Rimas!

Romantic Comedy Series 6884

"Don't forget your labsheet.Submit before 12 am tonight." Madam lecturer di depan mengingatkan pelajar sebelum berakhirnya kelas pertama kami. Baru first day masuk kelas, dah ada labsheet. Masuk kelas dia terus explain outcome for the first chapter. Kepala aku yang masih belum setting bersih sudah diisi dengan theory algorithm dan flowchart.

Aku sudah bersedia untuk keluar kelas. Kaki sudah gatal sedia melangkah balik ke rumah haha.

"Baba! Kau tertinggal phone!" Suara dari belakangku. Aku yang sudah sedia membuka pintu keluar terus berpaling ke belakang.

"Haa?" Macam biasa buat muka dua posen memandang si pemilik suara. Rupanya ketua section aku.

"Oh tak, salah orang. Sorry!" Dari jauh dia melaung dengan muka tak bersalah.

Aku mengangkat bahu sebelum membuka pintu dan melangkah keluar.

Usai keluar sahaja, aku sudah dikerumuni lautan manusia yang lalu-lalang di depan makmal. Aduh sakit kepala melihat mereka. Aku cuba melintasi kerumunan manusia.

"Fuhh." Aku menghembus nafas lega. Berjaya juga melepasi halangan dengan pantas hahaha.

Belum sempat mahu melangkah, kereta putih itu sudah di depan mata. Mamat itu tahu kelas aku dah habis ke?! Nightmare has comeback!

Dilihat pada nombor plat, macam kereta dia. "Tapi mana dia?" Aku menggaru kepala sambil terjenguk-jenguk mencari batang tubuh Aswad di dalam kereta.

Ting!

'Vongoks nilah peluang kau untuk lari!'

Baru aku terfikir. Parah otak selalu jammed. Dengan lafaz bismillah aku terus mengangkat kaki.

"Joging ke?" Suara dari belakangku. Kali ini sememangnya membuatkan aku meremang. Perlahan aku menoleh ke belakang.

"Argghh!" Belum sempat kepala menoleh habis, tangannya sudah menyentuh bahuku. Tantrumlah aku jadinya. Shocked as fuck!

"Woi kau dah kenapa?!" Spontan dia menjentik dahiku. Orang yang lalu-lalang memandang kami dengan muka pelik.

"Sakitlah ngeks!" Aku menggosok-gosok dahi yang kepedihan.Orang di sekeliling tidak aku hiraukan. 'Boleh tahan mamat ni jentik!'

Dia seakan menahan gelak ketika memandangku. 'That's not funny at all!'

Pelajar-pelajar melihat dengan sengihan penuh makna membuatkan mood aku bertambah terganggu.

'Aku dengan dia bukan kunyit!' Sejujurnya aku mahu melaungkannya sepuas hati. Biar mereka tahu siapa Baba! Tapi tiada kekuatan untukku huhu.

***

"Start from now, kau pergi and balik kelas dengan aku." Aswad bersuara setelah hampir 5 minit ruangan perut kereta itu krik krik.

"Kau siapa nak mengarah-arah aku?!" Aku terus membangkang. Dia bukan sesiapa untuk masuk dalam hidup aku.

"I trust nobody and nobody trust me.."

Kena sangat dengan mood aku, lagu Taylor Swift si ular berkumandang di radio.

Aswad mencuri pandang seketika sebelum tersenyum meleret. Penuh kemusykilan aku melihatnya.

"I said no so no!" Aku menjerkahnya. Masih tidak berpuas hati dengan cadangannya tadi.

"Kau dah kenapa jerit-jerit macam tu? Mental eh?!" Muka dia tegang sahaja ketika memandangku. Aku mula tertunduk sambil menekup kedua-dua telinga. Aku mula tenggelam dalam duniaku sendiri. 'Mental? Aku tak mental...Aku tak mental! Kenapa cakap aku mental?!'

Aswad yang melihat keadaanku terus memberhentikan kereta di bahu jalan.

"I'm sorry... Aku tahu kau..."

"Aku bukan mental...Aku just.." Fikiranku mula kosong. Jiwa tidak terasa apapun. Aku seakan berkhayal sendiri. Mood swing kembali melanda. Aku tewas. Emosiku sendiri jadi bercelaru.

"Kau depress. Aku tahu. Aku faham." Dia berfokus pandangannya padaku. Aku pula hanya tertunduk memandang ke bawah.

"Your mum dah cerita semuanya dekat aku. Aku tumpang simpati."

"Jangan sentuh aku! Aku tak perlukan simpati sesiapa! Apa yang parents aku cerita dekat kau tu tak betul! Diowang sendiri tak faham aku! Apatah lagi kau!" Aku menepis tangannya.Seketika aku menjadi tantrum.

"Relax wei!"Aswad mula kerisauan melihat keadaan aku begitu. Tak lama aku merasakan seakan tubuhku dikunci. Dia mendakapku.

"Lepaskan! Lepaskan aku!" Aku cuba meleraikan dakapannya. Namun tubuh sasanya menahan setiap gerakku. Aku betul-betul terkunci di dalam dakapannya.

"Rimas!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience