"Baba Blacksheep!" Seorang wanita separuh abad memanggil namaku. Terkocoh-kocoh aku melangkah ke kaunter hadapan. Hari ini merupakan permulaan baru untukku. Dengan harapan yang masih tersisa, aku membuka helaian buku baru. Senyuman lebar cuba kuukir melupakan cebisan memori silam. Cuba berlari sejauh mungkin dari awan hitam itu.
"Semua seribu seratus ringgit. Debit card untuk pembayaran yuran." Wanita itu mengukir senyuman plastik dibalas dengan senyuman plastik dariku. Tanpa membuang masa, kad debit Islamic Bank terus dihulur. Tak mahu berlama menghadap manusia-manusia plastik dihadapanku.
"Settle pembayaran yuran. Sila ke pejabat utama untuk pengesahan kad matrik." Tangan berisi itu dihalakan ke arah pejabat itu tanpa memandangku. Seakan dia khusyuk menulis sesuatu di helaian kertas. 'Hmm okay i got it.'
"Thanks makcik." Aku menyimpan resit pembayaran sebelum berlalu dari ruangan sesak itu menuju ke tempat yang diarahkan. Sempat mata menangkap jelingan 'makcik' itu. 'Hahaha suka lattew.'
Kini langkahku terhenti di hadapan pintu kaca. Dari luar sudah terlihat asakan manusia di dalam ruangan di balik pintu itu. Segumpal keluhan dilepas. 'Ah sekali lagi bersesak.'
Dalam sesak manusia di segenap ruang pejabat itu sedikit sebanyak membuatkanku sedikit cuak. Mulalah overthinking kembali menyerang pemikiran. Bila introverted guy macam aku dikerumuni berduyun manusia be like. Rimas wei rimas!
Share this novel