku menyukarkan aku untuk bangun. Hangat nafasnya menghembus tengkukku.Tubuhnya melekap di balik tubuhku menambahkan ketidakselesaanku.

Aku tahu dia masih belum terjaga. Lalu perlahan-lahan aku meleraikan dakapannya di pinggangku sebelum aku bangun sesenyap yang mungkin. Khuatir jika dia terbangun huhu.

"Kau nak tinggalkan aku lagi?" Suara tenggelam timbul namun jelas di pendengaranku. Dengan tangannya yang sudah menarik tanganku perlahan.

Aku mengetap bibir, sekuat mungkin cuba menahan kebencian dan dendam yang sudah lama menghuni di dada. Tak sanggupku merenung wajah binatang itu.
'Kenapa kau perlu kembali?!'. Kenapa pujangga sangat ayat-ayat aku nih?! xD

"Maafkan aku please..."

Lantas aku menepis tangannya jatuh. Sungguh hatred and annoyed level aku dengan Aiman di tahap maksimum. Aku mencapai pakaianku yang bertaburan di lantai dengan pakaiannya.

"Please kita get back macam dulu. I need u." Kali ini kata-kata hanatnya benar-benar menambah berangku. Aku menoleh dengan jelingan as hell.

" Pergi mati dengan get back kau tu! One more siapa tinggalkan siapa?! Sedar diri kalau kau tu betul-betul setia, takkan jadi benda ni! Dasar hanjing backup plan!" Menyembur kata-kata kesat khas untuk Aiman.

"Aku tahu silap aku. Now aku takde apa-apa dengan dia" Dia masih memandang dengan mata kuyunya. Tapi hati aku sendiri freezing untuk manusia bernama Aiman ni.

Aku tidak mengendahkan dan mula menyarungkan pakaianku pada tubuh. Kata-kata Aiman dibiarkan hanya melalui lubang telinga. Seriously get annoyed by him!

"Aduh sakitnya." Aku menekap bahagian dahi yang terbalut kapas. Serta-merta aku tertunduk menahan sakit.

"Sorry sayang. Aku terpaksa." Suara Aiman betul-betul dibelakang tubuhku. Perlahan ku rasakan tangannya manarik tubuhku.

"Gila! Jangan dekat aku hanjing!" Aku menepis tangannya yang mahu menyentuh dahiku. Serta-merta aku menolak tubuhnya menjauhiku.

"Kau buat apa dengan aku semalam?" Aku menjerkahnya. Dia hanya memandangku sayu. Ikutkan hati nak saja aku cungkil biji matanya. Binatang seperti dia tidak layak dengan pandangan mata kasihan sebegitu. Manusia sememangnya gemar bersandiwara.

"Kita terlanjur lagi."

"Aku taknak tahu tu! Kau buat apa sampai aku rasa sakit macam ni?!"

Aiman hanya terdiam dengan pandangan yang masih tidak jatuh dari wajahku.

Tidak semena-mena aku terpandang sebentuk pasu kecil yang pecah di sudut depan bilik. Aku mencapai serpihannya sambil menjeling ke arahnya."Kau pukul kepala aku dengan ni?!"

Aiman mengangguk sekali sebelum tubuhnya mula dimajukan kehadapan.Aku taknak nampak drama sinetron sangat so aku guna objek pasu bunga haha.

"Jangan dekat dengan aku toyol!" Kahkahkah sehingga kini rasa menyesal aku panggil dia dengan panggilan ni. Alasannya ketika itu tubuhnya tidak berbalut seurat benangpun. Senang kata, bogel! Huhu...

Aiman seperti orang bodoh menurut kataku terus pegun. "Aku minta maaf, sayang..."

"Kau tak lebih dari hanjing jalanan yang terus menerus dengan backup plan kau. Sedar diri and pergi mampus dengan kata sayang kau tu!" Aku terus menerus mencarut dihadapannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience