New Stranger

Romantic Comedy Series 6884

Baju T-shirt disarung pada tubuhku sebelum jaket fakulti dilapiskan. Kad matrik pula di gantung di leher jinjangku. Hehe bangga leher jinjang kihkihkih.

"7.26 pagi." Aku meneliti jam dinding itu dengan debar di hati. 34 minit lagi kelas Data Networking akan bermula. Anxiety kembali menyerang huhu.

"7.30 pagi dah kena gerak keluar." Beg galasku dicapai sebelum langkah dihayun laju keluar bilik. Tergopoh-gopoh aku mengunci pintu bilik. Sepatutnya aku cuti 2 hari ini namun sudah aku bilang di chapter lepas, takkanlah nak miss kelas hari pertama pulak kan. Tapi aku taknak pergi dengan Aswad jadi plan nak keluar awal. Jadi tak terserempak dengannya nanti.

"Pergi kelas ke?" Suara garau dari belakangku. Serta-merta aku meremang. 'Dia ke?!'

Perlahan aku menoleh cuba mengesan identiti pemilik suara itu. Sekali lagi aku tergamam.

"Kenapa muka macam tu?" Lelaki di depanku ketawa kecil. Entah apa yang kelakar dengan aku ni pun tak tahu.

"Err awak ni siapa?" Suaraku perlahan dan tergagap-gagap. Di depanku adalah jasad manusia berkulit putih langsat yang tidak aku kenali. Setahu aku rumah ini hanya aku seorang yang tinggal. Tak ada pula orang lain ketika aku masuk rumah ini.

Untuk makluman, aku tinggal di kolej perumahan pelajar. Setiap rumah memuatkan 8 orang pelajar dan pihak pejabat perumahan yang akan menentukan pelajar yang mendaftar masuk rumah. Namun rumahku hanya ada aku seorang. Sedih tak sedih hidup aku ni huhu?

"Oh saya Aiman Mikhael. Student jurusan Computer Engineering, tahun ke-2. Awak?" Lelaki asing itu menghulurkan tangan minta dijabat. Perlahan aku respon. Biasalah loading buffering aku ni huhu.

"Err err saya Baba. Err student Computer Engineering jugak." Aku menjawab seperti teragak-agak. Means dia adalah senior aku haha. Dia tersenyum mendengar jawapanku.

"Student tahun berapa? Freshie ke?" Terus soalan bertubi-tubi terpacul dari mulutnya. Pipiku sebelah kiri pula tersenget-senget macam nak senyum macam taknak. Rupa dah persis orang terkena strok. Aku mengangguk kecil mengiakan jawapannya.

"Mana satu?" Aiman mengangkat bahu tertanya-tanya. Aku pula terkebil-kebil dalam kebodohan.

"Freshie." Aku menjawab ringkas sambil mata menjeling ke jarum jam tangan. Hatiku mula risau jikalau kelewatan. Lagi parah kalau jumpa si Aswad itu nanti.

"Oh." Dia memberi respon ringkas.

"Kenapa ada dalam rumah saya ya?" Soalan bodohku tersembul dari bibir. Sebenarnya aku tidak tahu bagaimana untuk menanyakannya.

Aiman yang mendengar soalan aku serta-merta tergelak.

"Actually saya tinggal sini dah 2 bulan. But 2 minggu ni saya cuti sem so balik rumah parents saya dekat Pasir Mas. Awal pagi semalam baru sampai balik sini." Aiman bersungguh menerangkan.

"Ooo" Aku mengiakan. Patutlah pukul 2-3 pagi kedengaran bunyi kereta di depan rumah.

"One more tak perlulah berawak-awak sangat. Gelilah. Panggil Abang dah cukup." Aiman menguntum senyum manis menampakkan lesung pipit belah kirinya. Dilihat pada luaran dan perwatakannya yang sedap mata memandang, dia ni gentle mungkin bukan kunyit hidup kali. 'Jangan kau kunyit jugak sudahlah!'

"Okay. Oh aku dah lewat ni. Nak kena gerak sekarang." Aku melihat balik pada jarum jam, sudah menunjukkan 7.36 pagi. Aku menepuk dahi. Entah sejak bila aku jadi peramah sangat dengan orang asing hahaha. Biasa jumpa orang buat muka selenga jer.

"Pergi naik apa ni?"Aiman bertanya sambil memerhatikanku menyarung kasut.

"Naik bas je." Aku menjawab ringkas.

"Nak Abang tumpangkan?" Aiman menawarkan. Baru first time jumpa dah menawar-nawar. Tidak dapat aku mengesan tahap keikhlasannya.

"It's okay. Naik bas pun boleh sampai kelas." Aku menolak baik, tak mahu berhutang budi dengan orang asing. Entah kenapa terlalu banyak manusia baik dalam kampus ni
Aku sempat menjeling ke arah kereta Myvi putih di hadapan rumah. Serta-merta aku meremang. Lantas aku melilau sekeliling jika terlihat kelibat si pemilik kereta itu.

"Tak apalah. Alang-alang abang nak keluar sarapan sekali ni. On the way boleh hantar adik sekali." Aiman bersungguh-sungguh menunjukkan keinginannya menghantarku. Aku pula cuak dengan kemungkinan kemunculan lembaga Aswad.

"Okaylah. Tapi boleh tak kalau kau cepat sikit?" Aku mengukir senyuman orang strok membalas senyumannya. Tak mahu berlama-lama di depan rumahku. Risau pula kedatangan mamat kunyit tu. Aku pula yang terkantoi pergi kelas nanti.

"Jom." Aiman menunjukkan kunci kereta di tangannya. Aku menyengih.

Aku dan Aiman melangkah masuk ke dalam perut kereta Kia itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience